Thursday, March 3, 2011

Aku mahu Menghampiri Mu





Andai Kau adalah cahaya di lilin itu, kuharapkan aku jadi kalikatu
Agar dapat kuterbang menghampirimu.
Kerna ku tahu,
Jika ku berjalan kaki,
Takkan sampai aku ke tempatmu
Takkan terdaki licinnya lilin itu
Dan yang paling aku takutkan
Aku takut tersesat di kegelapan,
Di pangkal lilin itu...

2 comments:

Hariz Khair Ad-Deen said...

Salam..

Maaf,
saya tidak pasti, perkataan 'Kau' itu merujuk kepada apa.

Akan tetapi, kalaulah penulis memaksudkan ia dengan Allah (na'udzubillahimindzalik), pada saya, ia tidak sepatutnya sebegitu.

Allah tidak sekali2 boleh diandaikan ataupun disamakan dengan apa2 'benda @ materi' yang wujud di dunia ini. kerana semua benda2 itu, adalah makhluk ciptaanNya, sedang Dia maha sempurna dari segala sifat yang ada pada makhluk.

wallahu'alam~

sekadar peringatan utk diri dn bersama.
itupun jika 'Kau' itu merujuk pada Allah.

Irwan said...

Benar Cik Hariz, subhanallah. Maha Suci Allah dari segala yang kita sangkakan tentang Nya...

Sajak ini menjawab kenapa dalam kebanyakan kes Tok Sheikh, orang dari jauh datang berduyun-duyun, tapi orang di sekeliling ka,ung tak sedar pun kewujudan Tok Sheikh tersebut.

Penjelasannya ialah Tok Sheikh itu umpama cahaya lilin...hence, terbitlah sajak ini...


Lebih kurang gitulah.

Terima kasih atas teguran. Subhanallah! Saya suka! Tegur lagi! Lagi!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails