Wednesday, September 1, 2010

Atan dengan Abu (Kisah Atan mulamula nak taubat duludulu)


Atan ni sebenarnya sekali dengan Asan. Sila klik di sini kalau nak tau serba sedikit pasal Asan. Pendek cerita, watak Melayu moden dan alpa itu ialah Asan. Dan dia suka berbesfren dengan Atan. Atan dengan Asan ni sebaya. Dengar ceritanya si Atan ni memang partner in crime kepada Asan. Apa saja aktiviti mungkar yang nak dibuat oleh Asan, dia akan bawak Atan sekali. Pegi disko, pegi double date, pegi isap dadah, lepak depan umah sewa awek sampai kena halau kat KRT. Sebab Atan ni tak banyak kerenah. Dia ngikuttt jer. Tambahan pula, dia cekap bawak keta. Sampai ada satu masa tu kami gelarkan dia "Atan-the satan powered driver". Kalau takat nak cocok keta orang sampai kena bumper tu, selamber. Kalau setakat nak sep-sep side mirror atau tempeleng kepala mat rempit yang mencilok masa traffic jam, itu biasa. Dapatlak lengan Atan yang besar sebab dia pernah kerja mengait kelapa sawit kat Felda Serting, masa lepas SPM. Sekali katok jer, berterabur helmet mamat tu atas asphalt.


Cerita ni, Abu yang story kat aku. Nak harap si Atan tu cerita, tak payahlah. Balik-balik dia akan alih topik ke piston kereta. Atau ke isu immobilizer. Abu cakap, Atan terus berubah setelah dengar ceramah dalam radio pasal kita kena pilih kawan yang baik untuk berubah jadi baik. Entah apalah yang ustaz dalam radio tu dah ayat, sampai Atan betulbetul berazam nak berubah jadi baik. Seboleh-boleh dia cuba mengelak dari terlibat dengan program-program mungkar si Asan, sampaikan Asan pun pernah terkeluar ayat nak berputus arang dengan Atan. Tapi Atan tak kisah. Dia nekad dalam azamnya nak jadi baik. Setelah dia mengurangkan masa yang diluangkannya dengan Asan, Atan mulalah nak belajar ilmu agama dengan berkawan dengan klik-klik skema yang nampak ke-ustaz-ustaz-an kat universiti tempat diorang ni belajar.

Pada mulanya, kehadiran Atan dalam kelompok orang baik-baik ni, diterima dengan hati yang terbuka. Tapi sebab Asan dan Atan ni dah ada reputasi yang kurang baik, ditambah lagi dengan pandangan skeptikal segelintir dari golongan tersebut yang syak bahawa Atan ni sebenarnya proxy si Asan yang memang terkenal sebagai kaki pompuan, nak menekel awek junior transfer yang cute tu. Tambahan ada juga yang berprasangka buruk terhadap Atan dek takut perangai Atan yang happening dan straight forward itu akan terpercik dan mengotorkan baju reputasi mereka yang bersih. Mereka secara diam-diam memulaukan Atan.


Akibatnya, banyak kali Atan kelihatan dok sorang-sorang dalam bilik, termenung dengan muka yang sedih sebab ditinggalkan oleh gerombolan baik yang pergi dinner tak ajak dia. Bila ditanya apakah sebab seorang lelaki mengeluarkan air mata, dia pasti akan menjawab kalau ada molekul air dalam petrol, pasti pembakaran dalam piston tak lengkap dan mengurangkan prestasi enjin. Dia pasti mengelak kalau aku yang tanya. Adakah dia tak respek pada aku?

Pernah sekali Atan meroyan dengan menyalah-nyalahkan tuhan yang membuatkan dia keseorangan, walhal dia nak kembali kepada kebenaran. Dia bengang sebab semakin dia nak kembali, semakin teruk dia diuji. Aku dengar, dekat sebulan dia tak pergi kuliah. Dia dok meracau-racau dalam biliknya sensorang sambil menconteng kertas-kertas mahjung yang sengaja ditampalkannya diserata dinding biliknya. Takde sorang pun rakan-rakan ustaz dia yang datang menjenguk. Bahkan bila berita akan keadaan Atan disampaikan kepada mereka, mereka hanya 'Innalillah' kan ajer si Atan. Mujurlah kebetulan pada hari itu, aku ada assignment dengan abang karkun. Atan yang tengah menjerit-jerit dalam biliknya, terus terdiam dan tertidur bila dadanya ditepuk oleh abang karkun. Tahapa magicnya ntah yang abang karkun pakai. Terus senyap si Atan. Dan sejak dari itu, Atan terus menerus jadi baik. Cuma bila ada Abu jer perangai dia jadi cam cibai balik. Maklumlah..Adik beradikk..

Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah, walaupun kita disuruh untuk memilih kawan, janganlah kita tak kasi chan kepada orang lain untuk berubah. Kita kena kurangkan prasangka buruk kita, lebih-lebih lagi kepada saudara seagama, sebangsa , walhal sapa-sapa saja. Lebih-lebih lagi orang yang kata dia nak berubah. Sebab prasangka buruk itu bahaya untuk jiwa dan ia merosakkan sapa sajer. Aku dengar prasangka buruk itu adalah permulaan kepada dengki dan manifestasi kepada keangkuhan yang ada dalam diri seseorang. Dia rasa orang lain lebih hina dari dia, jadi dia dah label orang ni camner, orang tu camner. Apa-apa jerlahh..


Sedih camana pun, janganlah buat kerja sia-sia
Lagi satu ialah, sekiranya kita lihat kawan kita nak berubah jadi baik, kita galak, sokong dan selalulah ingatkan azamnya yang murni itu, walaupun kita masih dalam kemungkaran. Asan selalu menyokong Atan dalam pilihan gaya hidupnya (biasalah, orang mungkar memang baik-baik siviknya), cuma Atan yang TERLALU waraklah yang silap sebab terus-menerus memutuskan hubungan dengan Asan kerana khuatir akan terpedaya dengan Asan. AKu taktaulah camana kawan-kawan 'baik' Atan dulu layan dia camner, tapi yang pasti, sesiapa saja yang dah rasa dia 'baik', maka itulah saat korang 'paling tak baik' sekali.

"Alhamdulillah, itu dulu" kata Abu lagi. "Sekarang dia dah kembali gila seperti sedia kala" sambungnya lagi. AKu cuma memerhatikan gelagat ATan yang sedang melastik cicak di celahan bumbung surau tempat kitorang keluar ni...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails