"Wan..." mula abang karkun.
"Ye bang" jawabku. Aku berhenti menaip dan memandang wajah abang karkun. Serentak palingan wajah itu, aku terpikir: kan bagus kalau aku layan makbapak aku sehormat aku melayan abang karkun...
"Kenapa kau beria-ia benar mengupdate blog kau kalini?" tanyanya.
Aiseh. Aku dah agak dah perkara ni akan berlaku.
"Takde bang. Saja sebagai terapi" jawabku mudah. Jawapan yang aku dah sediakan sejak sebelum kami keluar 40Hari kalini. Aku tak pasti samada jawapan itu betul atau tidak sebab aku dah PIKIRkan jawapannya SEBELUM soalan ini ditanya. Sedangkan jawapan itu tak pasti lagi secocok atau tidak dengan keadaan masa depanku di mana soalan itu bakal ditanya. Tapi aku tetap teruskan dengan PLAN aku. Aku menatap wajah abang karkun tepat pada matanya. Aku tertunduk sebab tah kenapa hatiku bergetar bila pandang mata dia lelama.
"Banyak manusia masuk neraka sebab lidah mereka" mula abang karkun semula. Aku memang tak budget serangan dari arah ini. Walaupun aku boleh melawak dengan menjawab bahawa aku MENAIP, bukan bercakap, aku juga tau jawapan sebegitu tak membawa perbualan ini ke arah yang produktif. Aku hanya terdiam. Menunggu sambungan dari abang.
"Kalau nak berdakwah pun, biarlah KENA CARAnya" kata abang karkun lagi.
"Syaitan itu bijak. Mereka saling berhubung antara yang dalam hati kau dengan yang dalam hati aku. Dan mereka berpakat membisikkan point-point ke dalam mulut kita semasa kita berdakwah tu. Agar kau dan aku bermusuhan. Dan lari dari niat sebenar" abang karkun bagi mukadimah.
"Diorang bermesyuarat dalam membincangkan agenda mereka. Kita ni pulak kebanyakannya LARI dari keputusan mesyuarat, KALAU bermesyuarat pun. Dan kejahatan yang dimesyuaratkan akan mengalahkan kebaikan yang TIDAK dimesyuaratkan. Perkara yang terancang akan mengalahkan yang tidak terancang. Tak kiralah camana BAIK sekalipun NIAT seseorang itu.
"Ada sebab kenapa kita perlu susah-susah ke sana ke mari dari masjid-ke masjid, rumah ke rumah, pintu ke pintu melakukan apa yang kita lakukan ini.
"Sebab perlakuan sunnah yang kita tiru dari Baginda SAW, punyai hikmah yang banyak. Selagi kita melakukannya SEMIRIP-MIRIP yang boleh dengan CARA Baginda Muhammad SAW lakukannya"
"Adab yang zahir tu, macam adab ghash, walau diulang-ulang setiap kali sebelum kita melakukannya pun boleh lalai, inikan pula adab batin yang tak nampak bila kita melanggarnya"
"Adab batin?" tanyaku blank. Aku pernah dengar pasal adab zahir dan batin ni pasal wudhu dan solat. Macam, masa kita basuh tangan, kita niatkan agar Allah keluarkan dosa yang kita dah buat dari tangan kita tu. Atau menghayati makna bacaan semasa membaca Al Fatihah...
"Contohnya masa kita mendengar mutakalim berkata-kata masa ghash. Adab zahirnya ialah kita kena diam dan mendengar kata-kata yang keluar itu umpama itulah kali pertama kita mendengarnya. Adab batinnya ialah kita cuba sedaya upaya mengingat dan memahaminya dan belajar darinya" explain abang karkun. Aku hanya terdiam.
"Dan yang paling penting ialah, kita sentiasa berada dalam mindset bahawa yang BERCAKAP itu lebih hina dari yang MENDENGAR". Aku diam lagi.
"Tapi kalau kau berdakwah style macam ni, aku khuatir lebih banyak mudharat dari kebaikan, sekiranya katakata kau itu tidak diFIKIRkan dengan semasak-masaknya" kata abang karkun. tetiba jer kami terkembali ke topik. Ini memang kelebihan abang karkun. Dia buat kita lelan dalam explanation dia dulu, pastu dia balik ke topik.
"Saya blogging ni sebagai terapi" jawabku menegaskan. Masih dengan plan aku.
"Kalau macam tu, takper. Tapi kau jangan berdakwah pulak dengan berblog-blog ni" amaran abang karkun. Aku mengangguk tanda setuju.
"Sebab kita ni orang dah gelar KARKUN. Dan bila kita ni digelar sebegitu, maka kita sudah masuk dalam kancah BERDAKWAH. Dan setiap tindak tanduk orang yang atas jalan Alllah akan dipersoal" kata abang karkun menambah.
"Lebih banyak KEBURUKAN sebenarnya, jika seorang karkun menggunakan style macam ni kalau benar niatnya berdakwah. Bukankah KITA ini pengikut jalan yang mahu percaya bahawa TAKDE CARA BERDAKWAH lain selain cara Baginda SAW?"
Tapi aku bukanlah keluar tabligh ni sebab berdakwah. Yang aku paham, style bertemu mata ke mata, dari pintu ke pintu ni, adalah asbab paling berkesan dalam proses mendidik hati dan akhlak, selepas berzikir yang merupakan doanya. Dakwah hanyalah ALAT mentarbiah diri. untuk BELAJAR. Bukan MENGAJAR. Belajar mengajar tu dalam taklim wataklum. Ghash ni macam praktikel selepas belajar teori dalam taklim wataklum tu.
Aku mengeklik ke arah blog aku yang satu lagi. AKUSKIZO. Aku tunjukkan skrin laptop pada abang karkun.
"Nilah terapi, tu" kataku. Aku tertanya pada diri sendiri kenapa aku tunjuk laptop kat abang. Adakah aku cuba buktikan kebenaran alasanku?. Abang karkun mengangkat keningnya memandang skrin yang tertera muka depan blog. Dia membaca beberapa entry dengan sekali lalu. Pastu satu lagi. Pastu satu lagi. Pastu dia klik 'Older Post'.
"Abis tu, apa jadi dengan peguam skizo, tu?" tanyanya dengan muka berminat.
"La? ABANG pun terpengaruh?" tanyaku kehairanan.
Maka blog payabesarpedas TERSELAMAT buat kali ini...
6 comments:
hehe...pndai ek, cara ngelat tuu.. :p
kiranya entry ni cam tak nak bagi readers perasan la eyh?
pasni abg karkun lak addict
Nak bagi tau para karkun dan semua di luar sana, aku bukanlah sebaik yang diorang sangka. Aku jugak ada mengongnya duludulu...Dan bad habit, die hard.
Dan jangan series sangat pasal dakwah blog, blog dakwah, blog blog, dakwah, dakwah...
Blogging padaku ialah berdiari.
Inna akma lubin niat
Nak dakwah-dakwah, keluar 3 Hari.
ok! budak tu comel :)
dakwah takde blog-to-blog. dakwah door-to-door.
second haris chacho
Post a Comment