Wednesday, September 8, 2010

Anugerah Iklan Raya 2010


Setiap tahun, pertandingan iklan Raya itu merupakan termometer betapa meriahnya penerimaan rakyat terhadap hari keramaian tersebut. Namun semenjak ketiadaan heroin iklan Malaysia, Raya tahun ini hambar. Sehambar iklan-iklan Raya di RTM3. Namun, seperti yang diharapkan, kami telah sebulat pembetung telah memilih iklan berikut sebagai pemenang Anugerah Iklan Raya tahun ini. Ini kerana efek iklan ini sungguh mendalam. Liriknya mudah nak hafal dan perlukan skil nak nyanyi. Ia boleh dijadikan marketing cliche sempena Raya sebab ada aktiviti ziarah. Bayar satu famili pakai purple dan bawak botol Ribena ke hulu ke hilir. Tema iklan pun kena; dengan suasana adik beradik yang baru kalah mentor kat RTM3, membuatkan orang tertanya siapa diorang ni, dan lirik yang kena mengena dengan 1Malaysia. Dahlah satu lagi kempen melalui Sahmsul Ghau2 dan Fauziah Nawi mengepung pula dari sudut berbuka puasa dan menjamu tetamu. Ditambahpula sebab anak aku memang suka dengan lagu Iklan Ribena yang rentak hindustan sebelum ni, yang: "Dia bulat, dia comel.."


Anak aku dengan aku-akunya sekali akan seumpama terpukau setiap kali iklan ni keluar kat RTM3. Yang ni, aku kasi syabas kat RTM3. Aku kalah. Tapi aku tak minum Ribena. Dah lepas dari syubahah belum diorang ni? Aku tak update laaa.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails