Saturday, July 17, 2010

Wali dari Bangi 5

Jemaah kami ditugaskan ke sebuah pulau di belah timur Semenanjung Malaysia. Jemaah masjid kat sana meminta bantuan jemaah luar untuk buat tabligh kat pulau tu yang semakin teruk aktiviti sosialnya. Tambahan pula, ramai ahli jemaah pulau tu akan balik kampung sempena hujung minggu ni sebab musim cuti. Nak challenging sikit, cuaca diramalkan ribut petir Laut China Selatan sebab musim tengkujuh. Abang karkun jadi amer (ketua). Ada 12 orang semuanya. Ada pakcik. Ada Brader. Student pun ada. Tapi diorang ni sumer otai-otai. AKu jer budak baru. Ngekor abang karkun.

Dipendekkan cerita, jemaah kami sampai di jeti. Hujan turun lebat. Lencun barang-barang kami. Sumer muka letihh jer. AKu masih excited sebab sumer benda ni baru bagi aku. Aku ingat keluar tabligh ni lepak masjid jer. Ni dah macam Indiana Jones dah ni. Kami membawa diri ke sebuah lori. Abang karkun mengarahkan kitorang naik lori. Lori menghantar kami ke kawasan pedalaman kat pulau tu dan meninggalkan kami di tepi jalan. Abang karkun mengarahkan kami mengikut dia. Kami berjalan membawa barang sampai ke tepi sungai. Air sungai melimpah. Deras. Ada banyak sampah turut hanyut dibawa arus sungai yang macam banjir tu. Abang karkun berdiri dekat dengan air sungai. Dia meletakkan beg yang dipegangnya. Dia pandang kiri. Dia pandang kanan. Takkan...?

"Kita melintas!" kata abang karkun sambil menuding ke arah masjid yang terletak di seberang sungai. Aku menelan air liur kering dalam kebasahan itu. Biar benarrr? Jemaah-jemaah lain pun berpandangan sesama sendiri.

Abang karkun menyensengkan seluarnya sampai paras betis. Dia menjinjing beg besar di atas kepala dan nak mengharung sungai tu. Takde jambatan ke? Biar betul mamat ni? Air mula naik ke betisnya, semakin ke tengah dia mengharung. Air makin naik sampai ke pinggang. Aku tengok abang karkun fokus jer kat masjid tu. Air makin naik sampai bahu. Sampai paras dagu. Abang karkun teruskan jugak. Kemudian, air makin turun. Bahu, dada, dan by the time dia kat tengah sungai, air paras pinggang dia jer. Dia mengisyaratkan kami supaya mengikut dia. Jemaah lain yang dok sibuk bertasbih selepas melihat magic terbaru abang karkun ni, terus taat dengan mengharungi sungai hingga ke seberang. Dah sampai seberang baru perasan ada beg tertinggal kat seberang, betulbetul kat tepi air. Kalau ditinggalkan memang hanyut ni. Tapi Abang karkun kata takyah ambik, jadi kitorang pun tak dapat lah tengok bab kedua aksi magic. hehehe.

Kami selamat sampai ke masjid. Semua dah letih. Kami terus buat solat sunat, susun barang dan berkumpul. Abang karkun suruh betulkan niat masing-masing dan kami buat persediaan nak tido. Kami terus K.O.

Esoknya, kami dikejutkan oleh seorang pakcik tua. Tok bilal. Dengan senyum-senyum dia kejutkan setiap orang nak solat subuh. Kitorang pun cargas. Hujan masih turun lagi kat luar...

Dah setel solat subuh, sessi suai kenal. Abang karkun kenalkan jemaah. Tok Bilal tanya bila sampai. Kitorang cakap malam tadi. Dia pucat. Dia cakap tak mungkin sebab...Dia menarik tangan abang karkun.

Kami dapati sungai yang terletak tak berapa jauh dari masjid tu, tempat kami menyeberang malam tadi tu, tebingnya hancur, dasarnya dalam dan beg yang tertinggal malam semalam tu, terletak nun kat pucuk pokok kelapa yang dah senget. Koman-koman 15 meter tu..Subhaanallah...


Selain dari pengalaman ni, sessi keluar 3 hari pada kali itu berlangsung macam biasa jer. Takde apa-apa pun. Selesai hari Isnin, kami pulang semula ke Bangi. Aku terpaksa dikejarkan ke hospital sebab fatigue. Kena tahan wad masuk air. Abang karkun lawat aku pada hari Selasa.

"Assalamualaikummm" cam beser, trademark.
"Wa'alaikumussalam"

"Camner keluar 3 hari? Ok Tak? Bulan depan kita pergi Acheh" Abang karkun kenyitkan mata kanan dia. Aku hanya menggelengkan kepala.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails