Ini untuk saudara rakyat satu Malaysia kita yang sedang menderita di utara dek bencana.
Ini juga untuk saudara maraku yang sedang menderita, dek bencana alam atau ujian yang menimpa jiwa, yang sedang berduka, yang sedang menanti kepulangan, yang sedang menunggu keamanan dan kesejahteraan.
Ini sempena perpecahan Melayu, sempena duit cukai aku yang digunakan untuk melatih polis penguatkuasaku berjudi. Sempena kemalangan yang semakin brutal. Sempena jenayah yang semakin menakutkan.
Ini sempena makanan yang dihidangkan di depanku sekarang ni. Sempena makanan yang dibuang ke dalam tong sampah, sempena pembaziran wang dan masa antara manusia, padahal dunia dah semakin sampai ke penghujungnya.
Ini adalah raunganku. Suaraku. Semangatku. Aku RASA keperitan mu, saudara-saudara ku! Aku SAKIT dengan perpecahan dalam kaumku. Ini sempena apa yang aku; seorang pemalas, seorang MELAYU, laungkan ketika kau orang sedang menghadapi ujian itu...
Temple of the Dog - Hunger Strike (Chris Cornell feat. Chester Bennington)
3 comments:
kau tengah mogok lapar ke scuba? patut la entry kau tak baper nak marathon 2-3 hari ni
dari mogok lapar... apakata teruskan je dgn puasa sunat tuh :)
Salmah, mogok lapar tu puasa sunat la...mogok tu bahasa MElayu Liberal. Puasa tu bahasa orang Islam.
Dark, aku dah bermogok lapar sejak awal tahun ini. NAik fedap aku dah dengan keadaan dunia dan aku tak dapat buat apa-apa selain berlakon Sedih depan Dia
Post a Comment