Thursday, November 4, 2010

Interview dengan Wali (Rakaman yang tak menjadi)

Atan, Abu dan aku sedang bertandang di rumah brader. Kami semua sedang melepak di beranda rumah brader sambil memerhatikan kegelapan malam. Air kopi pun dah nak habis. Mata kalau dah mengantuk, air kopi kapal apa pun tak jalan. Abu dah terbaring. Cuma ATan dan aku ajer yang masih melayan brader berborak.


"Abang pernah rasa kusyuk tak dalam solat?" tanyaku. Aku nak guna peluang ni nak korek apa lagi yang brader tau. Dia ni banyak cerita ghaib sikit...

"Entahlah. Takde kot. Mengelamun tu banyak laa" jawab brader. Brader ni hikmah dan merendah diri orangnya. Maklumlah, walii. Dari jawapannya, aku tau dia pernah alami sekurang-kurangnya 'lempias' kusyuk dalam solat.

"Citer la apa yang abang mengelamun tu" kata Atan pula. Abu memusingkan badannya nak mendengar cerita brader.

"Baiklah. Aku cerita satu. Tapi korang kena rahsiakan" kata brader keberatan. Dia mengushar aku. Aku tak pedulik. Henpon masih dalam keadaan record...Hehehe.

...tapi bila aku playback, yang dirakam cuma sampai part 'hehehe' ajer...


Hehehe...

7 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

cettt...hehehe je? sy pn bley..'hehehe' ok x? :p alaa..cter la lagi.. apedia yg rahsia tu? alaaa.. ooooo...keee sbb rahsia, jd yg dgr hanyalah 'hehehe' ?

wachak said...

wa bukan wali tapi pernah merasa nikmat kusyuk dalam solat seketika tapi Dia tarik balik nikmat itu kerana wa hanyut dalam hal dunia ...

nurkaloi said...

ekekeke
smbung laa weyh
heheheh jer ke
aiyyyakkk len kali tukar perakam uh
okay

± said...

penah je baca buku rahsia khusyuk solat dan cuba praktikkan tapi susah nak khusyuk jugak.nampak sgt hati masih kotor

Anonymous said...

Kalau dapat bawak jazbah mcm fana' cinta majnoon dgn laila dlm hubungan antara kita dgn Allah masa solah, setiap masa yg nampak, rasa, perasaan, takut, harap, cinta n taat hanya pada Allah, InsyaAllah itu solah martabat ehsan..

Irwan said...

Bukan tak nak share, tapi inilah yang berlaku:

Saya dapat tulis semua artikel ni setelah anak bini saya tidur...

Saya dah mula nak tulis apa yang brader ceritakan tu, tapi baru tulis satu perenggan, anak-anak saya meraung-raung nangis serentak (?).

Kasi susu, tukar diapers, diorang senyap sekejap. Bila saya mula nak sambung balik artikel ni, diorang nangis balik. PAstu taknak diam, sampailah dekat pukul 430 pagi.

Lastlast, Allah kasi ilham. Saya deletekan perenggan yang saya nak mula tadi tu (sampai takat 'hehehe'). Otomatik anak-anak saya diam dan tidur sampai pagi.

Maka pahamlah saya..

Irwan said...

kita ni ummat akhir zaman. Sapa yang perasan pernah rasa kusyu tu, tu perasaan ajer tu...Takyah lahhh..

Dan kepada yang menyangkan kusyu itu umpama hubungan Laila dengan Majnoon pun masih belum sampai. Tu baru takat sampai novel cinta jer tu. Orang yang dah rasa kusyuk takkan dapat mengexplainkan rasanya secara tepat. Contohnya: cuba anda terangkan rasa seulas durian. Atau RASA takut.

Salah satu hintanya ialah: solat mengingatkan kita bahawa Allah itu TUHAN. Sebab sesaat sebelum dan sessat selepas kita solat tadi dan nanti, kita rasa macam kitalah tuhan.


"Aku yang buat tu"

"kalau bukan kau, kau mesti masih macam tu"

"Aku yang membesarkan kau, camni kau balas ye?"

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails