Monday, August 23, 2010

Interview dengan Wali (Pemerhatian-pemerhatian hasil dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431-part 1)

Ramai yang berdiri tapi tak ramai yang solat

Brader bus stand nampak series. Walaupun dialah yang paling series dan waras antara jemaah kami ni, namun, keseriesannya pada kali ini nampak berbeza. Apabila kening brader bus stand bercantum, itu maknanya tak lama lepas tu, mesti ada takazah (job) baru. Seperti yang dijangkakan, aku mendekati brader bus stand.
"Seriesss jer bang? Abang pegi mana? Dari Jumaat menghilang?" tanyaku cuba nak memisahkan kening brader bus stand yang seakan-akan bercantum itu.
"Teruk-teruk" jawabnya pendek.
"Amenda yang teruk?" tanyaku lagi. Cayaa, lah. Aku rasa aku dah ada sikit-sikit lempias kebolehan nak baca pikiran orang...
"Ramadhan kali ini menyaksikan penurunan tahap keimanan yang sangat drastik di kalangan orang Islam sedunia. Lebih-lebih lagi di Malaysia" jawab brader bus stand. Kening aku pulak yang bercantum. Apa yang brader ni mengarut ni?

"Kau tau...Apa yang berlaku atas dunia ni adalah ketentuan Allah. Dan Allah akan turunkan perintahNya, ketentuanNya, sesuai dengan amalan para hamba Nya" mula brader bus stand.

"Bila baik amalan orang Islam di dunia ini, maka baiklah keadaan dunia ni. Bila buruk amalan orang Islam, maka buruklah keadaan atau ketentuan untuk dunia ni. Kerana setiap amalan yang dilakukan oleh orang Islam, akan diangkat ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah. Senang cerita, ketentuan Allah dah memang tetap kat atas dunia ni. Tapi, orang Islam masih beramal. Dan setiap amalan itu akan naik ke langit dan dipersembahkan kepada Allah. Dan kita semua tahu, amalan yang buruk akan dironyok-ronyok seperti kain buruk dan dicampakkan semula ke muka orang yang mempersembahkannya. Dan kita semua tahu hanya amalan yang ikhlas saja yang sampai kepada Allah. Dahlah tak ramai yang beramal. Yang beramal pulak, buruk-buruk. Sekadar beramal nak cover depan mentua atau member ajer" jelas brader dengan panjang lebar. Part yang last tu, aku terasa pedasnya.




"Dan akibat dari amalan yang buruk tu, Allah naik bengang dan mula menurunkan ketentuan-ketentuan yang tak baik untuk dunia macam kemarau, bencana alam, kebuluran dan malah, penindasan terhadap orang Islam sendiri. Ini semua sebenarnya merupakan peringatan kepada orang Islam agar memperbaiki amalan mereka terhadap Allah" sambung brader lagi. Aku purapura memasukkan tanganku ke dalam saku baju Melayuku. Aku tercari-cari button nya. Haaah...


"Tapi, seakan sudah terhijab penuh, manusia dan orang Islam makin teruk dan jauh dari Allah bila diberikan ujian-ujian atau ketentuan yang tak baik ini" kata brader bus stand lagi. By this time, aku dah on kan record kat handphone aku dan dah dekat seminit aku merakam perbualan ini. Hahaha. Akhirnya berjaya jugak aku meng interview seorang wali...

4 comments:

Anonymous said...

salam...betul ke ade wali lagi ye...mcm mana perwatakan diorang nie ye?..cerita la skit...

Irwan said...

Siang diorang macam takde,
Malam diorang macam hamba yang berdosa,
Dan di antara masa keduanya,
Mereka macam kita juger...

± said...

statement yg sungguh berhantu...
siang macam takde tu ape? yg lain2 aku cam faham

Irwan said...

siang macam takde means masa dalam dunia manusia, diorang ni tak berapa diperasan oleh orang lain...diorang low profile dan bersembunyi dari kemaslahatan duniawi....

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails