Friday, November 5, 2010

Atan dan Abu (A ku B udak U nik)

Kita sibuk mencari wali. Sibuk dengan menilai setiap mamat warak yang kita jumpai, nak tau samada dia wali atau tidak. Kenapa nak cari wali? Sebab para wali ialah KAKITANGAN Allah. Kita, kalau nak tau seseorang, kita kena nilai dia dari perbuatannya. Memandangkan kita ni memang tak mendengar walhal mengambil tahu pun apa katakata Allah (membaca AlQuran), dan kalau Allah buat blinking banner at the sky tiap kali Dia rasa tak puas hati dengan manusia pun takkan ada yang dengar,  maka kita akan cuba gunakan method yang sama dalam mengetahui apa pendapat Allah tentang sesuatu yang berlaku pada kita. Kita kena lihat PERBUATAN NYA. Dan perbuatan Nya yang direct ialah perbuatan para wali.

Ini kerana setiap apa yang berlaku dalam alam ini berlaku dengan izin Allah, Pentadbir sekian alam. Takde satu perkara pun yang berlaku dalam dunia ini, terlepas dari pengetahuan Nya. Dan Atas kefahaman ini, kita kena pakai spek makrifatullah. Mencari Allah dalam setiap pandangan kita. Supaya kita tau, apa pendapat Allah tentang sesuatu. Apa mesej yang ingin disampaikan Nya. Para wali hanyalah asbab.

Kenapa kita sibuk nak tau apa pendapat Allah tentang kita? Sebab bila kita dah mati, kita akan dihidupkan semula di kehidupan seterusnya (barzakh>mahsyar>etc) dalam keadaan last sebelum kita mati dulu. Part ni aku malas nak elaborate sekarang. Kita kembali kepada persoalan; kenapa kita nak tau apa pendapat Allah tentang KITA, SEBELUM kita mati?

Ini kerana sungguhpun kebenaran itu (untung nasib kita di kehidupan sana, berdasarkan perbuatan kita setakat ini) akan terbuka juga di saat nyawa di kerongkong, itu sudah terlambatlah maknanya. Buat apa kita tahu kenyataan, andainya masa sudah terlambat? Dah takleh nak buat apa lagi dah? Kita nak tau status kita SETAKAT INI. Adakah aku ni ada chan mati Islam dan akhirnya nantik, setelah melalui neraka dan sebagainya, adakah aku akan masuk syurga ke idak. Sebab kalau nak lihat Allah, tempatnya dalam syurga. Dan aku nak lihat siapakah yang telah menjadikanku. AKu mahu tahu apakah mesejnya, dari Nya sendiri.

Dan bila aku dah tau, maka mogamoga Allah juga akan beri taufik untukku berubah ke arah yang lebih maju lagi. Supaya perjalananku selepas ini lebih selamat. Mogamoga dapat tolong Baginda SAW di sana nantik.


Dan untuk MENGEKALKAN perubahan itu pula, aku perlukan pembimbing. Sapa lagi yang paling layak memimpin hati manusia antara kalangan para ustaz, pendakwah, blogger atau sheikh-sheikh berserban besar dan bermata lebam selain seseorang yang 'telah sampai'.

Kerana orang yang 'dah sampai' maknanya dia 'telah diterima'. Penerimaan bermakna keredhaan. Dan orang sebeginilah orang yang 'berjaya'. Dan orang sebinilah yang kita kena DAMPINGI.

Bukan setakat sebulan sekali datang join majlis zikir, kemudian salamsalam dengan toksheikh atau dapat bermesra dengan beliau, dah nak warwar dia pengikut tarekat itu-ini-hiah. Atau baru sekadar istiqomah zikir dua juta sehari dah nak cubacuba meng explain tentang hakikat. Dah nak pandai-pandai sound-sound orang syiriklah, kufurlah, fasik lah.

Takyah nak tunggu dah mati baru nak lihat Allah. Presence Nya sentiasa ada kepada sesiapa yang MAHU terima presence Nya...



wallahua'lam

3 comments:

Idalara said...

Nak tahu tentang agama wajib ada guru..dan gurunya pastilah yang terpilih dikalangan org yg dipilih Allah..
Mudah2an hidup dan mati kita dalam Iman.. insyallah

± said...

"Presence Nya sentiasa ada kepada sesiapa yang MAHU terima presence Nya..."
macam kes kete viva kat highway tu ke?
kalau one fine day kau dah jadi org yg berjaya tu, jgn lupakan kami yg blom berjaya :)

Irwan said...

aku? berjaya? berjaya masuk neraka kot

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails