Monday, August 9, 2010

Lembu makan rumput, darah warna merah, kenapa susu warna putih?

Pada satu masa dulu, ada sekumpulan saintis barat yang cuba mencari bukti asal-usul susu lembu. Mereka sebenarnya baru kalah berdebat dengan sorang mamat Islam. Mamat tu tanya saintis kapir ni kenapa susu lembu berwarna putih, sedangkan rumput yang dimakan berwarna hijau dan darah lembu pula berwarna merah. Kumpulan saintis ni mula-mula menyangka soalan itu adalah soalan bodoh, tapi bila mamat tu series bertanya soalan yang sama buat kali kedua, baru mereka sedar bahawa mereka takde jawapan. Mereka sendiri tak pernah kaji kenapa susu lembu berwarna putih. Dan semua itu, mereka nak jawab melalui kajian ini.


Mula-mula, mereka mengkaji kesahihan dakwaan mamat tadi pasal berat lembu. Mula-mula mereka beli beberapa ekor lembu betina yang mempunyai susu. Mereka timbang berat setiap lembu itu dan lembu-lembu ini diberikan makanan rumput segar seberat 4 kilo. Setelah lembu-lembu ni habis makan, berat mereka ditimbang semula. Rata-rata menunjukkan kenaikan berat antara 3.5 hingga 4 kilo setiap ekor. Lojiklah.

Kemudian lembu-lembu ini tidak diberikan makanan. Najis yang dikeluarkan dari setiap lembu tadi, serta lembu-lembunya sekali ditimbang setelah 24jam. Pemerhatian menunjukkan jumlah berat najis dan penurunan berat lembu adalah lojik.

Kemudian, setiap lembu betina ini, diperah susunya semaksima yang boleh. Naik kecut tetek lembu tu diorang kerjakan. Tapi pemerhatian menunjukkan bahawa berat lembu hanya menurun sedikit atau hampir tiada penurunan, walaupun setelah susu seberat 2 hingga 3 kilo dikeluarkan. Para saintis ni tadi tercengang. Semua lembu tidak menunjukkan sebarang perubahan berat? Mereka mengulangi eksperimen ini berkali-kali dan hasilnya ialah sama: walau banyak mana pun susu diperah, berat lembu tidak mengalami penurunan mendadak. Seolah susu ini datang dari LUAR badan lembu. Cuma ia keluar melalui putingnya saja. Cakap mamat Islam tu betul, tapi ia menimbulkan lagi banyak tanda tanya kepada para saintis kita ni.

Saintis ni tahu, kalau diorang potong tetek lembu tu, yang keluar ialah darah. Mereka takbley nak teropong pakai fiber optic sebab selirat saluran susu dalam kantung tetek lembu terlalu kecil. Kalau setakat cucuk fiber optik kat kawasan tetek yang ada ruang urat susu, apa yang mereka nampak nanti pasti berwarna merah saja.

Namun, dengan peralatan canggih yang mereka ada, para saintis ni mencipta sejenis benda bernama 'nano camera'. Nak dijadikan cerita, kononnya nanocam ni saiznya sangat kecil dan berupa seperti segenggam habuk yang bercahaya. Setiap habuk itu ialah satu unit nanocam yang berupaya merakam dan menghantar video ke pusat pengumpulan datanya yang terdapat dalam laptop. Habuk ini juga berupaya untuk mengawal pergerakannya menerusi manipulasi elektronik terhadap medan magnet bumi. Para saintis ni bercadang untuk menyuntik 3miligram nanocam ke dalam tetek lembu-lembu tadi. Nanocam akan menyelusuri liang-liang susu, bermula dari puting.

Takde apa yang special yang mereka lihat dalam penjelajahan mereka dalam tetek seekor lembu. Nanocam terus dipandu ke satu ruang kosong. Macam masuk ke kerongkong. Malah, imej ultrasonic yang dikumpul dari data habuk nanocam tadi cuma dapat memetakan saluran urat susu dalam tetek seekor lembu. Macam lawaklah pulak. Apa yang mereka nampak, cuma dinding lembut lembab berwarna pink. Kemudian, tetek lembu ini diperah perlahan-lahan seolah sedang memerah susu. Habuk nanocam tadi, tibatiba umpama di flush oleh satu ombak cecair berwarna putih, yang datang dari pelbagai arah, tapi kemudian keluar melalui puting bersama dengan susu. Seluruh teknologi mereka tak dapat nak membuktikan secara fizikal akan mana datangnya susu dari dalam tetek seekor lembu. Dengan sepenuh rasa misteri, para saintis kita ni berjumpa kembali dengan mamat kita tadi.

Selamber jer mamat Islam kita ni cakap susu tu ialah salah satu bukti kekuasaan Allah yang memang termaktub somewhere dalam kitab dan ajaran Islam. Ia takde penjelasan. Ia tak perlu dikaji dengan teralalu dalam. Macam air zamzam yang tak pernah kering dan terdiri dari molekul air yang unik, atau asal usul manusia, atau betul ke ada hidupan lain di planet lain? Lagila menganga-nganga saintis ni tadi. Mereka semua tunduk dengan kebesaran dan kebijaksanaan si Pencipta dan sedar bahawa mereka telah membuang masa dengan menenung akan pintu itu lama sangat daripada melangkah masuk melalui pintu itu dan mengetahui apa di dalam.

Mari! Marilah masuk ke dalam kesejahteraan

2 comments:

kemm said...

huih, aku pun tak terpikir. Subhanallah.. harap2 boleh lagi share pengetahuan yang macam nih sama sama kita mendapat manfaat.

Irwan said...

banyak lagi kemmm but all in good timess...keep reading ..k

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails