Wednesday, September 8, 2010

Idea untuk Raya: Point berborak

Perasaan kunjung mengunjung tu, indah. Tapi keindahan tu kekal hanya untuk 10 ke 20 minit yang pertama. Minit selanjutnya hanyalah soalan-soalan bodoh tentang tahsapanaktau, atau apa-apa saja sementara menunggu seat ni cukup panas sebelum kita berpisah. Adakalanya ada yang berjumpa dengan klik politik atau klik tabeliknya, mulalah lupa anak bini, layan cerita yang macam best gilawali. Terkial-kiallah anak keciknya pegi mintak air oren setelah diacukan ke arah maknya.

Pada yang bersedia, diorang dah plan appearance mereka di depan teman-teman mereka. Itu sebablah kebanyakan kita akan bersiap-siap sebelum keluar berhari Raya. Begitu juga dengan topik perbualan. Mesti ada persediaan. Topik mestilah kena dengan suasana dan keadaan crowd dalam pertemuan itu. Kalau tak berduit, jangan banyak cerita pasal harga atau hak atau hutang. Kalau bad mood, senyap. Jangan bercakap. Kalau bercakap, kena ceria-ceria jer.

Kalau korang dah takde topik nak borak Raya nantik, korang boleh recycle cerita-cerita dalam blog aku ni. Aku sarankan korang pergi ke topik kat sebelah kanan ni. Kau pilih topik macam kita, mug dan realiti, atau Kisah para Wali atau artikel. Save page. Cuba korang bawak borakkan benda tu sumer. Kurangkan berborak pasal benda bukan-bukan macam reta, skim cepat kaya atau ubat ntuk main lama. Semoga Raya kalini, disamping kita catch up dengan keadaan keluarga, kita juga menjadi semakin berpengetahuan dan mengambil tahu.

2 comments:

Dr Zatiel said...

sape kata..aku nak cakap mende berfekdah raye nt..pasal rawatan gigi..agak2 kau ade x tetamu umah aku muntah nt bl dgr aku crite?

Munafik Besar said...

apa jenis cerita pun, penerimaannya bergantung kepada cara penyampaiannya. Cerita mangkuk camana pun boleh masuk asalkan pandai main perhatian audience. Alas, kau kan doktor. Takkan tak belajar pasal nak distract budak kecik masa nak check gigi dia? Anyway, good comment...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails