Monday, November 29, 2010

KAU tak perlukan aku


Wahai Tuhan
KAU lah yang satu
KAU tak perlukan aku
Akulah yang memerlukan MU

Aku bersyukur kerana dipilih menyaksikan semua ini
Di antara berjuta spermatozoa yang telah mati
Dan aku rasa lebih bersyukur lagi
Kerana nikmat iman ini

Ya Tuhan,
Janganlah buatkan aku susah payah
Demi hidupku di dunia ini
Janganlah buatkan aku merendahkan diriku
Demi meneruskan esok hariku

Aku sedar dan aku mengaku
Ketaatanku goyang sejak kehadiran mereka
Namun KAU juga tentu TAHU
Dalam hatiku tetap hanya ada KAU yang satu

Kerana
Dah berapa kali dah aku kononnya merajuk
Dan cuba lari dari tajuk
Namun yang terkeluar
Tetap halhal tentang DIRIMU


2 comments:

± said...

aku selalu jugak merajuk dengan DIA
tapi aku tetap percayakan janji-janjiNya

Irwan said...

merajuk maknanya nak kan perhatian Nya. Nakkan Dia pujuk..Tapi sebenarnya kita yang LARI dari kasih sayangnya...Dan sebab itulah sajak dimulakan dengan ikrar sebegitu

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails