Tuesday, September 21, 2010

Atan dan Abu (menghukum tanpa beramal?)

"Ni betulbetul mesej dari Dia ni. Aku nak U-turn"


Atan tengah drive. Abu tengah korek hidung. Diorang tengah dalam perjalanan nak ke pasar tani. Orang dah start ramai kat jalan raya. Mungkin dah ramai yang kembali bekerja harini. Macam biasa, lepas korek hidung, Abu akan mencari tempat untuk mencalitkan najis hidungnya itu. Dia berkata:

"Takde tisu ke dalam keta ni?" sambil memandang ke belakang. Dia bukan mencari pun sebenarnya. Saja berlakon macam mencari. Dia bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang bakal Atan berikan sebab ni keta Atan. Atan mengusha Abu. Kemudian Atan usha jari kelingking Abu yang mengandungi akumulasi debu dan jelaga serta hingus yang sudah mengeras di jari Abu.

"Pengotorlah kau ni. Tisu dah habis" jawab Atan.

"Hipokrit. Semua orang korek hidung. Tapi aku jer lah sorang yang pengotor" hujah Abu. Abu suka menyelamatkan diri dengan bermain falsafah setiap kali dia diserang atau ditegur. Kelebihan dia ialah menyalahgunakan ilmunya untuk kepentingan diri. Walaupun aku disuruh agar berprasangka baik dengan semua orang, namun dengan Abu, kengkadang tu aku terparanoid jugak...

Abu merendahkan cermin kereta belah dia. Dia me manouvre kan taik idung tadi beralih ke jari telunjuk pulak. Dia bersedia untuk menjentik ketulan mukus itu ke arah jalan raya. Tibatiba, sebuah kereta peronda polis lalu di tepi mereka. Abang Polis dalam tu usharrr jer. Abu meng cover dengan meng angkat tangannya yang baru nak menjentik tadi. Atan yang di sebelah sana pula, cepat-cepat menarik tali pinggang keledarnya. Kereta peronda itu berlalu meninggalkan kenderaan mereka. Abu menjentik benda tadi ke arah kereta polis. Kemudian mereka menghela nafas lega sebab polis tadi tak perasan diorang tak pakai tali.
Ketahui hak anda semasa di tahan polis

"Diorang suruh orang pakai tali pinggang keledar, tapi sepanjang aku terserempak dengan puak diorang ni, tak pernahnya aku tengok diorang ni pakai tali pinggang keledar" kata Abu memulakan perbincangan.

"Gasak dioranglah. Kita pakai demi keselamatan. Bukan demi mengelakkan saman" jawab Atan. Atan mengisyaratkan agar Abu memasang tali pinggangnya. Abu masih berdegil lagi. Maklumlah, Abukan watak angkuh. Adakah anda seorang yang angkuh?

"Diorang menyuruh kita melakukan sesuatu yang diorang sendiri tak buat" kata Abu lagi nak provoke keadaan supaya Atan bersetuju dengan topiknya.

"Dan kalau kita tak ikut, diorang saman kita pulak" kata Abu lagi.

"Kau dah dengar cerita Asan kena saman masa hari mantai haritu?" tanya Atan pula menukarkan topik. Abu mengangkat keningnya tanda dia belum tau.

"Asan cerita, dia kena tahan sebab tak pakai helmet. Masa tu dia on the way nak pegi kedai runcit beli kicap. Belakang, dalam jalan kampung tu, dia kena tahan kat polis" kata Atan.

"Dalam kampung kita ada polis buat roadblock?" tanya Abu yang nampaknya layan dengan cerita Atan.

"Itulah herannya. Asan cerita:

"Diorang suruh aku bagi IC dengan lesen. Aku kasilah. Sibbaik aku bawak wallet. Hari mantai, maklumlah, duit dalam wallet memanglah banyak lagi. Dapatlak aku belum masukkan lagi duit raya dalam sampul. Jadi wallet aku memang gemuk. Aku perasan masa aku tarik keluar IC ngan lesen tu, pulis tu usharrr jer wallet aku" kata Asan.


"Dah dapat IC ngan lesen aku, pulis muda yang menahan aku tu memberikannya kepada yang sorang lagi. Yang sorang lagi tu tua sikit, nampak cam otai. Dia mendekati aku sambil memandang aku atas bawah. Aku agak menyampah melihat body language otai pulis tu" sambung Asan lagi.


"Otai tu tanya kat aku aku dok mana, aku nakgi mana, puasa ke idak hari tu. 
Lepas tu dia cerita pasal kejadian curi motor dan pecah rumah yang semakin meningkat di kawasan sekitar kampung kita. Aku tak suka cara dia cakap ngan aku sebab cara dia kerekkk sikit" kata Asan lagi.


"Pastu dia gertak-gertak aku nak saman aku sebab tak pakai helmet. Aku goyanglah, tapi aku tunduk jer. Yelah. Dah salah"


"Pastu dia pulak yang tanya aku camana nak setel. Aku cakap nak setel camana lagi, bayar je lah saman" sambung Asan.
"Pulis otai tu terus kata dia nak saman aku pasal tak pakai helmetlah, lampu brek belakang tak nyalalah, takde side mirror lah...Camacam lah dia nak sabit aku. Silap-silap, melayang gak seribu petang tu. Nak pitam aku dengar jumlah yang aku kena sabit" kata Asan lagi.


"Aku pun tanya dia camana nak setel. Pulis tu senyum. Dia bukak buku saman dan letak kat dalam bakul motor. Kemudian otai tu bla jauh sikit, konon-konoon ada benda yang dia nak cerita kat polis muda yang menahan aku tadi. Aku serba salah. Ni bulan puasa ni. Dalam hal rasuah, abang karkun kata, yang mintak salah, yang bagi pun salah. Tapi nak diikutkan, mau melayang seribu. Mau Selamat, Hari Raya aku" bisik Asan dalam hati.


"Takpe ah bang. Abang saman jer lah saya berapa abang nak saman" kata Asan cocky tapi sambil merendah diri. Otai pulis tu berpaling dan memandang Asan. Dia suruh polis muda tu untuk menyaman aku. Tapi dia saman aku pasal tak pakai helmet jer. Kemudian dia bagi nasihat sikit dan suruh aku balik rumah dulu ambik helmet. Aku u turn, balik ambik helmet. Tapi aku tak lalu dah jalan tu"

Atan dan Abu berpandangan. Kereta mereka membelok ke kawasan parking pasar tani. Diorang keluar dari kereta. Atan memicit tit-tit keretanya. Mereka menuju ke pasar tani dan membeli apa yang perlu. Mereka kembali ke kereta mereka. Dalam perjalanan pulang, diorang terserempak lagi dengan keta peronda polis yang memotong mereka dari belah kiri sebentar tadi. Kelihatan mereka sedang menahan orang kampung yang tak pakai helmet. Secara spontan mereka baru teringat nak pakai tali pinggang keledar.

"Duit dah habis pakai masa raya, agaknya. Tu yang semasing dok ngepauuu jer tu" mula Abu yang tak puas hati dengan polisial.

"Hishh kau ni. Tak baik berburuk sangka" kata Atan menyeimbangkan keadaan.
Papejelaa

"Ahhh. Dahlah suruh orang buat sesuatu yang diorang tak buat. Pastu, sentiasa berada dalam mode nak cari kesalahan orang. Bila dapat tangkap orang, gertak orang suruh bagi dia rasuah. Dan bila kita bagi rasuah, dia tangkap kita lagi pasal nak rasuah dia. Pastu dia jadi hero anti rasuah. Aku benci Malaysia dan sistem celaka ni sumer" kata Abu yang nampaknya semakin tenggelam dalam amarahnya.

Atan yang menyedari hal ini, terus menepuk dada Abu (konon-konon macam yang Tok Sheikh buat kat aku masa aku diserang penyakit syak waham dulu). Abu just pandang jer gelagat Atan.

"Aku tau asal-usul mu! Keluar kau dari badan anak Adam ini" seru Atan sambil fokus pada dada Atan macam tok bomoh macam dalam cerita Ular Emas. Atan dan Abu ketawa. Mereka meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

2 comments:

Gen Fujita said...

sangat menarik kisah ni :)

Irwan said...

timer kasih...cerita ni di inspirasikan oleh tertukarnya KPN kita...kalau ko perasan, lepas naik org baru ni..polis cam klaka sikit..sisatan tak selesai (DNA tak keluar lagi) dah kata diorang cakap siasatn selesai. Lepas tu AG reject laporan mereka..Flipflop betul la diorang ni...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails