Saturday, July 17, 2010

Wali dari Bangi 4

Ada banyak lagi magic kat abang karkun ni. Setakat tengok dia kat banyak tempat tu, dah biaser dengar dah. Tapi dia buat hal dia jer. Low-profile jer. Dan aku pun bukan nak emphasize pada cerita keramat mamat ni. Aku syak. Setau aku, kalau orang tu ada keramat, mesti dia ada apa-apa amalan extra. Nak kata dia taat kepada ibu bapa, yang aku tau; dia anak yatim piatu, so itu bukan sebabnya. Isap rokok sama naga cam aku. Aku mesti selidik. Aku nak tau. Nampak cam dah ada kriteria seorang wali. Tapi wali apa? Takkann...?

Aku plan nak follow dia satu hari. Mula-mula tu aku follow senyap-senyap. AKu ushar dari jauh. Tengok dia semayang subuh tak, apa dia buat lepas tu. Makan kat mana? Apa dia buat petang-petang? Study kat mana? Apa rahsia dia? Aku tak nampak apa-apa. Selain kebanyakan masa abang karkun ni, dihabiskan dengan merayau-rayau buat aktiviti tabligh dia, dia juga buat kerja sambilan jadi tukang basuh pinggan kat satu mamak kat pekan Bangi. So, lepas aktiviti tabligh dia, dia akan ke kedai mamak tu. Bos pun macam dah paham dengan absenteeism dia ni. Biasa arr. Join jemaah sini lah. Keluar 3 hari la. Khidmat jemaah itu lah. Aku? Dah tentulah tak join. Bila bab aktiviti tabligh jer, aku hilang.

Dah puas aku analisa. Takde pun amalan zikir ajaib yang abang karkun ni buat. Wirid lepas solat pun sekejap jer. Memalam, aku usha dia tidur, berdengkur jugak macam abang aku. Apa lagi yang aku miss? Menurut buku ni, mesti ada sesuatu yang dia dah buat yang membuatkan dia dapat keramat. Tengah aku dok pikir-pikir tu, cam biasa, dia akan cuit bahu aku dari belakang.

"Assalamualaikummm" salam trademark dia.
"Wa'alaikumussalam"
"Tak tido lagi? Tak tido awal, camne nak bangun awalll?" senyum abang karkun

Aku rebahkan badan. Malam ni aku kat umah dia sebab pura-pura nak pinjam printer. Sebenarnya aku nak selidik apa amalan dia. Mesti ada punya. Aku mesti settlekan misteri ni. Aku tak biasa teruskan hidup aku dengan misteri-misteri sebegini mengelilingi aku. Amenda yang aku cakapkan ni?

Baru aku perasan! Aku taktau apa yang dia buat masa dia keluar 3 hari. Setiap bulan, budak-budak tabligh akan keluar tabligh 3 hari. Diorang akan pergi dari masjid ke masjid buat kerja tabligh dioranglah. Alaahh..Yang biasa korang nampak dan lari tu...Aku nekad. Aku nak ikut dia kelaur 3 hari bulan ni. Tapi dia pernah sound aku dulu, kalau first time keluar, kena ikut jemaah baru. Takleh ikut dia sebab jemaah dia selalu dapat mission impossible. Kitorang gelak masa lawak tu first time keluar. Baru sekarang aku tau yang abang karkun tak melawak. Dia tak menipu. Aku excited.

Besok pagi-pagi lagi aku ajak dia bincang. Aku cakap kat dia aku nak keluar 3 hari, tapi ikut dia. Abang karkun punyalah happy, dia terus bawak aku makan nasi ayam Gemas pepagi buta tu...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails