Saturday, October 2, 2010

Wali Dari Bangi (the trip to BaitulMaqdis)

Lion Gate


"Abang ni komfidenn jer nak masuk masjid tu" kataku tak percaya. Kami baru sampai ke kawasan masjid. Kami perlu menapak ke dalam masjid kerana takde kawasan yang boleh parking UFO.

Soalanku masih tak terjawab. Brader dan abang karkun berjalan laju ke arah masjid. Kelihatan 3 orang tentera yang aku tahu Israel menjaga pintu masuk. Semua orang diperiksa. Orang tua, kanak-kanak, bahkan jurugambar RTM3 yang membuat liputan tentang Masjid Al-Aqsa barubaru ni pun turut dicheck memory card nya..Kami semakin menghampiri. Aku ushar brader dan abang karkun kat depan yang fokus kepada berjalan masuk. Kelihatan krew Jejak rasul sedang main angkat-angkat tangan dengan pengawal bersenjata Yahood itu. Aku rassa cuak. Apsal aku cuak? Apsal aku berdebar? Walhal aku tak rasa apa-apa masa tinggalkan puasa...


Dari kejauhan lagi abang karkun mengangkat tangannya ke arah pengawal itu. Mereka semua memandang jemaah kami bertiga serentak. rasa cuakku semakin tak tertanggung. Kulihat brader. Ku ushar abang karkun. Ku lihat mulut abang karkun terbuka slowmotion nak mengucapkan sesuatu:

"Assalamualaikummmm" bunya salam trademark abang karkun. Aku terflashback sekejap saat camana aku mula-mula bertemu beliau. Dan sekarang ni, aku mem follow dia memasuki Masjid Al Aqsa MELALUI pengawal Israel bersenjata.

Pengawal tu sumer hanya mengangkat tangan mereka serentak menyahut salam abang karkun. Ada juga kelihtaan yang tersenyum melihat presence abang karkun. Jemaah kami melintasi pintu masuk dengan mudah. Selepas melambai kepada kami, pengawal Israel tersebut menyambung aktiviti mereka membuli kumpulan dari RTM3 tadi. Brader, abang karkun dan aku berjalan laju menuju ke satu sudut di dalam kawasan masjid yang besar ini.  Kelihatan seorang tua sedang duduk di atas tikarnya melayan perasaan dengan biji tasbihnya.

Gambar curi

Dari jauh lagi aura kewaliannya jelas terpancar hinggakan aku terasa bagaikan terbakar dengan kehampiranku dengannya. Bila brader dan abang karkun bersalam dengannya, mereka seolah hilang dalam kilauan cahaya orang itu. Aku terhenti berjalan. Hatiku bertasbih kepada Allah atas penglihatan ini. Kilauan cahaya itu berkilau-kilau tiap kali brader atau abaag karkun menggerakkan tangan mereka cuba meng explaian sesuatu kepada orang itu. Aku masih bertasbih sambil menahan pancaran dan 'bahang' kehadiran orang itu dengan tanganku. Aku lemas dalam auranya. Mataku terik. Telingaku bingit seolah-olah berada di tepi air terjun yang hebat. Belakang leherku rasa lenguh dan aku meletupkan sendi di leher. Tak terdaya lagi aku memandang mereka yang bermain dalam kilau terang. Aku tertunduk. Aku lelapkan mata. Aku beristighfar.

Kalau tau, semua orang berebut nak Azan

Tup tup aku dah ada kat sini, pegang microphone. Abang karkun suruh aku bang pulak tu dan ada beberapa orang jemaah tempatan dan orang Melayu dan lain-lain (jemaah tabligh, kot?) kat belakangku.

Tiungggggggg. 

Berdesing bunyi microphone tu menunggu aku azan. Pukul berapa sekarang? Bang Subuh, ke?

4 comments:

± said...

aku cam agak blur ng story ni.tp bro mmg ikut crew rtm3 ke masjidil aqsa ke? aku ade tgk kat tv ritu..tahniah la kalau kau mmg turut serta.bkn senang nk dpt peluang camtu

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan. Selama ana ikut blog anta, ana rasa artikel anta lah antara yg mempotretkan hidupan sorg karkun metro. Terhibur mbaca artikel anta tapi dlm masa yg sama bnyk unsur tazkiyatun nafs n fikir nabi. Moga Allah terima anta n blog anta sbg asbab hidayat. Apa2 pun 5amal maqami n solah+zikir infradi jgn lupa.

Untuk para pembaca yg xpaham sstgh kandungan artikel irwan sab, strictly riwayat para karkun readings, disarankan agar keluar 3hari dgn jmah2 masjid tempatan tuan. Kasi zouk itu jiwa dgn iman agar tuan dpt faham bahan bacaan iran sab dgn fikir, semangat dan fahakan yg betul. Semoga Allah trima kita smua sbg penyambung usaha rasulullah saw n sahabah ra.

Irwan said...

salm tuan...jazakallah..patutlah dalam minggu ni dapat rasa aura ke karkunan tu menebal...

karkun readings = wali dari bangi

tarekat readings = kisah para wali

melayu = interview dgn wali

dua pihak yg ikhlas ni (karkun dan tarekat malaysia) selalu bertelagah..tak citer lagi pejuang politik, ekonomi dan hukum sayriah kat malysia ni.

kita semua da peranan dan takde sapa lebih baik dari sesapa.

ni yang lebih saya pentingkan.
Nak jadi Imam Ghazali la konon...Cheh!


terima kasih atas tazkirah untuk kekal amalan tu...Setakat ni, say tumpukan pada Dia (kerja buat jugak, tapi ikut nafsu- bila senang buat, bila susah, claimmm)


personal note: Den tau kau sapo. Takyah nak anon-anon do...

hehehe

;p

Irwan said...

kpd dark half: aku mmg pergi ke sana. Kitorang paking UFO kat sebelah kiri lion gate.

Cuma terserempak jer dgn puak RTM3 yang berbakel batman..kahkahkah

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails