Monday, November 22, 2010

Selamatkah Aku Minggu ini?




Banyak yang berlaku di sekeliling aku sepanjang minggu lepas. Yang paling penting, mestilah ketibaan Hari Raya Haji yang mengingatkan aku kepada erti menjadi seorang muslim di dalam dunia akhir zaman. Kemudian peristiwa banjir dan gunung berapi yang kebanyakan mangsanya adalah saudara maraku. Diikuti pula dengan isu perpecahan Melayu yang semakin ketara. Halhal kesukanan di GuangZhou. Tak lupa juga cerita Supernatural yang gempak giler (aku tengok pun secara tak sengaja kat warung masa khususi orang).

Dan semua yang berlaku itu, merupakan pelajaran kepada aku.

Peristiwa Korban merupakan peringatan kepada isu 'taat' sebagai seorang hamba. Sanggupkah aku TAAT menunaikan perintahNya, pada MASA yang ditentukanNya, dengan cara yang diredhaiNya, despite pola kehidupan dan LOJIK yang menganjurkan agar aku berfikir duakali, sebelum mengutamakanNYA di atas apa yang aku rasa PATUT aku buat pada masa yang sama. Hehe. Dapatlak mungkin isu ketaatan itu timbul atas asbab apa yang aku perkatakan. Apa yang aku lisankan. Apa yang aku telah putuskan sebagai prinsip hidup aku.
Maka pelajaran yang aku dapat ialah aku kena hatihati dengan apa yang aku KATA kan. Aku kena hatihati dengan percakapanku...

Peristiwa banjir dan gunung Merapi mengingatkan aku akan pentingnya menyediakan payung sebelum hujan. Dapatlak kalau aku memang dah tau bencana itu akan datang juga akibat dosa atau kelalaian yang telah aku lakukan. Maka sepatutnya aku kena beringat pada hari ini, agar esok yang tak pasti itu lebih mudah. Banjir di utara menyedarkanku akan kelemahanku yang tak dapat nak buat apa-apa sekiranya negara ini diserang dari arah Utara. Dahlah aku tak mengambil tahu dengan terperinci akan keadaan banjir yang melanda (bila surutnya, berapa orang kat refuge, apa plan corrective dan permanent solution PBT yang mendenda kita setiap kali kita lambat bayar cukai tu dalam isu ini, etc), bahkan nak berkerut dahi pun tidak. Usahkan nak menderma atau nak jadi sukarelawan. Aku mengalas pulak dengan mengatakan pada diriku sendiri bahawa dah ada orang berpolitik yang tolong mereka, atau aku tak berdaya, atau 'padan muka' pada diri sendiri.

Isu dalam politik bangsaku pula menyedarkanku betapa susahnya nak nak kalahkan nafsu. Jawatan politik dalam kerajaan itu umpama simbolik nafsu padaku. Semua orang yang makrifat padanya, akan mahukannya. Mereka akan rangka rancangan mereka dan mengejarnya sedaya upaya. Aku bukannya kerabat bangsawan atau keturunan menteri. Aku orang biasa. Jadi, untuk dapatkan jawatan itu, aku kena naik parti politik. Tapi, nak mendaki dalam UMNO agak susah sebab dalam UMNO, otai-otai punya akar dah berselirat kat dalam tu. Nak daki tangga dalam PAS pulak, aku bukannya istiqomah ketayap 24jam. Anak bini pun masih liat pakai tudung, dapat lak sejak aku pakai Mercedez dan lepak dengan datuk-datuk, ni. PKR lah yang paling menarik. Aku pun cam cerdik pandai dan ada ilmu agama sikitsikit. Lagipun PKR perlukan seorang adiwira falsafahwan yang unknown sekarang ni, bagi meneutralkan segala bullshit yang berlaku. Aku hanya perlu boom kan apperance aku, popular, bertanding jawatan dalam parti, dipilih sebagai calon dalam PRU, menang dan masuk Dewan. Dalam dewan, aku akan tunjuk pada penonton RTM bahawa aku ni seorang yang gempak. Aku yakin aku akan dapat follower. Blog aku meletup, apa? ....

...Tu sebab aku malas bincang isu politik sebab aku akan BERCAKAP tanpa henti hingga terlupa topik percakapanku...

Isu kesukanan pula hanya semakin membenarkan teori bahawa konsep 1 Malaysia itu sangat perlu untuk rakyat negara ini. Malaysia takleh bla dalam acara sukan berpasukan sebab orang Malaysia tak bersatu. Tapi setiap orang rakyat Malaysia ADA POTENSI mereka tersendiri. Jika mereka berada di gelanggang individual yang tepat, mereka mampu untuk dieksploitasikan untuk memblogwalkkan Malaysia di mata pelabur. Semoga pelaburan negara dalam menyertai Sukan di GuangZhou kali ini, BERBALOI. Kipidap Leechongweiii. Mangkuk hayun punya pasukan sepakraga bulatan.

Dan antara berita yang paling penting aku baca dalam sokkabar minggu lepas ialah kes seorang bapa yang dihukum penjara kerana mencuri susu untuk anaknya. Aku cabar Bersamamu, KES, 360, ADUAN RAKYAT, MELODI, walhal Pang Chinn Fei sendiri untuk pergi ambik tahu dan take care bini dan anak lelaki tersebut dan fahami apa cerita sebenarnya. Jangan pedulikkan soal right or wrong. Kita kena TAHU. Sebab sistem keadilan Malaysia adalah robot yang mangkuk. Dan sekiranya kes itu sebenarnya adalah satu PENINDASAN, maka doa si bapa yang dalam penjara itu, atau doa seorang isteri yang menderita itu, akan menjadi BALA yang teramat besar kepada negara ini.


Dan didalam semua yang di atas, aku sangat bersyukur kerana ramai juga para jemaah yang sedang bergerak disekeliling alam dengan rasa rendah diri dan takut kepada Allah, mengorbankan diri untuk MENJADI ASBAB rahmat dan maghfirah Nya ke seluruh alam. Dan aku juga sangat bersyukur kepada semua orang miskin dalam dunia ni yang masih mendoakan kesejahteraan dunia ini, walaupun dunia ini melayan mereka cam cibai. Dan kepada para zakirin yang mendoakan keampunan bagi ummat Muhammad SAW, walaupun mereka hanyalah ummat pada keturunan macam aku. Aku juga bersyukur kerana kasih sayangNya yang tercurah asbab ibuku yang sabar, isteriku yang taat, serta anak-anakku yang comel dan sihat walafiat. Aku mohon ampun dengan Allah dan semoga minggu ini lebih baik dari minggu sebelum-sebelum ini. Ameen.

5 comments:

Unknown said...

Diluar tajuk
Rasulullah SAW ada ditanya, "Ya Rasulullah, tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah SAW, "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Aku pula nak bertanya ko selaku "jiran" dlm dunia blog.
Blog aku tu baik je jahat?
hehehe

De'din said...

alhamdulilah
mangsa banjir di utara
mendapat pembelaan sewajarnya..
dan bukan nya seperti yg digembar gembur kan..
oleh media arus perdana,,
yg cuba mengambil kesempatan memutar belit kan..
keadaan banjir tersebut ..
demi kepentingan politik semasa

sukan pula kita nyata masih jauh ketinggalan !
harapan 9 pingat emas nmpak seperti sukar untuk dicapai
apa2 pown selamat berjuang untuk mereka !

Irwan said...

ijok: blog kau OK. Cuma lagu Umno semalam buatkan aku takasima sikit...patutnya kita tak layan benda-benda camtu, walaupun melawak...

De'din: Mangsa banjir memang dapat pembelaan. OK lah untuk musim tahun ni. MAcamana dengan tahun akan datang? Akan adakah peruntukan khas setiap tahun untuk mereka? Tang sukan tu pulak..aku rasa MAlaysia kena fokuskan pelaburan ke arah acara perseorangan sebab MAlaysian fail when working as a team

± said...

sentiasa rasa x selamat tapi mampu bergelak ketawa depan lappy.aku la antara org2 yg rugi itu..

Irwan said...

Dark..kalau kita ni maintain dalam satu mindset ajer...itu malaikat namanya..manusia memang cam kita ni..


Pagi warak, by petang jer, haprak...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails