"Aiseh brader, recording saya malam tu tak jadi laaa" kataku pada brader bus stand dalam talian.
"Haha. Kan aku dah cakap korang kena rahsiakan" jawab brader bus stand dari sebelah sana.
"Aiseh bang...Entry untuk kolum abang takde lagi, ni" kataku pula. Beberapa saat berlalu tanpa respons. Samada brader sedang berpikir, atau ada problem dengan talian. Henpon brader pun selalu mati tibatiba. Bateri dia dah nak kong.
"Oklah. Aku tanya kau satu soalan, kau tanyakan pada pembaca kau" katanya setelah beberapa kali aku bagi salam.
"Apa terjemahan syahadah?" tanya brader.
"Aku naik saksi bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan NABI MUHAMMAD SAW itu PESURUH ALLAH" jawabku.
"Tu kunci syurga, tu" katanya lagi.
"Betul. I mean...Ye..Saya pernah dengar cam tu gak" jawabku pula.
"Nak masuk syurga takkan main sebut marang prapu kepunden marang skeper jer, depan Riduan" sambung brader lagi. Aku dah lost.
"Kau cakap kau naik saksi. Kau naik saksi bahawa Takde tuhan melainkan Allah. Dan kau naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu orang suruhan Allah"
"Saksi ialah orang yang lihat, dengar atau rasa. Kau pernah menyaksikan semua ni tak?" tanya brader padaku. Telingaku terasa panas. Dadaku tibatiba berdebar-debar.
"Tak" jawabku kaget.
"Abih tu, camana nak cakap kau dah Islam? OK tak? Kau tanyakan pada pembaca kau. Sementara tu, aku nak gi masak sarapan untuk anak bini aku jap" brader bus stand memutuskan talian. Aku tergamam.
Tibatiba aku rasa cam baru masuk Islam...Dan aku tak tidotido sampai sekarang dok pikirkan benda ni...
Ada sesapa yang boleh tolong aku?
4 comments:
Hanya karkun yg benar2 bagi masa 2.5-8 jam, begerak seluruh anggota badan, tangan kaki hati buat usaha door2door hati ke hati cerita kbesaran Allah, Allah khaliq razq malik, adalah saksi keatas kalimah toyyibah mirip2 sepertimana nabi2 bergerak menyeru manusia " ya aiyuhanas qullu laaillahaillallah tuflihoon". (haji wahab sab, amir pakistan)
bagus. tapi adakah ini bermakna orang yang mati tapi tak pernah keluar tabligh (atau capai tahap yang awak katakan tadi tu) tak faham makna syahadah tersebut?
adakah Allah adil jika sebegini penjelasannya? Camana saya nak dakwah orang non muslim yang mak bapak dia anti Islam? Saya tak terbayangkan kesiksaan seorang anak tu nantik bila dia convert...
Kita semua maklum akan soalan kubur, yg mana diajukan oleh mungkar n nakir. Sapa Rob, nabi, kitab pegangan, saudara n kiblat kamu? Smua ni soalan bocor tapi yg jawab nnti bukan hafalan pada lidah n akal, yg jawab tu bukti amal yg dibuat hari2.
Dlm amalan maqami/2.5jam terkumpul smua jawapan. Jumpa jiran tunaikan hak saudara sekalimah, critakan kebesaran Allah, ajak fikir sama2 ttg perkara yg haq yakni pentingnya iman amal, pesan memesan ttg hidupan yg sementara..ajak diri, kluarga n jiran utk makmurkan masjid. smua ni nabi buat. Smua kisah2 nabi Inilah penyaksian yg nabi2 buat,
Kita tau tapi masalahnya kita TAK YAKIN LAGI, pasal apa? Kita jauh dpd zaman rasulullah saw, jadi amalan agama dah jadi asing pada akhir zaman, baca quran, solah bjemaah, zikir, sunnah org skg kurang amal, apa lagi usaha ziarah, asing aneh n pelik tapi padahal itu sunnah nabi saw yg paling bsar dlm dakwah.. Lagi malang kalau yg TAK YAKIN TU adalah karkun2.. karkun yg tak yakin lagi dgn usaha ni, dia pun tak kan dpt hidayah. Ini smua org2 alim kita yg bagitau nih.
Setelah siapnya kaabah, Allah perintahkan nabi ibrahim utk menyeru tapi pada ketika itu yg wujud cuma tbah gurun yg luas n takde org. Nabi ibrahim pun tanya
"Wahai Allah bagaimana nak seru manusia datang ke rumahMu padahal skeliling takde sapa.." Allah jawab
"Engkau cuma laksanakan perintahKu, yg MENYAMPAIKAN adalah Aku"
Maka seruan nabi ibrahim Allah sampaikan kat alam roh, yg mana sebanyak mana by roh jawab seruan tu, sebanyak itu nanti dia tunaikan haji.
Macamtu jugak usaha karkun. Dia cuma buat je kje, niat kerana perintah Allah. Percakapan lidah karkun sedikitpun tak mampu bagi hidayah, hak MUTLAK bagi hidayah kpd manusia n jin adalah Allah. Kita bergerak je Allah akan buat segalanya. Masalahnya dtg bila karkun perasan dia yg boleh bagi hidayah. Ini bahaya..
Hidayah ni ramuan dia 3 perkara. 1. Mujahadah 2. Pengorbanan 3 cara nabi saw.
Kita masih teraba2, tak nampak perubahan, teragak2 n main2 lagi maka kehidupan kita Allah pun main mainkan. Kata org lama, ambik pil, tapi racun dia nak telan jugak.. mana boleh sembuh.
keyakinan, kesan n perubahan akan dtg dlm kehidupan bila kita buat keputusan.
buat keputusan jadikan dakwah dan hidupan amal agama cara nabi sbg maksud hidup.
Org yg usaha atas kesolehan n taqwa diatas jln Allah n rasul, maka Allah sendiri akan btantgunggjawab uruskan hidupan dia.
Satu lagi pesan, bab mnyentuh tasawuf atau ilmu mcm blog tajuk pasal saksi2 nih Banyak2 la jauhkan dpd RIWAYAT PARA KARKUN. Karkun pun banyak gak kelentong. Maka rujuklah dgn pemahaman ulama2.
lastly ana mintak maaf kalo kasar dlm komen ruangn blog anta ok. Jus to let u know im one of ur fan ok bro. Blog anta mmg reminds me of life para karkun. 2thumbs up.
cool comment! I have to save this page and read it at home...I blog from CC (sambil cari kerja) so takde masa...nanti I balas
Post a Comment