Wednesday, October 20, 2010

Wali dari Bangi (Salah Faham)




"Bang" panggilku pada abang karkun. Mungkin dia tak dengar sebab bunyi penyapu lidi di simen kasar yang dihayunnya menenggelami bunyi suaraku. Abang karkun masih terbongkok-bongkok menyapu dedaunan kering di depan masjid tempat kami keluar ni. Aku pulak dok ngadap laptop (yang aku pinjam dari student yang keluar dengan kami), cuba nak cari idea nak update blog (hehehe).

"Bang!" teriakku dalam pitch yang lebih nyaring. Kelihatan beberapa ekor kelawar yang bermastautin di celah atap masjid berterbangan lari, terkejut mendengar suaraku. Abang karkun terhenti menyapu. Dia mengangkat keningnya sambil memberikan pandangan "Ada apa?" padaku. Mungkin mode membaca fikirannya sedang off sebab dia tak dapat membaca fikiranku macam biaser. Mungkin juga sebab dia dok fokus pada dedaunan kering yang berselerak depan masjid ni hingga terlupa akan duniawi. Dia menstretchkan pinggangnya sebab dok terbongkok-bongkok menyapu.


"Abang menyapu lawan arah angin la" kataku sambil memuncungkan bibirku menunjukkan ke arah kawasan yang baru disapunya tadi dipenuhi daun semula setelah ditiup angin. Abang karkun pergi ke spot itu dan menyapu daun di kawasan itu.


"Terima kasih atas teguran kau" mula abang karkun.


"Kita kena terus menyapu dan terus menyapu" katanya. Aku buat muka berminat, sedangkan jemariku sedang terketap-ketip menaip setiap butir perbualan kami. Henpon aku tengah caj, jadi aku tak dapat nak record cam biaser.


"Kenapa abang tak tunggu angin berenti dulu, baru sapu? Kan redundant ajer abang menyapu daun kering ni, time-time camni?" usik aku agar dia menyelam lebih dalam.

"Kita dalam usaha ni, macam nilah. Kita takleh nak tunggu timing yang sesuai dengan kita, baru kita nak buat kerja" katanya lagi. Aku mengerutkan keningku tanda tak paham.


"Setiap masa, angin dunia meniupkan daunan kering ke hati kita. Dan hati kita, umpama laman masjid ini, akan sentiasa dipenuhi daun" sambungnya lagi.


"Kalau kita nak tunggu angin berenti, maka banyaklah daun yang kita kena sapu nantik. Takut pinggang pulak tak tahan" katanya sambil menge stretchkan lagi pinggangnya.


"Jadi, kita kena sentiasa menyapu, lah?" tanyaku.
"Ye. Dan menyapu pulak, kenalah dengan ilmu. Kalau tidak, akan jadilah macam aku tadi; menyapu lawan angin. Apa kau kata? Redundant? Dah sapu tapi tak bersih-bersih. Kena sapu dua tiga kali" tanya abang karkun padaku.

"Makan dalam lah mesej abang ni" kataku memuji. Abang karkun bermuka series.

"Dari kau taruk pedang kat leher aku, baik kau ambik penyapu ni dan tolong aku menyapu. Dok main internettt, jer kerjanya" abang karkun menghulurkan penyapu lidi padaku.

"Ta'atttt ya, amer!" kataku melawak sambil meletakkan laptop dan menyambut penyapu lidi tadi. Aku pun mulalah menyapu.

"Dan bila menyapu tu bro, niatkan supaya Allah bersihkan hati kita, sebagaimana usaha kita nak bersihkan laman masjid ni. Baru ada hasil dunia akhirat" katanya lagi.

Aku pun faham. Aku pasang niat dan mulalah menyapu. Baru dua tiga kali hayun, aku mula terasa sakit pinggang. Aku pun meluruskan posisi badanku dan menge stretchkan pinggangku.

"Kau ingat nak bersihkan hati tu senang?" usik abang karkun.
"Menyapu daun lawan angin ni, lagi senang dari nak menyapu kotoran dunia di hati kita" kata abang karkun.

"Dan labih bagus kalau ada yang tolong perhatikan kita sebab kengkadang kita tak perasan kalau kita missed a spot" katanya lagi. Pergh. Banyak info nak kena ingat ni...


"Jom pekena sepam dulu, bang. Kang dah Asar tak sempat pulak" ajak ku pada abang karkun untuk pergi membayan jin (isap rokok) di port kami di belakang masjid. Budak-budak pun tengah tido ni. Line clearrr. Kalau tak kang, kena tunggu tengah malam baru dapat isap. Takleh isap depan budak-budak. Kang dia join pulak kang. Siap pau lagi.


"Tu lah dia. Baru dua tiga kali hayun, dah nak rehat. Dah nak bertangguh" kata abang karkun yang mula mengorak langkah ke belakang masjid. Aku tersengih dan meninggalkan penyapu dan membawa laptop budak student tu mengekori abang karkun. Hehehe. Apa nak jadilah karkun zaman sekarang...Hish..Abang karkun, abang karkun.

"Kau yang ajak aku, kau salahkan aku pulak" kata abang karkun dari depan. Aku rasa telanjang bila pikiranku dibaca tibatiba macam ni. Takpe, dah biaser...

3 comments:

Dark Half said...

pehh...siap record tu
mesti kau tgh best kan?hari2 berdialog dgn karkun

Irwan said...

biaser jer..kalau berdialog dengan Dia lagi best...

Anonymous said...

Berminat untuk berpetang bersama abang karkun. Boleh ke?

-Budak semban-

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails