Monday, August 23, 2010

Pengaruh TV



Anak pertama aku baru pandai berjalan. Well, berdiri pun masih goyang-goyang lagi. Dan untuk melihat gelagatnya cuba menikmati her new found skill, amatlah menghiburkan hati aku. Aku suka mengusiknya supaya dia akan menggoyang-goyangkan kepala atau bahunya agar dia cepat belajar seimbangkan badannya. Tak sabar aku nak lihat dia bersujud kepada Allah pula...
Ada sekali tu, umminya sedang melayanku makan malam. Anakku sedang berdiri depan TV cam biasa tatkala iklan ke udara. Aku yang tak berapa suka dengan perkembangan ini, cuba menarik perhatian anakku ini dengan memanggil namanya. Alhamdulillah, dia memandang. Aku pun berzikir:

"Laaa ilaa ha illal lah" kataku. Anakku tersenyum mendengarkan que itu dan mula menggoyangkan tubuhnya yang kecil ke kiri dan ke kanan, umpama orang sedang berzikir. Umminya dan aku ketawa serentak melihat gelagat anak kami ini. Kami pun terus berzikir lagi dan anakku makin syok menggoyangkan badannya mengikut zikir kami. Bila dia dah nampak macam letih, dia terjatuh terduduk. Comel betul gelagatnya. Kami bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menyaksikan semua ini.

"Cuba abi tengok ni pulak" kata umminya. Umminya terus menyanyikan lagu World Cup Africa barubaruni:
"Naa nina nina, A A. Waka waka bei beii" ejek umminya.

Anakku terus bangun dan menari macam orang kena histeria. Anakku menari-nari, terjatuh, bangun dan menari-nari lagi macam orang mabuk. Walaupun umminya dah berenti menyanyi. Tah manalah budak ni belajar bendabenda ni, ni.

"Mana dia belajar nari camni?" tanyaku pada umminya. Umminya pun mengeleng. Beliau memuncungkan bibirnya ke arah TV. Aku memandang ke arah TV.
"Ni lah agaknya sebab orang lamalama kata kita kena programkan disiplin agama dulu dalam anak-anak sebab disiplin ni tak best. Benda-benda best ni takyah ajar sebab diorang akan belajar sendiri dari TV" kataku cuba menyampaikan apa yang aku dengar. Umminya cuma diam jer cam beser.

Umminya terus off kan TV. Anakku menangis. Dia suruh on kan TV balik. Umminya On kan. Dan dia diam. Terus dia duduk depan TV dan layan iklan Fabreese.
Bahaya, ni...

2 comments:

Pert Doherty said...

Mind control.. kdg2 bkn bdk2 je terpengaruh ngn tv ni.. org tua pon sama.. hehehe

Irwan said...

i love iklan, actually. I learn alot about the socitey from watching it!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails