Monday, August 9, 2010

Kisah kali ini: Rescue diver dengan telaga zamzam.





Nama aku Maik. Aku ejen CIA. Takde sapa yang tau aku ejen CIA. Aku sendiri pun kadangkadang terlupa aku ni CIA. Maklumlah, aku ditempatkan di dalam pasukan search and rescue khas untuk selaman dalam air. Disebabkan team aku ni gempak, kami selalulah dipanggil untuk menyelesaikan masalah kapal karam atau submarine kena bom di lautan dalam. Tapi dalam banyak-banyak pengalaman tu, aku tak boleh lupa saat masa kat Mekah, tempat suci orang Islam. Sampai sekarang aku tak dapat nak terangkan apa yang dah berlaku. Ceritanya macam ni:


Pasukan kami sebenarnya berada di Mekah untuk misi yang berlainan. Aku tak boleh nak cerita lebihlebih pasal misi tu, tapi masa kami berhampiran dengan kawasan telaga zamzam, kami terpanggil oleh kerumunan orang ramai. Ada seorang budak berumur 2 tahun telah terjatuh ke dalam telaga zamzam. Tah camana budak tu boleh masuk, aku pun tak pasti tapi sebagai seorang rescue diver yang bertubuh sasa dan nak menunjukkan kehebatan orang non muslim kepada muslim di tempat suci mereka, aku pun mengofferkan diri untuk memakai suit selaman dan menyertai pasukan cari dan menyelamat budak yang terjatuh tadi. 15 minit sudah berlalu. Kami pun terjun ke dalam telaga.

Yang aku ingat tentang perjalanan ke dasar telaga tu ialah ianya gelap dan sejuk. Kemudian tibatiba ajer kami telah keluar dari sebuah terowong yang terletak di dalam lautan yang luas dan tak bertepi. Pemandangannya membiru dan sejauh mata memandang. Ini mustahil! Tak mungkin ada sumber air yang sebegini hebat di bawah telaga di tepi Kaabah. Laksana seorang hero dalam movie action, aku teruskan selaman ke depan, untuk melihat sekitar lautan air zamzam yang hebat itu. Semakin jauh aku dari terowong tempat pasukan kami keluar tadi, aku dapat rasakan kecuakan yang tak pernah aku rasakan selama ini. Seolaholah aku berada di satu galaksi yang tak bergraviti, tak bertepi, cuma pemandangan membiru yang sejauh mata memandang. Camana aku nak cari budak tu dalam keasingan sebegini? Aku sendiri pun dah tak tau mana atas, mana bawah. Aku semakin takut dan berpatah balik ke pasukan ku. Kami memutuskan budak tu memang total lost. Kitorang boleh berkongsikan rakaman video yang kami ambil ini sebagai bukti akan kemustahilan untuk mencari budak 2 tahun tu dengan bekalan oksigen sebegini. Kami masuk semula ke dalam terowong tempat kami datang tadi. Kami naik semula ke permukaan, mengadap kerumunan orang yang sedang menanti dengan muka yang mengharap. Kami tak dapat nak menerangkan apa-apa lagi selain menenangkan keluarga budak yang hilang tu. Mereka menonton video yang kami ambil tu sambil menyebut-nyebut "Subhanallah-Subhanallah". Aku tak paham apa makna kalimah ini. Pasti ia memberi makna yang mendalam untuk keluarga yang baru kehilangan seorang anak ni.

Aku tak dapat nak explain camana ada lautan luas kat bawah telaga zamzam tu. dan apa hukumnya meneguk air zamzam tu dengan pengetahuan seorang budak dah hilang di dalamnya. Aku bukan pakar agama. Aku hanyalah seorang rescue diver. Ejen CIA.

6 comments:

Malek Ku said...

mana video nya?

Munafik Besar said...

video? mintak kat CIA.

Fontonk said...

serious kisah benar ke?

Irwan said...

benarrrrr

Anonymous said...

mana dapat cerita ni ?

Irwan said...

dari abang karkun laaa

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails