Freemason: Malaysia Lodge |
1) Malaysia saja negara yang penguasaan bangsa bumiputera dalam politiknya masih ada. Dapatlak bumiputera itu menganggap agama Islam itu sebagai agama rasminya, maka Malaysia ialah target yang sudah dijustifikasikan sebagai tapak perlaksanaan program pecah dan perintah.
2) Nak pecahkan Malaysia yang gunakan sistem demokrasi, kenalah pecahkan golongan majoriti iaitu bangsa Melayu. Mereka sebelum ini bermajoriti dalam UMNO dan PAS. Dua parti ini masih perlu dipecahkan kerana parti politik rivalnya yang lain masih belum mencapai saiz yang signifikan untuk menggugat mereka setiap kali pilihanraya. Ini telah dilakukan melalui dua cara:
Ramai orang GILA POLITIK di Malaysia. Tapi lebih ramai lagi orang GILAK |
a) Penubuhan PKR yang bersifat liberal dan sosialis.
b) Penggalakan peningkatan golongan intelektualis berbanding golongan agama.
Aktiviti dalam item (a) memang sentiasa dilaksanakan memandangkan bangsa Melayu memang suka dengan cerita politik. Internet juga dilihat sebagai penyumbang kerana internet ialah medium utama media alternatif.
Aktiviti item (b) pula semakin menjadi kerana jarum kapitalisme dari proses globalisasi semakin menampakkan hasilnya di Malaysia (ibubapa pentingkan anak-anak ada kelulusan daripada ada budi bahasa atau ada kemajuan spiritual)
3) Dari segi ekonomi, bangsa Melayu dipecahkan kerana kelemahan mereka menyimpan wang dan suka berhutang. Mereka dilekakan dengan gaya hidup moden yang menjadikan wang sebagai penyelesaian kepada semua masalah. Lama kelamaan, mereka akan bergantung kepada sumber kewangan mereka (tokey-tokey besar). Dalam hal ini, umpan freemason dah lama masuk dalam kerongkong orang Melayu dan sekarang mereka menariknya perlahan-lahan (isu manipulasi harga barang setiap kali musim perayaan)
4) Dari segi sosial, serampang dari item 2(b) memainkan peranan penting. Kewujudan golongan intelektual akan memecahkan rakyat Melayu kepada golongan agama dan golongan sekular. Dapat pulak golongan agama ni, tak reti nak berhujah selain dari skop agama. Dalam hal ini, freemason Malaysia hanya merecyclekan taktik yang terbukti berkesan yang telah digunakan di negara Islam lain seperti Turki, Libya dan Bosnia. Apa dia?: musik, seks, dadah/arak dan sukan.
5) Dari segi agama, orang Islam itu dipecahkan menggunakan taktik lama iaitu fahaman kemazhaban. Dengan terlaksananya IJLN dari program freemason2: Globalisasi Pengetahuan, kita sudah boleh membawa kejayaan di Iraq dan Iran ke Malaysia pula. Kita lihat, sekarang orang Melayu berpecah kepada golongan sunni dan syiah.
Ada banyak lagi program yang separuh berjaya atau tak berjaya yang telah dilakukan oleh team freemason Malaysia dalam meng-anarchy-kan negara ini.
Kenapa?
Kerana Malaysia ialah salah sebuah negara Islam yang lantang dalam isu Palestin Vs Israel. Kelantangan mereka telah mula menarik perhatian rakan-rakan mereka dari dunia bukan Islam (yang selama ini dilekakan oleh program propa Zionis) untuk melihat isu itu dari perspektif Islam pula.
Dan ini amatlah tidak bagus dalam usaha tema Illuminati untuk membina sebuah negara Israel sebagai refuge orang Yahood masa kes pembantaian Yahudi sebeleum kiamat nanti.
Mesej yang kita nak kongsikan di sini ialah agar orang Melayu (dan semua rakyat Malaysia) bersatu kembali di bawah satu bendera dengan pesanan:
Bersiap-Siaga lah. Masa sudah semakin hampir...
Buat masa ni, penyelesaian mudah yang kami lihat ialah dengan ini...
7 comments:
licik kan dorang? pandai cover hidden agenda. yg berpecah umat islam gakkk
hampir stiap parti diwakili ketua Islam.. tapi berperang.. haha
macam zaman jahiliyah..
cilake tol
islam takkan dpat bersatu slagi belom muncul itu petanda besar nak kiamat
u know what it is
betul..Islam takkan dapat bersatu...bahkan Baginda SAW pernah mintak pada Dia, tapi Dia tak kasi...bayangkan..
so...is it normal to take this for granted or..
should we do something that is FATED won't change?
suddenly I feel like Dean Winchester
if the fate is written so, then there's nothin we could do to change it...tapi fate bleh berubah dgn doa dan ikhtiar kan?
itulah aku cakap 'feel like Dean' tu...
‘Akan tetap ada di kalangan umatku satu kumpulan yang bangun berdiri menyatakan yang benar dari agama Islam".. ingat janji Allah.. "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka cuba mengubahnya".. dont give up!
Post a Comment