Wednesday, October 20, 2010

Interview dengan Wali (Salah Faham)



"Solatlah seolah-olah itulah solat kamu yang terakhir. Bekerjalah seolah-olah kamu hidup lagi esok hari" kataku mengulangi quote yang aku baca malam tadi pada brader bus stand.

"Apa yang kau faham dari ayat tu?" tanya brader padaku. Aku baru nak tanya dia, dia pulak yang tanya aku dulu. Tak acilah camni.


"Kita kena usaha untuk kusyuk dalam solat dengan membayangkan itulah solat kita yang terakhir" kataku. Mudah. Aku selalu dengar benda ni.


"Bagus. Lagi?" tanya brader lagi.
"Kita kena bekerja dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita nak hidup selama-lamanya" sambungku.


"Bagus. Sungguh bagus kesalah fahaman kau" kata brader. Huh? Salah faham?
"Apa maksud abang?" tanyaku spontan. Aku mengeluarkan sebatang rokok nak isap. Bas pun lagi seploh minit. Sempat lagi ni. Rokok aku kepit di bibir. Aku menyeluk saku-sakuku mencari lighter. Tiba-tiba brader mengambil rokok dibibirku sambil buat isyarat jari simbolik 'katakan tak nak pada asap rokok' macam dalam iklan kat TV barubaru ini. Aku tersedar.


"Ayat tu simple jer sebenarnya. Ia menyuruh kita mengutamakan ibadat dari kerja" kata brader. Cam biasa, aku mengerutkan keningku tanda aku nak dia explain dengan lebih lanjut.


"Kalau kita dah tau kita nak mati, adakah kita akan tangguhkan solat kita?" tanya brader. Aku menggerakkan bijik mataku ke bucu kanan mataku. Kemudian ke bucu kiri tanda aku sedang men digest kata-katanya. Kemudian brader sambung lagi:


"Dan kalau kita boleh hidup selama-lamanya, tangguhkan dulu kerja kita ni. Pergi sahut seruan azan tu dulu sebab kita dah nak mati dah ni". Aku gerakkan lagi bijik mataku tanda aku sedang berpikir.


"Dan kau boleh berenti berlakon macam kau baru dengar benda ni" kata brader sambil menujal bahu kananku. Adoilaaaa..Penyakit abang karkun dah berjangkit kat brader pulak. Sesemut bahuku ditujal oleh brader. Dia ketawa. Aku pun ketawa. Bas pun sampai. Aik? Cepat pulak bas ni? Kami berdiri dan bersedia nak naik bas.


"Tu sebab aku tak kasi kau isap rokok tadi. Memang tak sempat nak abis der" kata brader. Kami menaiki bas dan menuju ke tempat kerja masing-masing...

2 comments:

Dark Half said...

ingat ke kau x smoking

Irwan said...

sedang dalam usaha nak berenti (sambil menyalakan sebatang lagi, dan menghembuskan asap dalam bentuk O)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails