Tuesday, December 21, 2010

Atan dan Abu: Aku yang betul

" I don't predict. I deduce"

Semalam Atan dan Abu melepak di kedai kopi, menunggu kami. Semasa menunggu, mereka tengok siaran ulangan perlawanan Malaysia dengan Vietnam.

"Yeaaaa, aku betul" mula Atan. Amenderlah yang betul, aku pun tak tau.

"Ahh, kebetulan jer tu" cantas Abu pula.
Never conclude based only on observation



"Kau bukan tau pasal bola pun, apatah lagi berupaya mempredict keputusan bola" hujah Abu yang mula main personal attack.

"Tapi aku betul, kan?" tegas Atan lagi.

"Kebetulan" kata Abu malas nak melayan.

"Aku tak perlu berilmu tinggi nak menilai bahawa dua-dua mangkuk ni TAKKAN DAPAT APA-APA GOL, seraya membenarkan agakan aku bahawa Malaysia akan ke peringkat seterusnya" usik Atan nak meng emo kan Abu yang mudah emo. Abu menghentikan tegukan pada cawan kopinya. Dari gaya dia meletakkan cawan tu, dah tau dah yang Atan berjaya. Abu memang sensitif sikit.

"Kalau kau tau sangat, Indonesia dengan Filipina, sapa menang?"
tanya Abu pula.
"Itu tak penting. Yang penting, Malaysia akan kalah" kata Atan dengan bijak.

Abu terdiam sebab malam itu, Atan memberi jawapan yang agak susah nak disangkal. Dalam hati, Abu mula mendoakan agar Malaysia akan menang.

Bukan sebab dia nak tengok Malaysia menang.
Bukan sebab dia mahu lihat peningkatan dalam bolasepak Malaysia.

Tapi sebab dia mahu Atan KALAH.

Pek!!! Belakang kepala Abu diketuk oleh abang karkun. Kami baru sampai di KLIA.

"Hati-hati!" kata abang karkun.

"Musuh kau bukan Atan, tapi setan dalam hati kau sendiri"
sambung abang karkun.

Atan mintak maaf pada Abu sebab nyaris-nyaris hantarkan Abu ke sempadan neraka. Abu pun sama sebab telah terpengaruh dengan setan dalam dirinya..

8 comments:

hariz chacho said...

pehh! abang karkun pun bleh baca hati orang jugak ke?

Ka-Ching said...

berdasarkan ayat pun dah boleh cium bau niat hati seseorang tu.

Irwan said...

hariz: sila klik ke wali dari bangi dan baca dari mula. Nak lagi paham, baca juga siri Interview dengan wali...

Kak Ching: yup...takyah nak ada karomah pun dah boleh agak. Tapi kena verify...

hariz chacho said...

ok bang. da baca dah. setiap episode memang sarat dengan makna seolah² sedang membaca fikiran saya sendiri. hehehe

Irwan said...

ye ke? eh...perasannya dier...memang budak tabligh la ko ni...bagusss...

hariz chacho said...

say ni memang perasan bang. perasan bukan karkun. nak ponteng gasht. heheh

~* chirpy_chummy *~ said...

hahaha.. gedebuk kena.. aiyark..

kdg2 kita x perasan yg kita snirik blh mendatangkan dosa kt org len.kita igt org tu je akn dpt dosa, sedangkan, dosa dia pn dtg dr tindak tanduk kita. nauzubillah.

kem slm kt atan n abu.. ngehngeh.

Irwan said...

atan dan abu? Adoiiihhh!!! (diorang lempang aku pulak)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails