Tuesday, December 21, 2010

Tabligh-leak#105: Kenapa Orang Tabligh gunakan pendekatan 'cerita agama'


Sesuatu yang telah terjadi, adalah pelajaran kepada kita. Dan kita semua memang ternantik-nanti apakah cerita kita untuk esok hari. Namun untuk hari ini, kita kena buat apa yang sepatutnya, demi memastikan esok hari adalah lebih baik dari assumption yang kita telah buat semalam.

Bila bercakap tentang soal realiti dan kebenaran, kita sering membataskan skop perbincangan kepada soal apa yang nampak. Jika begitu, maka orang buta sepatutnya adalah orang yang paling jahil agama. Ini bukanlah keadaannya kerana sepanjang penglibatan dalam usaha tabligh, orang pekak dan tuli didapati lebih jahil dari orang buta. Bila kita tanyakan kepada orang buta, siapakah Allah, dengan mudah dia akan jawab; Allah itu Rabb. Tapi bila kita tanya kepada orang yang pekak dan bisu, apakah makna perkataan 'Allah' dan Muhammad' yang selalu mereka lihat di pintu masjid, ada yang menjawab Allah itu abang dan Muhammad itu adik.

Jadi, kata-kata "seeing is believing" itu tidaklah benar secara total. Itu hanyalah dakyah yang digunakan oleh golongan jahiliah yang telah lapuk dan telah lama kita perbetulkan. Bahkan sejarah telah menunjukkan bahawa kaum yahood yang telah ditunjukkan dengan segala macam majik akan kekuasaan Allah, merupakan golongan yang paling lantang memusuhi Nya. Inilah salah satu sebab kenapa karamah para wali itu seboleh-boleh disembunyikan oleh empunya diri.

Dakwah Baginda SAW berkisar semata-mata kaedah lisan dan bukan membawa Al-Quran atau dalil akal ke hulu ke hilir dalam meyakinkan kaumnya untuk kembali kepada tauhid. Baginda SAW tidak ada apa-apa bukti untuk digunakan sebagai hujah ke atas golongan kafir Quraisy yang pada masa itu adalah lebih cediakawan daripada Baginda. Walhal Allah boleh melengkapi Baginda dengan segala kelengkapan eksperimen dan buat satu presentation yang gempak kalau nak. Tapi tak. Itu bukan faktanya. Fakta menunjukkan bahawa Baginda yang tak reti menulis dan membaca itu, sekadar menyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya secara lisan kepada semua orang.


Efek pendengaran memang lagi berkesan dalam menyampaikan sesuatu. Acap kali kita, mudah mempercayai atau terpengaruh dengan sesuatu yang kita dengari daripada apa yang kita lihat. Jangan salah sangka. Membaca juga sebenarnya ialah subset kepada pendengaran. Tulisan hanyalah susunan garisan dan titik yang merupakan simbolik kepada sebuah pernyataan lisan. Dan artikel yang berintonasikan sebuah percakapan, lebih mudah difahami daripada artikel yang sarat dengan fakta atau data. Dan apa yang kita dengar/baca lebih kita percaya daripada apa yang kita lihat.

Apa yang kita dengar juga, lekat lebih lama dalam hati kita. Dapat lak jika kita turut serta mempercakapkannya. Macam lagu. Lagu Maher Zain tak berapa masyuk jika kita sekadar mendengar. Kita akan dapat menjiwainya jika kita turut menyanyikannya. Tak hairanlah kenapa Al-Quran lebih mudah dihafal berbanding kitab-kitab lain. Dan atas sebab ini jugalah kenapa melagukan lagu-lagu yang lagho itu amatlah tidak digalakkan dalam agama Islam.

Dan apa yang kita cakapkan, maka kitalah yang pertama sekali mendengarnya.  Jemaah tabligh telah lama membina tarekat mereka atas konsep ini. Setiap orang yang terlibat diharuskan untuk bercakap atau mendengar tentang kebesaran dan keagungan Allah, serta mengulang-ulang membaca buku taklim dengan suara yang jelas, seolah-olah ada pendengarnya. Dan sudah tentulah bila BERCAKAP, mestilah ada yang kena mendengar. Dan sebab nak cari pendengar inilah, para karkun telah menjelajah ke serata dunia, hingga ke segenap pelusuk kampung. Bila dah dengar, maka kita akan mula mendalami. Dan seperti menyanyi tadi, untuk lebih dalam, kita kenalah mengamalkan apa yang kita cakapkan tadi. Barulah efek iman itu akan terasa.

Jangan sekadar MELIHAT dan kemudian membuat deduksi sendiri. Nah, sekarang anda telah mendengar. Marilah bersama 'menyanyi' dengan kami.

4 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

yup, btol tu. sama la mcm kalau study group. bercakap dan dlm masa yg sama mendengar serta berdiskusi.lebih sng masok dan d fahami serta tempoh ingatan terhadap sesuatu perkara lebih lama,rite?

cumanya, kdg2, kita ni ade ckit malu nk bercakap dgn org yg lebih ilmunya. bkn malu sbb salah ckp (yg ni myb xpe, sbb kalu silap, blh d betulkan). tp org2 kita, kdg2 bila kita ckp bnd yg dia da tau, dia akan tros zaasssttt potong ckp kita - "dah tau laa".. potong sungguh.

lg satu, kdg2 penulisan blh membuahkan 2 maksud bila cara d baca adalah berbeza. cth: sepak. blh jd 2 maksud,rite? bkn tu je, kdg2 kita xde pn nk marah ke ape, tp orglen bc, seolah2 menampakkan kita emo. pdhal xde ape pn..intonasi je berbeza.

eh, tetiba terpanjang plak komen.xtau la msok ke x dgn topik ni.haha

~* chirpy_chummy *~ said...

p/s: ok, chummy follow u menyanyi slow2 ek.. *wink*

Irwan said...

nak foloow menyanyi? kalau pompuan kena bawak muhrim...takleh ikut abang jer..kang abang bawak melencong gi tempat lain..sedar2 dah jadi nomber 2

~* chirpy_chummy *~ said...

hahaha.. kalo camtu kn tunggu tahun depan la..kalu x tahun depan, tahun depan lg dan lagi dan lagi, br bley follow menyanyi. teehee

for time being chummy pegang pom pom je la..GO GO GO! *iyaaarrgghh, iyaarghh..*

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails