Tuesday, February 1, 2011

Ini bukan Tunisia! Ini bukan Mesir! Ini Malaysia!



Salam satu Malaysia. Takyah bagi Assalamualaikum lagi dah. Nantik itu dikira ekstrimis. Takleh pakai kopiah, serban, jubah hitam, dengar ceramah lagi dah sebab itu semua dakyah pembangkang. Nantik susah dapat projek. Aku semayang kat rumah je lah kang. Semayang kat rumah pulak ujung waktu lah jawabnya...

Orang sibuk nak bawak tak bawak balik rakyat Malaysia yang kat Mesir tu ke tanahair sebab Mesir tengah mabuk asap orang bakar diri. Hidup, walau camana sial sekalipun. Janganlah bunuh diri. Tu jelah yang tinggal. Abih yang tinggal ni camner? Takkan nak bakar diri juger?

Belum surut banjir di utara, banjir pulak di selatan. Air longkang, air sungai naik sekali dengan naiknya harga barang. Dahlah harga minyak yang dikatakan terkawal tu masih huruhara. Ni sistem lojistik atas dan bawah pulak tergendala. Air berlumpur melimpah ruah menghalang jalan raya dipenuhi kenderaan yang kebanyakannya sekadar Viva standard ajer. Kalau dulu banyak ranting dan batang kayu yang kelihatan. Kebelakangan ni, kita dah biasa pulak jumpa mayat orang atau baby kat celah-celah sampah tu, setelah air surut.
Dan dalam ketidakpedulikhapaan itu, aku berdiri. Melihat kepada tangan-temanganku sendiri. Bergelumang dengan cat wrought iron dan petrol, terkuis-kuis mengecat setiap kelumit besi buat gate untuk si anak bangsaku yang baru dapat bonus.


"Abang dah makan? Jemput makan?" pelawanya padaku.


"Ehehe. Takper-takper. Makan dulu" tolakku ramah-ramah machai. Sikit lagi ni. Lepas aku cat clear ni kang, aku gerak la balik ke bengkel sambung mengecat grill Cik Senah Klawang pulak...


ChupChapChupChapChupChap



"Dah siap" kataku.
"Nah belen payment" kata customer riang. Berdecapdecip mulutnya cuba mengeluarkan cebisan daging yang terselit di giginya, sambil menikmati gate folding full wrought iron setinggi 10 kaki ke atas. Redup bahagian depan rumah mamat ni. Aku tertunduk malu. Kepulan wang aku gulungkan ke dalam saku.

Dari luar pagar aku menghidupkan kenderaan cabukku. Aku merenung ke dalam, ke meja makan. Kelihatan orang gaji customer aku tadi menapau semua lebihan lauk ke dalam satu karung plastik. Banyak lagi, tadi tu! Limau sankuis, tembikai, paha kambing grilled dari california dan aiskrim hagendas yang halal...

Aku melirik ke dalam, ke seat kosong di sebelah kiriku dan memandang ke muka depan surat kabar harini.



Sokkabar pembohong!

3 comments:

Pena Marhaen said...

hidup mesti terus tapi aku pelik kenapa masih ada yg nak kita "mati" lepas dapat undi..

Dark Half said...

aku baca paper tapi aku skip byk part. ada sorg kawan yg jd reporter kat nstp ckp dorang ada guideline utk tulis bahan dan byk kisah benar tak boleh tulis sampaikan ada sorg senior editor dorg resign sbb dah tak tahan terpaksa release pembohongan demi pembohongan

Irwan said...

Nak buat camner, Dark, kat Malaysia belum ada sokkabar yang indie...

(tu yang aku nak jual zine tu)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails