Tuesday, November 23, 2010

Atan dan Abu (Menyebarkan salam)



"Apsal kau bagi salam pada orang yang kau kenal ajer?" tanya Abu kepada Atan. Atan tersedar dari lalok mengantuknya.

"Ntah? Aku pun tak tau" jawab Atan blank.
"Kita kalau nak bagi salam, bukan hanya kepada yang kenal ajer. Kena bagi salam kepada semua" kata Abu.


"Menyebarkan salam tu ciri ahli syurga" kata Abu.

"A'ah. Ustaz haritu, pun ada sound camtu gak" sampuk Atan mengcover diri.
"Tu sebab aku malas nak pergi tempat yang ramai orang. Jenuh aku bagi salam" kata Abu lagi.

"Tapi, kalau diorang tak jawab, bukankah mereka berdosa?" tanya Atan pula.
"Ye tak ye jugak" kata Abu. Ada juga rupanya benda yang Abu taktau.
"Abih, bila kau dok bagibagi salam tu, dan kalau diorang tak jawab, maknanya, kau menyebabkan mereka berdosa. Apa beza kau dengan stean, kalau camtu?" cucuk Atan. Bukan selalu dia dapat point camni. Kelihatan kening Abu bercantum. Itu maknanya dia sedang berpikir. Samada dia berpikir nak menjawab dan memenangi ke atas Atan, atau dia cuba mencari apakah  penjelasan sebenar kepada senario soalan Atan yang ikhlas tadi.

"Jom kita gi umah brader" ajak Abu.
"Watper?" tanya Atan.
"Kita tanya dia, lah" kata Abu.
"Talipon jer lah" usul Atan.
"Malam kang kena gi umah dia gak. Malam ni kan Supernatural? Abangabang tu mesti lepak sana, punya" hujah Abu. ATan hanya terdiam. Tadi dia memang plan nak habiskan petang ini dengan membuta. Ni silap-silap kena gi Kg Kerinchi lak ni kang. Abu ni bukan betul. Impulsive sikit orangnya. Dia mendiamkan diri tanda tak setuju. Abu kelihatan tak senang dengan persoalan tadi. Dia mengeluarkan henponnya. Belum sempat mendail, henponnya berbunyi. Teropocot jugaklah Abu.


"Assalamualaikummmm" bunyi suara dalam talian. Brader bus stand laaa.
"Wa'alaikumussalam" jawab Abu dan Atan serentak sebab henpon Abu di loudspeaker kan.
"Malam ni datang tak?" tanya brader.
"Watper?" jual mahal Abu.
"Nak jawab soalan korang tu lah, hehe" jawab brader. Hambik kau...
"Perggggghhhhh....."kata Atan dan Abu serentak, kagum dengan kebolehan membaca pikiran keramat brader bus stand.

"Jangan lupa bawak keropok nira korang tu" kata brader bus stand lagi.
"Kalau datang sekarang takleh?" tanya Atan pula.
"Bukan korang ada ghash ke, petang ni?" tanya brader.
"Jangan gatalgatal nak ponteng. Kalau bukan korang, sapa lagi?" tanya brader lagi.

"Lagi satu, kalau nak tanya soalan agama, tanyalah kepada orang yang bertauliah" kata brader lagi. Atan dan Abu blank. Tadi kata nak jawab soalan. Ni suruh tanya kat orang lain pulak. Pelikpeliklah para wali ni.

"Kalau nakkan pendapat aku, OK. Aku cuma ingatkan korang untuk betulkan niat perjumpaan kita malam ni, jer. Bila niat, iktikad dan perbuatan tu selari, barulah harmoni" kata brader lagi. Mendalam sungguh ayat-ayatnya. Atan dan Abu akan mendiamkan diri sehingga pertemuan mereka malam ini...

5 comments:

De'din said...

menyebabkan owg yg x jawab berdosa !
sama dgn syaitan
betul ke ?

tpi kalo owg tu busy or x perasan mcm mna pula ?

Dark Half said...

aku lak paham camni...tolong betolkan aku kalau salah paham ye, scuba

rasanya kita kena baca betul2 statement yg ditaip:"Apa beza kau dengan stean, kalau camtu?"

beza antara org yg bg salam tapi org x jawap (mungkin x pasan atau sengaja x jwp) dgn setan = setan dgn niat sengaja nak hasut kita buat dosa free sedangkan org yg memberi salam mungkin secara TAK sengaja menyebabkan penerima salam dpt dosa

Al said...

Akhirnya aku jumpa walau x sepenuhnya

Persoalan yg aku cri slame aku tulis blog ni
kadang2 ak asyik pikir mcm tu jgk
sampai aku rs nak wat entri plak psl benda ni

mgkn ak boleh ambik pendapat Dark
untuk sedapkan ati...

Bila plak nak sambung lg ni?????

Irwan said...

Dari segi syarak, pendapat Dark boleh diterima. Tapi dari segi warak? boleh ke main lum sum camtu?

Tapi sapalah kita ni? Kita ni mungkireen (orang yang selalu berbuat mungkar)...Apsal anon yang berilmu tinggi tak menambah pun? Hehehe

Al said...

so ade hukum sahih x psl bende ni?

atau pendapat yg sgt boleh diambil kira?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails