Thursday, October 14, 2010

Atan dan Abu (solat sunat)












"Laaaa ila  haaaa illal laaahhhh" seru muazzin sebagai laungan penutup azan Asar. Semua orang mengambil kesempatan waktu mustajab doa untuk mendoakan tempat yang tinggi bagi ketua kita: Nabi Muhammad SAW. Maqam mahmudah. Hanya seorang yang akan dapat.

Yang sedang duduk terus bangun, yang sedang berdiri terus angkat takbir, semuanya mengambil kesempatan nak bersolat qobliyah Asar. Lepas solat Asar kang, takde solat sunat. Jadi, solat qobliyah Asar dan Subuh ada kelebihannya tersendiri. Sungguhpun menyedari hal ini, Atan dan Abu masih berpandangan antara satu sama lain, contemplating nak solat sunat ke idak.

Atan mengisyaratkan dengan matanya pada Abu, mengajak Abu bangun bersolat sunat. Kelihatan pula, semua orang solat sunat, kecuali Atan, Abu, sorang mamat yang dok berdoa dari tadi tak habis-habis dan para budak tabligh tempatan yang dok berborak kat belakang pasal program mereka selepas solat Asar ni kang.

Abu membalas balik dengan memberikan pandangan selamba pada Atan, menandakan 'kalau kau nak solat, solat lah. Selalu tak solat pun. Kau solat nak sembah tuhan, atau sebab kau takmau dipandang kurang asam kalau tak solat sekali?'... Atan taksuka dengan pandangan Abu itu.

Atan terus ajer bangun dan angkat takbir. Abu tersenyum sorang. Dia meneruskan perjalanan fana nya...

Sehinggalah orang sumer dahabis solat qobliyah. Sumer orang ambil kesempatan berdoa pendek pula. Tok Bilal pun dah nak resah jer pandang kirikanan, tengok ada tak orang masih tak habis solat sunat lagi. Maklumlah, paling molek kita semua sekali berjemaah takbiratul ula sekali. Yang kat luar sedang ambik wuduk, takyahlah kita tunggu sekali. Atan baru jer habis bagi salam. Lepas doa dia hulur tangan nak salam Abu.

Abu memberikan pandangan sinikal seolah-olah menyatakan: 'amender nak salam-salam ni? Yang kau kena pegi salam ialah orang yang paling kau tak kenal, bukan tuan punya kereta yang kau tumpang nak datang surau ni tadi'. Abu tahan rasa nak tergelaknya dengan lawak Atan. Atan pun nak tergelak jugak. Mereka terkikih-kikih dengan lawak salam sebentar tadi.

Pang! Pang! Belakang tengkuk Atan dan Abu dirembat oleh abang karkun yang muncul ntah dari mana. Atan dan Abu memandang ke belakang untuk melihat siapa yang merembat mereka sambil menggosok-gosok belakang tengkuk masing-masing. Abang karkun mencegilkan matanya dengan mesej yang jelas:

'Bila dah iqomah tu patutnya mula risau takut-takut kita kantoi masa solat fardhu ni kang. Ni dibantainya dok tergelak kat saf belakang. Bangun! Pergi merebut rahmat Allah! Saf depan tu muat lagi sorang lagi tu'

Atan dan Abu terus bergerak dengan cemas ke dalam saf yang sedang dibentuk kerana solat Asar hendak dimulakan...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails