Thursday, November 4, 2010

Wali dari Bangi (Dah keluar Masthurat?)

Ada sekali tu, abang karkun bawak brader bus stand (berserta isterinya) dan aku pergi ziarah satu keluarga tu. Suaminya sedang keluar 4 bulan untuk satu takazah meruncing tu, dan sebagai orang yang terlibat dalam usaha, kami ditugaskan menziarahi keluarga yang ditinggalkan, takut-takut diganggu setan. Tapi nak ziarah keluarga (isteri dan anak-anak) karkun yang ditinggalkan, kami kena bawak orang yang dah bernikah. Tu sebab brader bus stand dibawa bersama. Aku dibawa sebab aku tau jalan ke rumah keluarga tersebut. Lagipun, aku bawak keta cam pelesit. Banyak sikit rumah karkun yang kami boleh lawati sebelum masuk waktu Zuhur...



Sesampainya kami di sana, abang karkun dan aku tunggu dalam keta sementara brader dan isterinya pergi menjenguk. Setelah komfem ada orang, isteri brader masuk ke dalam. Brader kembali ke kereta.



"So, kita tunggu dalam keta, ke?" tanyaku. Aku angkat-angkat kening pada abang karkun, isyarat ajak pegi bayan jin (isap rokok).



"Banyakla korang punya isap rokok" tegur brader sambil mencegilkan matanya pada kami berdua. Abang karkun terus point kepadaku. Aku buat gesture cam mintak ampun pada brader sambil tersenyum.



Beberapa minit kemudian, pintu depan rumah dibuka. Kelihatan isteri brader menghidangkan minuman dan sedikit kueh mueh. Beliau mengisyaratkan agar brader membawa hidangan kepada kami yang dalam kereta. Brader keluar dari kereta dan menyambut hidangan tersebut. Elok gak tu. Tekak aku pun kering, ni. Adoihhh!!! Abang karkun menujal bahuku.



"Abang ni! Sengal tadi pun tak hilang lagi. Abang tambah lak lagi" rungutku sambil mengusap bahu kiriku. Abang karkun memang suka buli aku dengan menujal bahuku. Kadang-kadang, dua-dua bahu aku ditujalnya. Tujalan abang karkun lain macam sikit. Tak kuat, tapi tusukannya terasa macam sampai ke tulang. Adoihhh laaa!!!

Dia tujal paha kiri aku pulak...Abang karkun senyum gembira melihat aku dalam kesakitan. Brader pun sampai ke kereta. Eh? Mana air dan kueh mueh tadi? Nampak cam ada almond london tadi?



"Jom kita ke kedai runcit jap. Ada keperluan nak kena top-up untuk rumah ni" kata brader.



"Jap-jap. Kaki kiri saya sengal kena tujal kat mat tujal ni haa" kataku. Aku menggerak-gerakkan kaki kiriku, supaya darah cepat mengalir ke kaki kiriku. Kang takleh tekan klac pulak kang.



"Kau leh bawak tak, ni?" tanya abang karkun tersenyum.



"Bolehhh" kataku. Setelah semutsemut di kaki dan bahu kiriku reda, kami bergerak ke mini market yang berhampiran...Dalam kereta:



"Ahliya brader ni, tak biasa dengan usaha dakwah. Dia bukan datang dari keluarga karkun. Walaupun dah berkali keluar masthurat, dia tak pernah kena tinggal selama 4 bulan. Dapat lak, ini kali pertama abang Zan keluar 4 bulan setelah ahliyanya lepas pantang" kata brader memulakan. Abang karkun dan aku cuma memasang telinga.



"..Jadi, jazbahnya (semangat) kena dijaga" kata brader lagi. Dia diam seketika sebab aku cuba memotong lori hantu yang slow macam keta lembu. Bunyi jer tak slow. Cam guruh yang non stop...



"Bang, maaf ye, saya bertanya. Tapi dalam sejarah para nabi, ada ke cerita pasal pengorbanan isteri yang suaminya keluar di jalan Allah?" tanyaku.



"Gila kau. Pengorbanan seorang isteri yang suaminya keluar menyahut perintah Allah ada. Takkan kau tak tau?" kata abang karkun. Aku dah agak dah. Brader bus stand mendekatkan diri ke ruang antara seat depan, nak mendengar cerita abang karkun.



"Cerita Siti Hajar yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s tu yang paling klasik" kata abang karkun. Brader terhangguk-hangguk tanda setuju.



"Memang yang menyahut seruan Allah itu ialah lelaki. Tapi pengorbanan para isteri yang ditinggalkan tu, Allah sangat suka" kata abang karkun lagi.



"Punyalah Allah suka hinggakan apa yang terjadi pada Siti Hajar tu dijadikan rukun sebagai tanda seorang Islam" sambung abang karkun.



"Rukun kalau tinggal, tak sah solat" sampuk brader pendek.



"Orang pergi haji tu ke?" tanyaku pula. Aku tak berapa paham pasal konsep ibadat haji ni sebenarnya.



"Yelah. Saei tu sempena Siti Hajar yang mundar-mundir mencari air untuk Nabi Ismail a.s, lah" tambah abang karkun lagi.



"Siap Allah turunkan rahmat yang mengalir hingga hari Kiamat nak jaga hati Siti Hajar, lagi" sampuk brader pulak.



"Air zamzam tu ke?" tanyaku blank.

"Ye lerr" kata brader. Kami pun tiba di mini market. Brader dan abang karkun keluar dari kereta dan masuk membeli belah. Seminit aku menunggu dalam kereta. Kemudian, lintasan idea pun sampai. Aku keluar dari kereta dan cari port yang line clear (takde orang nampak). Sebatang rokok dinyalakan. Aku isap laju-laju, sebab aku nak kembali dalam keta sebelum brader dua orang tu habis bershopping. Berdengung kepala aku. Cam weng-weng sikit sebab sedut asap laju-laju dan dalam-dalam. Puntung pun panjang. Agak-agak dah takbley tahan weng nya, aku pun campak puntung, kunyah singgam satu dan kembali ke kereta cam takde apa-apa berlaku. Aku tau, camana aku berlakon pun, dua orang wali ni boleh baca pikiran aku...Diorang mesti tau aku buat apa tadi...



Dua minit kemudian, brader dan abang karkun kembali dengan dua beg plastik besar. Waaahhh...Banyak betul keperluan yang nak kena top-up rupanya...Maklumlah...Akak tu mesti susah nak kekedai...Pompuan muslimah memang camtu. Ada anak kecik, lagi. Kerja-kerja pergi pasar ni, sepatutnya kerja lelaki pun...



Dalam perjalanan ke rumah akak tu...



"Kita beli lebih sikit, sebagai hadiah atas kesabaran akak tu" kata abang karkun. Aku tau abang karkun ni banyak duit. Dia ni, sedang lepak-lepak dalam masjid pun boleh jual kapal terbang.



"Kapal terbang aku tak main, bro" kata abang karkun sambil tersenyum. Brader kat belakang masih sibuk menyusun barang kat sekeliling dia.



"Kita kena jadikan diri kita ni asbab orang berzikir kepada Allah" kata brader pula.



"Harapan kita, agar dia lebih kuat semangat nak galakkan abangZan keluar berdakwah. Abang Zan tu bagus. Ayat dia power. Pengalaman dia pun banyak. Masa bujang dulu, IPB memang tak miss. Cuma keluar masa bujang dengan keluar masa dah kahwin ni, lain tahap pengorbanannya. Alhamdulillah dia tak terkesan langsung walaupun dah berkahwin.



Tetiba jer aku rasa kecik dan hina...Dah lama tak keluar masthurat ni...

4 comments:

± said...

selama ni aku ingat isteri yg ditinggalkan suami yg pergi berdakwah (biasanya geng tabligh) takde org ambil peduli.baguslah kalau camni

wirajiwa said...

sangat kebetulan aku juga di bangi..mungkin lah boleh berjumpa dengan tuan ini :)

wirajiwa said...

tima kasih Hanif sebab menunjukkan aku jalan kerumah ini. :)

Irwan said...

malangnya wirajiwa, cerita di bangi itu berlaku 10 tahun dulu...

sekarang aku di payabesarpedas n9

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails