Thursday, November 25, 2010

Wali dari Bangi (Wow!)

Sains dan Islam takleh dipisah. Cuma jangan taksub dengan ilmu hingga menggadaikan tauhid

Aku tengah lepak dengan abang karkun. Henpon merakamkan segala titik butir perbualan, macam biasa. Aku takmau terlepas. Setiap perbuatan seorang wali tak menyalahi 4 mazhab, adab atau sunnah, malah ada koman-koman 12 hikmah di dalamnya. Sedang aku berceloteh ni, air minuman pun sampai. Macam biasa, kami sedang menunggu seseorang sebagai mangsa 2 jam setengah kami untuk hari ini. Kami melihat minuman kami dihidangkan oleh budak Siam tu. Abang karkun mencengkam pergelangan budak tu. Macam biasa.

"Mu dah mmm-maayei?" tanya abang karkun. Budak siam tu macam dah biasa;

"Dohhhh, beiiiii" jawabnya menandakan dia sudah solat Zuhur. Abang karkun tersenyum dan melepaskannya semula mencari sesuap nasi. Setelah mengecheck takde semut atau lalat dalam gelasku, aku mengangkatnya nak mulakan tegukan pertama. Aku baca Bismillah dalam hati.

"Baca Bismillah, sebelum makan minum" tegur abang karkun.
"Dah baca dalam hati" jawabku pendek.
"Kena baca secara lisan, macam Baginda SAW buat, baru dapat fadhilatnya"
kata abang karkun.

"Fadhilat?" tanyaku. Aku bulatkan mata tanda aku nak abang karkun kembangkan topik ini.

"Setiap perbuatan yang dibuat cara sunnah, akan dapat ganjarannya di dunia dan akhirat"
mula abang karkun. Aku berminat.

"Bila kau baca Bismillah secara lisan, barulah air dalam gelas tu dengar dan malaikat pun dapat catit. Sebab yang tahu apa isik hati ialah Allah saja. Yang lain, cuma dapat dengar. Kalau kau cakap lam hati, sapa yang dengar?" sambung abang lagi.

"Contoh cam salam. Orang bagi salam secara lisan, maka jawabnya pun lisan lah. Camana kau nak tau orang tu bagi salam dalam hati yang kau gi jawab dalam hati, tu?" usik abang karkun. Dia mengingatkanku pada kejadian masa ghash semalam masa aku bagi salam kat sorang pakcik tu, tapi dia tak jawab. Dia terus berhujah jer dengan abang karkun. Bila di tegur, dia kata dia dah jawab dalam hati. Camacam la Melayu, ni.

"Bila kau baca Bismillah pada air minuman, frekuensi bacaan kalimah itu menjadi asbab molekul air ni berubah bentuk. Ia menjadi rupa macam kristal ais yang bercorak geometri-organik. molekul air yang tak dibacakan ayat Al-Quran berupa ganjil. Ada rupa cam setan pun ada" sambung abang karkun tetiba.

"Ohhh, sebab tu orang bawak air masa baca Yasin setiap malam Jumaat, tu?"
tanyaku, cuba mengalihkan topik. Masa rakaman dah nak habis. Aku kena stop yang ni sebelum mula yang baru. Kalau tidak, tak dapat rakam sebab kuota satu fail ialah: adalaa kilobyte dierr..

"Abih tu, kalau tak baca Al-Quran, takper arr? Main dengar jer. Effect sama gak. Frekuensi, gak"
cucukku cuba mencungkil.

"Tu lain. Masa baca AlQuran, seluruh isik dalam badan, serta badan, kulit walhal buku mata sekalipun bergetar mengikut bacaan Al-Quran. Lain effectnya berbanding MENDENGAR sebab masa mendengar, yang bergetar hanyalah gegendang telinga" jawab abang karkun.

"Mana orang tu, bang? Dia kata nak datang pukul berapa?" cubaanku mengalihkan topik.

"Kau jangan nak alih-alih topik" kata abang karkun. Maka aku taulah bahawa rakaman yang ini berhenti takat ni dahulu.

7 comments:

± said...

aku penah terbaca pasal bentuk molekul air yg dibacakan ayat Al-Quran ni dalam email.memang menakjubkan.sebelum ni amik mudah je masa nak minum, kdg2 lupa pun ade gak..huhu

ada sambungan lagi tak scuba?

Irwan said...

sambungan untuk artikel wali dari bangi atau sambungan cerita ni atau sambungan info tentang molekul air? hehehe

± said...

sambungan utk interbiu wali dari bangi la...mesti byk topik lain lagi yg korang borakkan.cter pasal air tu pun ye gak.sebab abg karkun cam ada benda nak tambah lagi je tu..saje je kau poton stim

Nekmo said...

err...sgt cntik...
tq ek share info..
tak tau sal jwb dlm ati tu b4 ni.. ^___^

Nekmo said...

tapi an..cene lak org yg bisu?
dia xleh nak luahkan salam dia?

MOHD AMLI BIN ISMAIL said...

bloger karkun...bru jmpa....

Irwan said...

nenek moden: kalau org bisu, itu dah daruriyah laaa

Amli: ex blogger namun masih mahu jadi karkun walaupun dah tahap stone cold (sejuk)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails