Semalam aku tertengok perbincangan pasal Malaysia yang semakin hari ketandusan bakat-bakat. Dan bakat yang dibincangkan ialah bakat macam dalam ekonomi, politik atau teknologi , bukan sekadar dalam musik atau seni saja.
Diorang dok bincang apa sebab dan macamana nak ubah. Aku tak sempat nak utarakan pendapat aku masa tu sebab rancangan tu singkat sangat dan moderator pun nampak macam terkial-kial je dengan info yang datang dari panel dan pemanggil-pemanggil sampai terlupa nak bagi konklusi perbincangan itu.
Orang nak keluar, kita tak boleh nak halang. Budak lepas SPM pun tau sebabnya ialah duit dan prospek. Lepas graduasi, takde perkara yang lebih penting dari membayar balik pinjaman pelajaran dan camana nak bayar dengan gaji yang saya dapat kalau kerja kat Malaysia? Masa untuk return of investment mak saya pun akan berlanjutan sampai berpuluh tahun. Tekanan kerja sama je kat mana-mana pun. Lagipun, ketika kat luar, saya akan lebih fokus pada kerja sebab saya takde apa-apa kat luar sana. Kat Malaysia ni, saya ada banyak alasan untuk menangguh-nangguhkan peningkatan kerjaya saya dengan alasan keluarga, traffic jam, banjir atau sebagainya. Ditambah lagi dengan nafsu saya sebagai seorang yang berumur 24-26 yang memang dalam fasa "mencuba semuanya" yang tak dapat saya "terokai" kalau di Malaysia.
Sebelum saya sibuk spekulet pasal topik ni, saya kena paham senario semasa. Apakah jenis bakat yang banyak ke luar negara itu? Adakah bakat ini kritikal dalam rangka rancangan pembangunan negara saya? Atau ni sumer hanyalah soalan yang akhirnya mengetuk pintu rumah pemimpin sendiri bila anak-anak mereka pun taknak dok kat Malaysia bila diorang dah grad. Pandai jer bagi alasan taknak dok kat Malaysia.
Kalau yang ramai keluar negara tu ialah bakal doktor pakar atau pakar kuantum fizik (yang takde demand lagi di Malaysia), kita ada ke keupayaan untuk mengembangkan kepakaran mereka dengan tahap teknologi yang ada dalam Malaysia jika kita tahan mereka di sini? Dan jika kita biarkan mereka di luar, apa pelan kita dalam memastikan Malaysia tetap di hati mereka? Macam orang Cina, walaupun mereka dah bertahun kat Malaysia, masih lagi cakap ini ialah chinese tea (padahal daun teh datang dari Cameron highland), itu ialah chinese chestnut (buah berangan). Orang India pulak dengan Hinduism yang berkiblatkan negara India. Melayu? Kat Malaysia pun dah tak macam orang Islam. Sibbaik ada buah rambutan, manggis dan durian, promo jugaklah jiwa bangsa aku di persada dunia.
Dan budaya industri di Malaysia yang lebih kepada konsep "show me what you can do" daripada mengenalpasti trait tertentu yang mereka perlukan dalam organisasi mereka, yang ada dalam graduan baru. Itulah sebab bahagian Pengurusan pening kepala nak mengimbangi antara akaun Sumber Manusia yang memang akan meningkat setiap tahun tetapi aliran masuk semakin sedikit kerana harga produk yang semakin murah. Saya tak salahkan mereka kerana saya sendiri pun akan bla dari kilang tu setelah dua tahun mereka melatih saya menjadi seorang pekerja yang baik. Kita di Malaysia tak peduli sangat knowledge retainment/management padahal benda ni wajib dalam agenda bangsa-bangsa berjaya dunia (Yahudi, Aryan, Jepun, etc). Sebab apa? top management pun pikir dia nak bla bila kontrak dah habis..Nak buat apa nak beria-ia membina syarikat yang bukan bapak saya punya ni? Last-last, pasal saya datang mesyuarat lambat sekali jer, saya kena buang.
Jika tuan-tuan mahukan think-tank, orang yang berguna dalam perancangan, dapatkan mereka yang berCGPA tinggi. Jika tuan-tuan mahukan orang yang akan execute pelan rancangan itu, yang kotorkan tangan, yang berani barai mesin dan pasang balik, dapatkan yang berCGPA sederhana. Ini tidak. Semua nak ambik budak-budak CGPA tinggi jer. Akibatnya organisasi di Malaysia ni ramai yang pandai cakap jer. Yang tukang buat biasanya adalah dua-tiga kerat dan adalah orang yang sama dan paling kurang dihargai dalam organisasi. Biasanya mereka ialah golongan operator atau juruteknik. Dan golongan graduan berCGPA sederhana yang tak bekerja ni, lama-kelamaan akan mengambil alih bisnes-bisnes yang telah dibina dengan susah payah oleh golongan vokasional (yang memang terkenal dengan sifat kepala angin). Satu lagi masalah. Dan golongan vokasional akan kalah sebab mereka ada sifat kepala angin dan mulalah terjadi kejadian dengki-mendengki, berpuak-puak, hingga ke tahap jenayah. Tekanan boleh buatkan sesiapa saja menggila, lebih-lebih lagi mereka yang ada trait malas berpikir dan suka ponteng masa sekolah dulu.
Orang yang buat sistem pendidikan, kena paham apa yang tersirat setiap kali keputusan UPSR, PMR dan SPM dah keluar. Kena paham dengan tahap patriotisme dalam budak-budak Malaysia. Jangan sibuk tengok berapa orang yang markah tinggi jer. Sibuk dengan upper percentile. Komposisi populasi dalam graf normal itu perlu juga diketahui, barulah kita boleh pikir camana nak alihkan purata populasi itu ke kiri atau ke kanan, ke arah masyarakat berpendapatan tinggi. Dan semua graf normal menunjukkan golongan average adalah paling ramai dan kita perlukan pelan tindakan untuk mengekploitasi potensi mereka ini daripada dibiarkan begitu saja atau mereka akan salahgunakan kebolehupayaan mereka untuk jalan pintas yang semakin menarik sejak kebelakangan ini: jenayah.
By the end of the day, bakat yang buat keputusan nak keluar tu, adalah budak-budak lagi. Diorang masih mencari-cari dan memang normal jika mereka tertarik kepada hujan emas. Tetapi selagi makbapak mereka, keluarga mereka atau jiwa mereka masih di Malaysia, aku rasa kita tak perlu risau ke mana perginya mereka ini. Dan inilah peranan kita semua sekarang: menanamkan semangat sayangi Malaysia. Bukan sekadar mengaku ini tempat kita tapi masih hidup dan buat keputusan macam parasit. Dah kenyang atau tak boleh nak gigit, lari. Time kasih pun takde.
2 comments:
maknanya...suma lepasan SPM kena g BTN la erk? nak timbulkan tahap kesedaran betapa pentingnya menjaga kepentingan di tanah melayu nih?
tak guna jugak kalau agenda btn tu condong ke satu arah atau menyemaikan benci kepada rakyat sendiri
Post a Comment