Wednesday, June 8, 2011

Rembau's Digitalization (Minggu pertama di Ofis baru)



Rakyat Rembau yang jati


Dan untuk memastikan yang pendigitalan Rembau ini berjaya, perkara pertama yang aku mintak pada pagi Isnin aku di ofis baru ialah laporan KPI dari setiap jabatan dalam pemerintahan yang sedia ada. Aku akan check efektifnes setiap penjawat awam dalam memastika Rakyat diutamakan, bla-bla-bla di bla-bla-bla kan.

Aku juga akan mintak laporan KPI setiap mukim, ketua kampung, pak Imam, Sami, tokey-tokey kedai, walhal keadaan setiap isi rumah yang ada dalam jajahan aku. Aku akan pastikan berapa orang lelaki, wanita, taburan umur, dan tahap pengetahuan mereka terhadap keadaan bumi di mana mereka berpijak ni.

Pada pagi Selasa pula, aku akan audit kawasan jajahanku untuk melihat mana-mana kawasan yang tidak efisien. Aku tak suka tanah yang disia-siakan. Aku nak pastikan setiap inci tanah yang tuhan berikan pada kita ni, dimanfaatkan. sama ada untuk ekonomi, memenuhi keperluan, atau sekadar halwa untuk mata kita.

Lepas tu, aku akan test setiap jabatan dalam pentadbiran yang sedia ada. Aku nak tengok keberkesanan mereka dalam melaksanakan sesuatu. Mereka ni sangat penting sebab merekalah kaki dan tangan kepada daerah ini. Orang macam aku, datang dan pergi, tapi mereka ni akan tetap di sini. Maka aku kena pastikan, orang yang ada dalam organisasi ini, adalah yang istimewa dan berguna. Mana-mana yang tak berguna, aku akan alihkan ke arah yang selari dengan potensi mereka. Barulah kita semua tak membuang masa.

Pada hari Rabu pulak, aku tumpukan kepada soal ekonomi. Aku nak tengok, berapa income, expenses dan hutang kita. Kita akan address setiap isu, kenalpasti solusi dan lakukan gerakan. Asasnya, kita nak berkebolehan menampung diri kita sendiri. Kita tak import barang keperluan asas atau benda yang kita boleh buat sendiri. Kita import masuk benda yang takde kat Rembau, dan eksport semula produk yang lebih baik (tambah nilaikan jer) dari yang asal. Dari ekonomi mesti masuk sosial punya. Dan kat sini, data dari hari Isnin dan Selasa semalam, amatlah berguna.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails