Wednesday, September 8, 2010

Melayu Raya


Orang Melayu dengan Hari Raya ni, memang tak boleh dipisahkan. Satu-satunya hari Melayu di mana semua Melayu bertolak ansur ialah pada Hari Raya. Kita takde Chinese New Year atau Hari Melayu Sedunia. Orang Melayu pun biasanya akan ingat yang dia Melayu bila time Raya, jer. Tapi dah semakin ramai sekarang ni yang dah tak rupa macam Melayu pada Hari Raya. Melayu ada identiti kerana Raya. Melayu ada identiti kerana Islam. Tanpa Islam, Melayu sama macam Amerikan. Sekurang-kurangnya Amerikan tu pegi cej jugaklah seminggu sekali.

Sungguh penting Islam itu dalam hidup Melayu, hinggakan Melayu telah memaktubkan agamanya ini dalam perlembagaan. Melayu itu mesti Islam. Kalau nak tau Islam, tengok orang Melayu. Orang yang buat perlembagaan ini paham. Dia paham yang Melayu takde apa tanpa Islam. Dia paham bahawa tanpa Islam, Melayu hanyalah sekumpulan orang asli yang kerjanya melepak dan berborak pasal lembu celaka yang telah mencuri makan buah dan merosakkan tanaman di kebunnya yang sekangkang kera. Dia tak mahu Islam hilang dari Melayu. Sebab tu lah dia mengkanunkan agama orang Melayu ialah Islam. Sapa Melayu yang bukan Islam, bukan Melayu. Tu sebab agaknya dulu-dulu orang non muslim nak masuk Islam diorang panggil nak masuk Melayu.


Islam tidak pilih bulu. Islam bukan kepunyaan sesiapa. Malahan, Islam lah yang memiliki sesuatu bangsa. Satu bangsa itu dikatakan masuk ke dalam Islam. Bukan Islam yang masuk ke dalam bangsa itu. Undang-undang asas Islam adalah sama. Ia tidak boleh ditokok tambah seperti kita menokok tambah undang-undang macam dalam demokrasi. Ramai suka arak, kita halalkan arak. Ramai suka judi, kita lesenkan judi. Nanti, ramai suka GRO amoi, kita buatlah kementerian pelacuran. Lagipun, kita dapat mengurangkan kejadian zina, rogol dan buang bayi. Mesti KPI kementerian ni hijau sokmo.

Melayu yang hilang Islamnya, maka Melayu itu telah kembali ke dinasti peribumi. Dia sudah kembali ke fitrah. Maka tak hairanlah, pada setiap Hari Raya, ramai yang berperangai macam orang asli. Heck, orang asli pun lagi baik akhlaknya dari orang Melayu. Itu dari segi luaran.

Melayu yang telah hilang Islam dalam rohaninya, maka dia lebih teruk dari Yahudi. Sebab laksana seorang Yahudi yang TAHU, seorang Melayu yang engkar dari Islam tahu selok-belok dalam menjauhkan diri dari gaya hidup Islam. Mereka lagi pandai mengencing budak tabligh masa diorang ditasykil ke majlis fikir. Mereka pandai berhujah bila kemaksiatan mereka dipersoal. Malah, diorang siap dah boleh plan dengan timing yang terperinci untuk elak diserkup oleh pencegah maksiat.

Jadi, di kesempatan ini kami menyeru agar semua Melayu untuk jangan kembali lagi. Berhenti dimana saja anda berada dan berfikirlah sejenak. Anda patut bersyukur kerana anda masih mampu untuk menyedari semua ini. Tak lama lagi kita takkan sempat lagi nak mintak maaf. Tanyalah diri sendiri sama ada anda mahukan gaya hidup yang kosong ini untuk anak-anak keturunan anda? Adakah anda mahu bangsa Melayu terus rosak sebab adanya anasir-anasir degil seperti anda? Adakah anda mahu negara ini ditimpa bala dek kemaksiatan yang ANDA lakukan?

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails