Monday, August 9, 2010

Wali Dari Bangi 7

"Berapa banyak nak potong bawang ni bang?" tanyaku pada abang karkun. Dia menoleh ke kanan, mengadapku.
"Kau potong jelah semua. Dah takleh simpan dah tu" jawab abang karkun sambil memuncungkan bibirnya menunjukkan seulas bawang yang dah macam busuk-busuk sikit. Kitorang tengah keluar 3 hari kat satu surau terpencil, bawak budak-budak student. Dan dalam tabligh, kami digalakkan untuk memasak sendiri makanan kami. Yang aku paham, bila kita masak sendiri, kita boleh jamin kebersihan makanan yang masuk ke dalam perut kita ni. Sedap tak sedap, itu akan semakin baik semakin banyak kali kita memasak.
Jadi, untuk kalini, abang karkun (yang merupakan amersab jemaah masa tu) dan aku bertugas sebagai tukang masak. Dalam jemaah tabligh, kitorang dipanggil 'orang khidmat'. Yang aku paham, orang khidmat ni sebenarnya bukan setakat memastikan jemaah cukup tenaga dan zat demi menjalankan misi kami jer, tapi bertanggungjawab dalam memastikan jemaah tak perlu pikir pasal nak makan apa atau bila haus nak ambik air kat mana atau towel nak sidai kat mana. Tugas orang khidmat ialah membantu jemaah dalam memfokuskan seluruh fizikal dan mental mereka terhadap usaha meningkatkan iman dan menarik hidayah dan rahmat Allah ke bumi ini, tanpa perlu risaukan dunia mereka selama masa mereka keluar tabligh tu. Orang khidmatlah biasanya paling letih. Dioranglah tidur paling last tapi yang KO paling dulu sedangkan yang lain masih dok berborak dalam kelambu. Yang paham akan berebut-rebut nak jadi orang khidmat sebab kerja senang, tak heavy macam ghash atau bayan atau baca kitab. Tapi aku suka khidmat dengan abang karkun sebab dia banyak resepi dan skill memasak dan selalu ada magic-magic yang sedaya upaya dia nak sembunyikan dari aku. Hehehe. Dia ingat aku tak nampak, tu..

"Lepas potong tu kang, kau terus masukkan dalam periuk. Ada nampak garam tak? Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW" kata abang karkun sambil menyelak-nyelak bungkusan plastik dalam bekas rempah. Aku toleh ke kanan dan peket garam yang aku alihkan masa nak tukar surat kabar alas dapur tadi terlihat olehku. Tapi tanganku tak sampai sebab tengah potong bawang. Aku baru nak cakap lokasi peket garam tu, abang karkun dah ambik dah.

"Jazakallah" katanya. Dah mulalah tu. Main baca-baca pikiran orang. Kadang-kadang aku rasa macam telanjang depan dia dan brader bus stand. Takbley langsung ada benda terlintas dalam hati aku, dapat ajer dibacanya. Tengok tu! Sengih-sengih sambil usha-usha orang lagi. Sekali aku pauk dengan pisau ni kang...

"Orang Rembau sumer suka buat lawak ganas ke?" senyum abang karkun. Dia menepuk bahu kiriku. Aku tersenyum.
"Lintasan jer, maut-maut. Tapi nak buat betul-betul, penakut" jawabku. Dia tersenyum. Aku ketawa. Adeh! Pedih dan berair mata aku dok memotong bawang merah ni. Rasa macam dah banyak dah ni. Sapa nak makan bawang banyak-banyak ni, kang?

"Abang takde doa nak potong bawang jangan kasi mata berair ke?" tanya aku. Aku suka korek rahsia dari dia ni. Dia banyak tau amalan doa dan zikir. Dahsyat brader ni. Takkan potong bawang takde skill nak elak mata berair ni? Adehhh...

"Aku biasa buat, aku gigit batang mancis kat gigi masa potong bawang" jawab abang karkun pendek.
"Bila kau gigit mancis, udara hembusan kau jadi lebih lembab sebab ruang keluar udara kat mulut tu sempit. Tindakan Bernouli menyebabkan wap air dalam udara hembusan terpeluwap dan bergabung dengan wap air bawang yang memenuhi ruang depan muka kau masa kau tarik nafas. Bila wap air ni bergabung dengan wap bawang, molekulnya jadi berat dan jatuh dan tak sempat sampai ke mata kau" sambung abang karkun lagi. Ni lagi satu yang aku suka. Abang karkun berupaya menerangkan lojik dalam setiap tips yang diberinya. Dia juga banyak kaji rahsia dalam amalan sunnah. Suka cari makna dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Macam kenapa masa makan kita duduk style sunnah, apa kelebihan makan kurma, kenapa sunnah suruh makan buah dulu sebelum makan dan kenapa sunnah kata minum air itu selepas makan dan bukan semasa. Banyak penerangan dari segi saintifik. Cool jugak laa.

"Maklumlah. Ni zaman sains dan teknologi. Kita kenalah celik IT" lawak abang karkun. Aku cuma tersengih macam cimpanzi sebab aku tengah gigit batang mancis. Aku mengeluarkan kembali batang mancis dari mulutku.
"Tak jadi, pun?" tanyaku. Mata aku masih pedih lagi. Makin terasa pulak tusukan bisa air bawang tu dalam mataku.

"Itulah kau, yakin pada skill dan ilmu kau. Kau kena paham. Ilmu yang kau ada tu, sekadar ikhtiar jer. Yang menentukan jadi ke idaknya ialah Dia. Tips takde kose. Allah ajer yang Maha Kuasa" tempelak abang karkun. Aku terdiam. Part ni aku memang tak paham lagi. Aku ada masalah: mata aku pedih sebab potong bawang. Aku ikhtiar dengan bertanya kepada yang berpengalaman. Yang berpengalaman dah bagi panduan. Aku ikut. Tapi, tak jadi. Dan penjelasan sebab ia tak jadi ialah sebab Allah tak izinkan sebab aku yakin bahawa panduan yang aku dapat itu akan menyelesaikan masalah aku.

"Kau tak paham sebab kau diuji. Kau berada DALAM mangkuk itu. Kau kena keluar dari mangkuk tu. Dan untuk pengetahuan kau, ujian yang kau alami tu, biasanya berlaku kepada yang mengetahui saja. Sebab mereka dah tau. Kau patut bersyukur sebab sekarang kau dah tau tahap kau. Kau dah tau apa yang boleh buatkan kau naik, dan apa yang kau patut elak dari terturun" sambung abang karkun lagi.
"Ujian itu bertindak sebagai peringatan agar kau betulkan balik kepercayaan kau. Kau patut bersyukur sebab dapat peringatan sebelum mati. Ada yang selama-lamanya berada dalam kelalaian dan terus berada dalam kelalaian walau peringatan atau telah dilempang beberapa kali. Langsung tak ingat, usahkan terpikir pasal Dia. Diorang ni, Allah beri tangguh, nikmati dunia ni sepuas-puasnya sebab kat sana nantik, mereka bakal menempuhi perjalanan yang sukar" abang karkun terdiam seketika. Dia nampak sedih. Kemudian dia mendongak. Air mata kelihatan mengalir dari pipinya. Lagi deras dari air mata aku yang keluar dek mengupas bawang. Kelihatan titisan air tergantung di janggutnya membuatkan wajah abang karkun nampak macam baru ambik wudhuk. Aku dah biasa dah ni.

Aku terus mengumpul bawang-bawang yang dah aku potong ke dalam mangkuk dan menuju ke sinki untuk membilasnya. Dari jauh aku lihat abang karkun tertunduk, sedih. Mesti dia rasa sedih sebab tak daya nak buat segala-galanya untuk membantu Baginda SAW menghalang ummat kita dari terus tinggal di neraka selama-lamanya, suatu hari nantik. Aku pun rasa bersalah jugak. Aku kata Nabi Muhammad SAW itu ketuaku, tapi tak pernah pun bersungguh-sungguh nak membantu Baginda SAW dalam misinya di dunia ini. Bahkan, aku sendiri yang nampak macam lebih memerlukan bantuan.

2 comments:

z@i said...

best2

Iwan said...

Timer kasih sebab komen. Anda ialah pengomen kedua untuk bulan Ogos.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails