Tuesday, February 15, 2011

Mari Kenal Rasul Kita Fakta#9


GURAU DAN SENDA RASULULLAH

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan kanak-kanak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada baginda lalu berkata,
"Wahai Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
--------------------------------------------------

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
---------------------------

Seorang perempuan tua berkata kepada Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. 

Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.


5 comments:

Dark Half said...

gurauan Rasulullah kalau tak difahami betul2 memang boleh salah faham..rasa cam penah baca. recycle ke?

sesiapa said...

isi cerita dah baik dan elok sangat dah... tapi kat penghujung cerita kenapa ada perkataan 'curi' pulak?... kan mencuri tu tak baik... Rasulullah pun tak suka kan?... maaf atas keterlanjuran bicara..sekian

King Of Single said...

haha..hidup bosan tanpa gurauan..
kelakar..tp kalw disalah ertikan leh jadi laen...

Irwan said...

lawak Baginda SAW kena pikir dalam2...sebab Baginda SAW takmau fikiran ummat lari dari akhirat yang luas ke dalam dunia yang sempit...

aku cuba guna style yang sama. Sapa yang terkena dengan aku, memang panas telinga. Tapi kalau dia verify, dia akan paham...

King Of Single said...

yeahh! BETUL...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails