Tuesday, September 21, 2010

Kenapa Iklan Nuffnang Takde kat Blog anda 2 (Mesej kepada Blogwalkers dan Followers)

(sambungan dari sini)

Aku pernah menyalahgunakan ilmu ini untuk menaikkan jumlah Unique visitor aku. Tapi aku boring sebab aku tau sebenarnya, takde sapa yang membaca blog aku melainkan aku sensorang. Takde pekdahnya. Serupa juga dengan komuniti blogwalker yang sekadar datang meninggalkan jejak di cbox tanpa mengambil kira apa yang cuba disampaikan oleh tuan tanah. Pada aku, walaupun unique visitor aku tinggi, aku tak teruja langsung. Seperti yang aku dah terangkan di sini, aku lebih sayangkan pengomen dan follower blog aku. Aku takkan blogwalk ke blog blogwalkers tanpa menge check dulu blog follower aku dan seboleh-bolehnya aku akan mengomen. Dahsyat tak ayat aku? Hihi. Ayat jer power ni...

Ada komuniti BW pulak yang suka tolong member dengan mengeklik iklan di blog kengkawan. Boleh, takde salahnya dan seperti yang diingatkan oleh Nuffnang, kliklah jika anda betul-betul mahu tahu pasal produk yang diiklankan. Style macamni, sangat berbahaya jika dilakukan kepada blog kawan yang jumlah unique visitornya kurang dari 1000 sehari. Sebab kalau nuffnang admin nak check, senang-senang jer dia dapat filter IP yang popular. Dan akibatnya, blog kawan yang anda nak tolong tadi, akan kena ban. Silap-silap, seluruh komuniti ini (aku panggil clickers) akan kena ban sekali (atau blog mereka tak berapa laku untuk kempen buffered earning).

Jadi, sila pikir dulu apa yang anda sedang lakukan. Senang cerita, mantapkan isik blog anda dan mudahkan orang nak load blog anda. Jangan semakkan mata pengunjung dengan iklan atau widget yang tak menguntungkan. Kalau nak tolong member, tolong BW kan blog dia. Itu baru betul-betul tolong. Kalau nak banyak duit lagi, kau join ajer 'buat duit dengan klik, BW dan menulis artikel'. Kalau kau nak tolong aku, klik ke sini. Ni berapa juta kali klik pun takpe.

Dan aku tau, artikel ini akan mengurangkan populariti aku di kalangan blogwalkers atau clickers. Innit aku pun semakin kurang setelah aku keluarkan artikel 'Dang me" dulu tu. Apa yang aku nak tekankan di sini ialah, TOLONGLAH SIMPAN SEDIKIT INTEGRITI DALAM AKTIVITI BLOGGING KORANG. Janganlah asyik kenyang dengan udang kering. Usahalah untuk meningkat. Ni blogging dah bertahun, tapi isik pusing-pusing tu jugak. MANTAPKAN ISI blog anda. Jangan blog jer nampak gempak, isiknya tadak. Kalau nak contoh blog yang gempak, sila tengok blog ni. Memang rare. Takpun yang ni: Hahaha

6 comments:

Iman's Umi said...

Betul jugak tu...ah berblog syok sendiri je

Irwan said...

itulah sebab kita kena sentiasa check niat kita berblog..

saya berblog nak tunjuk kerek...kikiki

Unknown said...

gua setuju bro

Unknown said...

aku pon pernah komen pasal geng yang asyik klik iklan kawan dier,memang hampeh betui,tapi aku sokong kalau blogger melayu nanged blogger melayu,sebabnya nang blogger melayu memang sikit sangat,tapi ader syarat,mestu bacs apa yang kiter tulis,bukan mengharapkan kita nanged balik

Irwan said...

itulah pasal...

azwans said...

Sebagai blogger baharu, saya juga setuju. Inilah antara sebab saya suka membaca catatn blogger 'Otai', yang dah berkecimpung lama dalam dunia blogging ni. Memang dah asalnya blog itu tempat kita melauahkan pendapat dan berkongsi ilmu, tam manis la kalau menjenguk tapi tak membaca isi posting tuan tanah. Terima kasih atas nasihat ini. semoga maju jaya.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails