Tuesday, February 8, 2011

Atan dan Abu (...balik kampung, motong gotah)


"Eh? Kau tak perasan ke Tan?" tanya Abu. Atan melirik pada Abu yang dok ushar-ushar kat luar keta sejak mereka memasuki kawasan ni tadi. Atan takleh nak fokus sangat kat luar sebab dia sedang memandu. Lagipun, kat luar cuma ada deretan pokok getah sejauh mata memandang. Dahlah orang kampung suka-suka bawak motor tetengah dari tadi. Dengan tong getahnya. Dengan galah panjangnya. Dah macam main Need for Speed pulak ngelak-ngelakkan diorang...


"Perasan apa? Pokok getah banyak lah" kata Atan. Dia cuba mengushar ke kiri dan ke kanan untuk memerasankan apa yang diperasankan oleh si Abu.


"Aku tengok banyak lak keta yang parking dalam kawasan pokok getah tu" kata Abu. Dia menuding ke arah sebuah Viva hitam yang kelihatan di celah-celah batang pokok getah di belah kanan jalan. Biasanya, penoreh getah cuma naik motor atau basikal ajer nak gi motong. Ni selamber bawak keta. Kilatkilat lak tu.


"Keta baru, tuu" kata Atan yang dah mula perasan.
"Siap ada Waja dengan spoiler sidai kain tadi, aku tengok" tambah si Abu pula.


"Penoreh getah sekarang kan kaya-kaya. Harga getah naik sekarang wooo" kata Atan. Abu mengangguk-angguk kecil tanda setuju dengan Atan.


"Eh, kita berenti minum lah dulu mana-mana" kata Abu tetiba. Atan bersetuju dengan cadangan Abu. Dah dekat 2 jam mereka dalam perjalanan nak ke Felda Bukit Rokan Utara, N9, nak pergi ambik seseorang. Kenderaan mereka mula masuk ke kawasan yang bertamadun setelah melalui deretan pokok-pokok getah dari tadi. Rumah, deretan kedai dan warung mula kelihatan di kiri kanan jalan. Kenderaan diberhentikan di sebelah kedai minum di hadapan Balai Raya. Atan dan Abu dah duduk di meja mereka.

Beberapa minit setelah Atan dan Abu meneguk minuman panas mereka, meja mereka didatangi 2 orang kampung.


"Weiii orang bandar, lamo tak nampak batang idung?" kata salah sorang dari mereka. Aroma gotahbuku memancar-mancar dari wajahnya. Yang sorang lagi pun tak kurang aura gotahlantun nya. Mereka menghulurkan salaman pada si Atan yang dah berdiri.


"Weiii...Arippp" kata Atan.
"Hehehe" kata Arip. Setelah salam-salam dan order minuman, perbualan pun dimulakan...


"Ko buek apo kek sini pepagi buto, ni?" tanya Arip. Arip menarik keluar sebatang rokok dari kotaknya. Dunhill, tu. Kemudian dia dok ketuk rokoknya dengan gaya lelaki sejati. Atan dan Abu malu nak keluarkan rokok tembakau Ayam mereka. Abu mintak sebatang. Arip menghulurkan. Asap mula berkepul di meja mereka.


"Kitorang nak jumpo Asan" jawab Atan.
"Eh? Bukan Asan dok Bangi sokali ngan korang, ko?" tanya mamat yang belum diperkenalkan lagi.


"A'ah. Tapi dio balik kojap nak jumpo omak eh. Ni nak ambik dio balik la ni" jawab Abu. Abu buat O dengan asap rokok. Acik dari meja sebelah ushar jer tindak tanduk Abu. Abu senyum kat Acik tu dan angkat tangan. Acik tu senyum balik dan rilekk.


"Tak buleh langsung boronggang" usik mamat yang belum diperkenalkan tadi. Mereka semua ketawa.


"Korang dah kojo?" tanya Arip. Atan dan Abu tersengih.
"Kitorang bolom habih bolajar laei" jawab Atan.
"Bilo, nak habih eh bolaja kau tu?" tanya mamat yang tadi pulak.
"Dari kocik sampai nak boruban lak dah, tak habih-habih dongan bolaja eh. Ontah hapo laei yang nak dibolaja eh, gak eh?" usik Arip.
"Bolaja ni, takkan habih" jawab Abu.
"Ekau ujung-ujung minggu kok takdo klas, baliklah kampung, motong gotah" usul Arip. Atan dan Abu buat muka berminat.


"Gotah sokarang naik hargo, woi. Sohari tigo ompek ratuih tu solambo" kata mamat tadi. Patutlah orang kampung bawak Waja gi motong...
"Korang takdo pokok. Kau motong pokok sapo?" tanya Abu.
"Pak sodaro den banyak kobon gotah. Mongolintin nak ngabih an eh" kata Arip lagi.


"Kalau dulu orang motong sampai tongahari yo, sokarang siap ado tigo ship!" kata mamat member Arip. Sibbaik tak tersembur air nescafe Atan tersedak dengar lawak dari member Arip.


"3 shift?" tanya Atan.
"A'ah" kata Arip pula.
"Dari pangka poko, sampailah ko colah ranting. Sumo di toreh eh" kata Arip lagi. Mereka semua ketawa.

"Orang Indon siap bokampung kek colah hutan kek Rombau tu haa nak ngojo an pokok gotah tak botuan" dakwa member Arip.


"Camtu sekali, ek?" kata Abu yang terdiam dari tadi.
"Bondo tongah paneh, kasi pukul la selagi todayo" kata Arip.
"Korang sumo bogaduh-gaduh kek bandar tu haa, buek apo bososak-sosak kek sanun? Kek kampung nia banyak kojo haa.." kata member Arip.


"Elehh, mano standedd..Busuk. Kotor. Takdo e-konn" kata Arip buat nada merajuk. Cam sial rupa Arip buat muncung camtu.


"Kok mampuih pulak pokok gotah tu kitorang kojo an, kanggg" kata Atan dalam nada lawak.


"Agak-agak la sikitt" jawab Arip. Mereka semua ketawa dan scene tamat setakat ini.

3 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

'Mongolintin' = ape ni ek?

Irwan said...

mengelintin; as in jari yang menggeletek masa terkena cerek panas

± said...

tumpang harga getah mahal, blasah cukup2

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails