Markas Amsterdam |
Setelah kami membeli barang yang dirancang, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke arah masjid. Perjalanan mungkin mengambil masa yang lama sedikit, tapi kami tak perlu masak lunch harini sebab ada brother mat saleh ajak kami lunch di rumahnya. Jadi kami ada lebih masa. Kami cadang nak sebarkan salam. Nak kasi cabaran lagi, Atan dan Abu celen siapa tahan jalan-jalan tak pakai jaket sejuk. Mereka berdua hanya berkurta nipis ajer. Glove pun tak pakai. Ni nak dekat Krismas ni bai...
"Hello" kata Atan sambil tersenyum kepada seorang mat saleh tua dengan cucunya. Mereka tersenyum kembali dan membalas hello Atan.
"Good morning" kata Abu pula kepada tuan kedai yang sedang menjemurkan buah-buahan di depan kedainya. Tuan kedai omputeh tu senyum dan mengangkat tangannya kepada kami. Nampaknya, kawasan ini OK dengan orang berkurta dan berserban.
Tapi kami perasan jugak ada orang yang pandang kami dengan pandangan sinis semasa bertembung dengan kami. Ada yang buat muka pelik setelah diucapkan selamat pagi. Ada yang tak layan. Tapi ramai yang membalas kembali dengan senyuman setelah kami sapa dengan baik. Nampaknya, style menyebarkan salam yang abang karkun ajar agak berkesan. Atau mereka pelik sebab tengok Atan dan Abu yang berpakaian nipis dalam musim sejuk? Selepas hampir 2 blok kami berjalan, kami dapat rasakan macam kami ni superstar pulak. Dah hampir semua orang yang kami tembungi kami sapa. Polis pun angkat tangan melambai-lambai kepada kami.
Kami pun sampai ke masjid. Taklim sedang berjalan. Kami simpan bembarang kami dan join majlis taklim sambil menunggu waktu Zuhur.
Pada waktu petang, waktu lepas Asar, kami bertiga sedang sibuk menyediakan minuman petang untuk jemaah. Atan buat air. Abu susun cookies dan roti dalam talam. Aku pulak tengah fokus pada nasi beriani gam untuk dinner lepas Isya nantik. Kami perasan, lobi masjid ada bunyi riuh rendah, macam ramai orang. Kami tak terkesan sangat sebab terlalu kusyu dalam tugas kami. Punyalah terperanjatnya masa kami nak hidang makanan, ada ramai mat dan minah saleh di hadapan perkarangan masjid. Abang karkun, brader bus stand dan abang-abang otai yang lain sedang melayan orang yang datang. Dah macam konvensyen SDSI pulak aku tengok. Atan dan Abu berpandangan. Kami tetap meneruskan kerja kami.
"There they are!" kata seorang mat saleh sambil menucing kepada kami yang masing-masing sedang sibuk membalancekan dulang di tangan masing-masing. Kelihatan mereka menghampiri kami. Abang karkun dan brader bus stand tersenyum dari jauh.
"We saw you this morning. You guys were walking around wearing thin clothes. We brought you some jackets and shirts" kata seorang makcik saleh sambil menghulurkan seplastik baju sejuk kepada seorang ahli jemaah kami yang lain.
"We want to know what you guys are doing here? Been 2 days already" kata seorang mat saleh yang lain. Atan dan Abu yang kureng berbahasa Inggeris, terus memandangku serentak.
"We're sorry sir. We're here to learn more about our heart" jawabku. Mat saleh tu berpandang sesama mereka. Abang karkun dan brader bus stand masih tersenyum dan masuk ke dalam masjid.
"What do you mean?" tanya mamat saleh tu lagi. Kami memfree kan tangan kami dengan meletakkan dulang yang kami bawa tadi. Diorang ushar jer makanan yang ada dalam dulang tu.
"Come and join our tea break and my brother will tell you more" pelawa aku sambil menjerling ke arah abang karkun yang muncul dari belakangku. Abang karkun mengangguk tanda dia sebagai ameer membenarkan tindakanku. By this time, Atan dan Abu dah bentang saprah panjang.
"Do we have enough for everybody?" aku terdengar seorang dari jemaah tempatan bertanya kepada abang karkun.
"Allah Provides. We just focus on our tasks" kata abang karkun. Aku pulak, yang menjaga inventory, secara lojiknya memang sedar makanan kami ni tak mencukupi. Tapi aku yakin sebab dah banyak kali dah jadi hal sebegini. Aku jaga dapur. Atan dan Abu jadi waiter. Abang karkun dan jemaah tempatan akan ikram mereka. Brader bus stand kat tepi mimbar, jadi zakirin. Macam dah biasa jer kami bagi-bagi tugas, ikut bakat masing-masing.
Petang tu, kami terskip ghash. Menjelang nak Maghrib, kebanyakan dari mat saleh tadi dah balik rumah. Ramai juga yang terus duduk dengan jemaah sebab nak join majlis bayan pulak.
"Is this normal?" tanyaku pada jemaah tempatan. Di background kelihatan Atan dan Abu bergurau kat sink sambil basuh saprah.
"People come here to hear bayan" tanyaku lagi.
"I don't know. It started since you guys came" jawab jemaah itu menepuk bahuku.
"Mungkin asbab Atan dan Abu mujahadah syiarkan pakaian mereka pagi tadi, Allah telah ketuk pintu hati mereka untuk datang. Sekarang kita kena buat kerja kita dengan betul" sampuk abang karkun sambil menujal bahu tempat ia ditepuk tadi.
"Adoiiii laaaa" kataku.
8 comments:
suke dgn entry ni :) alhamdulillah..teruskan. thumbs up.
kat mana ni scuba? Holland ke?hee..terer x aku serkap
cik chirpy, kalau suka, cuba checkout ni:
http://hambalialorstari.blogspot.com/
:) penah dtg da kt blog ni..n tinjau je n3 ni.. x sempat plak abeskan.. ok,nnt nk abeskan bacaan. maceh.
tu guru aku, tu cik chirpy...
waaaaahhhhhh
byk btol xperience ko ye
ak sgt kagum!
terharu baca kisah tok guru kau.non-muslim di sana seolah-olah menunggu kehadiran korang utk ditarbiahkan tanpa rasa prejudis pada imej luaran
dalam rombongan tu, ada kau kenal Dr. Syah dari Alor Star tak?
Tak..setakat ni, alhambali alorstari ajer yang paling top dalam list aku bila kau sebut nama tempat tu.
Post a Comment