Selamat Hari Ahad
Kepada pengunjung setia semua
Minta maaf kerana aku takde
Keadaan mendesak, akupun ada kerja.
Tapi kepada yang dah datang
Janganlah sekadar pandangpandang
Selak-selak bacabaca apa yang terhidang
Buktikan padaku yang anda itu seORANG
Rangkap pertama menunjukkan watak kita bermula dengan umum. Dia menarik perhatian pembaca. 'Hari Ahad' itu menunjukkan bahawa dia update dengan pengunjung bog ini sehingga saat entry diupdate. Dan dia mulakan dengan merendah diri dan menerangkan keadaan yang menyebabkan kurangnya pertemuan.
Blog ini punyai reputasi mengupdate dua tiga entry dalam sehari, jadi ramai pengunjung yang dah boring berblogwalk, melepak dalam blog ni sambil baca apa-apa yang patut. Bila dah jumpa entry yang menyentuh perasaan, maka sebagai tanda terima kasih, mereka akan tinggalkan komen sebijik dua..
Setiap orang adalah dirinya sendiri
Sehinggalah dia tak punya apa lagi
Dalam kegelapan, mulalah mencari
Mujur juga kerana, masih MAHU kembali
Mula berceloteh sebagai watak 'aku' dalam payabesarpedas. Seorang yang sentiasa menghina diri sendiri bukan kerana dia self-hatred tapi kerana ini ialah methid dia dalam memperbaiki dirinya lagi. Dan pada hari Ahad ini, dia berceloteh pasal dirinya sendiri yang mementingkan diri sendiri dan terus menerus membiarkan diri bergelumang dalam fana dunia. Namun, dia mengakhirkan dengan kenyataan bahawa dalam kenakalannya itu, dia masih mahu kembali.
Kasihan sungguh kepada yang lain
Terus menerus dalam bermain
Bukannya taktau apa yang sepatutnya
Akalnya ada, ilmu pun penuh di dada?
...Dan dalam rasa kehinaan itu, dalam rasa diri hina atas segala maksiat dan perlanggaran hukum yag telah dilakukannya, dia terpikirkan jugak nasib orang lain di luar sana. Bukannya orangyang dia tak kenal. Bahkan kebanyakan benda mungkar yang dia saksikan, dilakukan samada oleh dia atau orang yang dia kenal. Dan dia rasa lagi kasihan kepada mereka. Lepas tu, dia kutuk dirinya balik sebab dah nampak, dah tau dan dah ada kesedaran tentang semua ini, namun, dia tetap tak berbuat apa-apa. Adakah dia tak berdaya? Adakah dia di halang? Soalnya oleh sapa?
Bukannya taktau
Atau takde ilmu
Tapi kerana diri
Masih diulit nafsu
Akhirnya watak 'aku' dalam blog ini pun mengaku. Jawapan kepada semua persoalan yang timbul sejak mula dia berpantun itu jelas setelah dia tahu apa yang dia nak tahu...
pantun oleh: 'aku' of payabesarpedas
komen oleh: tukang komen
grafik oleh: gogel
pencuri grafik: scuba of akuskizo
laptop: ajak
bilik: ajak
strimik: omak
12 comments:
siap ada pantun tu...
cepatnyerrr? thankss ayaz..ko ni menyemarakkan api kebloggingan ku..
ni yang rasa malas nak balik masjid kuar 3 hari, ni...
pehhhh...pantun yg siap dikupas-kupas tu..saspek wa
tapi x macam pantun pun bro..cam poem pun ade.kalau paper spm,mesti kau score..kekeke
poning jugak kepalo den nak faham wpun dah siap kupas2 :P
terbaik la. aku boleh rasa jiwa kau.
dark: semua benda yang rhyme ujungnya, aku panggil pantun. Dan pantun aku, takde pembayang. Straight ke mesej ajer. Sebab aku rasa, pembayang-pembayang semua tu buang karan jer. Memang dari PMR lagi persoalkan kedudukan pembayang dalam pantun...
Shazmiey:
Pandai tu dak laaa...tapi bila tiba anginnyer, cam air terjun idea tu keluar...
zikeryhassan:
kau boleh rasa jiwa aku? ye ke? kacau tak? jiwa aku keras ke lembut? aku nak tau sebab aku pun tak pernah rasa jiwa aku..hehehehe
lamaaaaaaaaaaaa tak baca pantun :)
hari ahad keluar scuba.
eh nak cuba!
:;pantun dua kerat :)
singgah malam sini..tnet slow
salam..bagus bro..cakna isu semasa..biasa orang lain macam bro tak suka isu semasa..dia orang hanya dudk masjid sahaja..itu salahnya..saya sokong vro
salam isnin..
best ada pantun pulak sini..
pantun??
huz: orang macam saya dok masjid? Saudara huz, diorang dok masjid bukan nak lari dari dunia, tapi sibuk berpikir camana nak selamatkan penduduk dunia
isi pantun sangatlah mendalam
Post a Comment