Wednesday, June 8, 2011

Rembau's Digitalization (rakyat dari ethereal world)



Makhluk biasa kat Rembau
Hari Khamis pulak aku tumpukan pada soal agama. Secara lokalnya, orang Rembau, tak kira bangsa dan umurnya, kena beragama. Dan aku galakkan perkembangan dari sudut rohani di kalangan rakyat Rembau sebab orang dulu-dulu dah taruk Rukunegara nombor satu ialah percaya kepada tuhan. Orang yang percaya kepada tuhan, biasanya adalah obedient people. Lainlah kalau mamat tu sembah dewa perang atau bersahabat dengan jin ifrit. Orang macam ni, kita hantar ke luar daerah untuk misi rahsia masa dasar daerah kita ialah kosong.

Bercakap tentang jin, aku juga nak bukak satu bidang pengkajian dalam hal makhluk halus. Ia lebih kepada serampang dua mata. Satu mata tumpu kepada soal pengkajian dan pemahaman, satu lagi kepada pertahanan atau serangan. Orang yang percaya adanya tuhan, biasanya lebih aprreciate kewujudan unsur kejahatan dan kebaikan, karma, toleransi dan adab. Dalam soal sosio-politik juga, kepercayaan kepada benda ghaib, ialah alat berkesan dalam mengawal anarki.

Kau pelik dengan cakap aku ni? Kau tak caya yang makhluk ghaib tu wujud? Sukati kau lah. Tapi, mereka tu tetap ada kat situ, sama ada kau percaya pada mereka atau tidak. Dan salah seorang dari kita berdua ni, kena jawab salam dari mereka tadi. Ooopsss...
Besar ni kira makhluk HALUS ke?

Golongan yang aku rasa kita kena hubungi semula ialah khodam. Makhluk ni, dia special sikit. Aku nak terangkan kat korang pun susah, benda ni. Aku bukanlah cakap pasal khadam jin yang ada dalam keris pusaka bapak kau. Khodam yang maksudkan ialah golongan makhluk, yang declare diri mereka sebagai khadam kepada Allah. Mereka ni berminat nak buat baik, benda bersih dan cantik, dan yang baik-baik ajerlah. Ada khodam untuk bentuk, huruf dalam Jawi, ada untuk warna, angin, air dan sebagainya. Ada gak makhluk ni yang aku suspek dah kena kencing dek Iblis dan frust dan jadi jahat. Bila mereka jahat, taraf mereka akan jatuh dan biasanya rupa mereka pun akan turut berubah. Ilmu paganism, talisman, pawang dan bomoh menyalahgunakan khadam-khadam jenis ni. Ia wujud dalam semua masyarakat. Di area sekitar Rembau, Melaka dan Kuala Pilah, terdapat banyak makhluk ni. Kat area gunung sekitar Banjaran Titiwangsa contohnya. Dari penduduk asal, hinggalah makhluk yang manusia buang dalam hutan tu. Dan diorang semua tengah risau.
Talisman dalam hal khadam

Lagipun, naktaknak, suka keidak, diorang memang dah ada dan mereka sama juga masalahnya macam kita. Hate, jealousy, dengki, dendam, tamak atau nakal. Pada aku, kita semua kena bersatu padu sebab masa dah takde lagi dah. Kita jangan buang masa dengan heran-heran ni sumer dan menumpukan kepada mengambil hati si Dia semula. Sebab bila kau dah tau aku ada kat situ, maka maknanya, Dia MEMANG ada. Dan Dia yang tentukan semua. Maka kita kenalah jaga hubungan dengan yang berkuasa...

Aku ada cara dalam menilai status KPI untuk bahagian ini. Ia terlalu kompleks nak diterangkan tapi cukuplah kita semua maklum bahawa angin itu dibuktikan kewujudannya bila ia bergerak. Nuff said.


Kenapa nak kena perkemas hubungan dengan golongan ini? Sebab kalau ikut agenda, lepas ni dunia akan kiamat. Bumi pun dok semakin tua dah kerepot. Yang kita buang masa main sembunyi-sembunyi buat apa? Jom kita main terbang-terbang dan bersedia untuk bala besar nantik...

Amacam? Kalau korang suka cerita cenggini, korang baca lagi kat label "Kita, Mug Dan Realiti" kat side bar kanan, ni. Aku, nak kembali ke topik manifesto PRU13 aku.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails