Sunday, August 15, 2010

Kita, mug dan realiti 7.0 (Alam barzakh-adilkah Allah?)

Kiamat sudah hampir. Mungkin Jumaat depan. Atau Jumaat satu lagi. Tapi manusia dah start mati sejak zaman Habil dan Qabil lagi. Dan dah tentu mereka telah berada di barzakh beribu-ribu tahun lamanya berbanding korang yang hidup macam akan mati sejam sebelum kiamat. Apa yang akan berlaku selepas mati? Apa yang berlaku selepas kita habis menjawab soalan dari Munkar dan Nakir? Kalau tadi kita dah tau soal kehidupan (MUG), dan apa yang kita perlu buat untuk berjaya, ni dah kira masuk bab MANGKUK dah ni...Kita malas nak ulas apa yang berlaku dalam 4jam pertama selepas nyawa keluar dari jasad (mati). Bab ni agak menakutkan. kita terus ke bahagian selepas tapak kaki terakhir meninggalkan kita yang tertanam di kuburan...


Beza utama yang kedua antara orang beriman dengan yang tak beriman ialah percaya kepada kiamat. Percaya kepada kehidupan SELEPAS mati. Dalam membincangkan soal kehidupan selepas mati, manusia masih terkial-kial kerana makna MUG itu sendiri pun mereka masih belum paham. Ni kan pulak benda lepas mati. Benda ghaib. Dan untuk menerangkan hal-hal inilah, Allah Yang Maha Penyayang telah mengutuskan para Rasul dan anbiyak, untuk menerangkan hakikat sebenarnya perjalanan penciptaan manusia dan realiti ini, disamping mengajar kita semua bahawa jalan keselamatan ialah bukan dengan menyelamatkan diri sendiri saja, tapi dengan turut berusaha untuk menyelamatkan seberapa ramai lagi kaum kita dari ending yang buruk.

Selepas tapak kaki terakhir meninggalkan kita yang tertanam di kuburan, alam ini bertukar tempat. Kita sudah lama kembali dalam jasad kita yang sekarang berada dalam posisi mengiring. Kita helpless. Takbley gerak kaki dan tangan. Sejuk tanah menghimpit bahu dan punggung kita. Kita masih dalam dunia tapi dalam dimensi yang lain. Kemudian datanglah dua malaikat yang terkenal: Munkar dan Nakir. Mereka akan bertanyakan soalan-soalan keimanan untuk menguji tahap pengetahuan roh kita. Tahap pengetahuan roh kita ialah biasanya apa amalan yang sudah istiqomah dalam diri kita dalam memahami jawapan kepada soalan-soalan yang ditanyakan. Kiranya kalau dicubit, automatik jer tangan menampar si pencubit. Atau bila ditanya: "Kau nak duit limaplohinggit ni tak?" spontan jawapan yang didengari ialah "Nak" dengan kapital 'N'.

Soalan pertama ialah "Siapa tuhan kamu". Seseorang yang pernah tertanya dalam dirinya siapakah tuhan alam ini yang menjadikannya, sudah tentu akan terangan-angan akan jawapannya tapi dia juga tahu bahawa kepastian hanya dapat diperolehi dengan amalan atau praktikal. Dan sesiapa yang terus mencari tuhan akan dapat menjawab soalan ini. Tu sebab orang non muslim yang mencari kebenaran, lastlast dia akan jumpa Islam. Tapi orang Islam dah ada shortcut untuk jawab soalan ini (dan soalan-soalan yang lain) dengan mengamalkan membaca surah Sejadah dan Al Mulk setiap hari. Kenapa dua surah ni? Taktau. Tak caya? Tak caya, cuba laaa..

Kalau kita dapat jawap soalan pertama ini, kita akan ditanyakan soalan kedua. Hingga sampailah ke soalan yang terakhir. Kita anggap semua orang dah berjaya sampai ke sini, buat masa ini. Kita parking dalam kubur dulu sambil menikmati keindahan bau-bauan taman syurga yang bakal didiami pada akhir perjalanan kita ini nantik. Malaikat yang dua tadi pun dah bla. Kita pergi ke saudara kita yang stuck dengan soalan pertama dulu sebelum meneruskan perjalanan yang indah ini.

5 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam..
Suka sangat baca kisah2 kematian ni, tak taula kenapa. Tp yg pasti dgn hanya mengingat mati inilah dpt melembutkan hati yg keras, menyedarkan diri dari tidur yg lena.
Terima kasih yer..teruskan menyumbang entri yg boleh dimanfaati bersama..

Irwan said...

umanggg aaaii...lu memang death metal la...

dah kawin lom? aku ada kenal kengkawan yang deathmetal macam ko gak...tak terikut betul la korang ni..

(Allah menjadikan kita ni bermacam perangai. Kita kena ambik kesempatan nak mengenalai satu sama lain supaya kita makin sedar betapa BESARnya DIA dan betapa keciknya kita)

Irwan said...

lagi satu, manfaat itu terletak pada si pemerhati. Jika dia pakai spek hijau, maka hijaulah yang dia nampak. Kalau dia pakai hijab macam gambar profail ko ni, maka nampak mata jelahhh...

Fontonk said...

lepas kita selesai ditanya, kita pergi kat saudara kita yg stuck? macam mana tu? tak paham.

Irwan said...

Terima kasih fontonk keran amengomen..Aku baru jumpa blog kau semalam dan bini aku dengan aku-akunya sekali gelak besar lepas baca entry ko yang ada gambar The rock tu..Kakakaka.

Kita kembali ke saudara kita yang stuck ialah sambungan kepada entry ni..(sila baca entry Kita mug dan realiti 7.1 ke apa. Kau navigate la antara older post atau newer post)

Bangga aku ko datang..Hins-hins

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails