Tuesday, October 12, 2010

Wali dari Bangi (Mesyuarat)



"Assalamualaikummm" salam abang karkun kepada semua. Atan, Abu, brader, abang karkun dan aku sedang bermesyuarat. Kami duduk dalam bulatan. Kebanyakan kami tak tau apa yang nak di mesyuaratkan. Mungkin brader dan abang karkun punya idea ni. Takpe. Kita taat. Lagipun, abang karkun ialah amersab kitorang bulan ni.


"Keadaan di Tebing Barat semakin genting. Kita tak boleh tunggu ummat Islam nak solat Subuh secara berjemaah seperti ramainya solat Jumaat baru nak bertindak" kata abang karkun sebagai mula. Kami memasang telinga.

"Aku dah dapat tugas dari syura untuk mengumpulkan jemaah dan berangkat ke Tebing Barat" kata abang karkun lagi. Kami excited. Cayalah. Aku suka misi-misi sebegini dari keluar 3 hari sebab takyah nak fokus sangat jaga adab dan jaga fikir risau. Misi sebegini biasanya fun. Pergi pun mesti pakai magik. Kengkadang naik UFO. Kengkadang main lipat bumi. Aku harap kalini ada kelainan...

"Dalam mesyuarat ada kebaikan, maka aku mesyuaratkan diri aku" kata abang karkun. Ohhh. Dia nak mintak pendapat untuk ke Tebing Barat rupanya. Abu dan Atan angkat tangan. Kami mengamalkan konsep isyarat tangan dari menunggu giliran dari kanan ke kiri. Sebab kengkadang idea datang dan idea pergi. Sambil menunggu kang dah lupa. Aku selalu camtu.

"Abu?" tanya abang karkun. Abang karkun memang suka dengar idea Abu sebab Abu tu hati kering sikit. Idea Abu pun dahsyat-dahsyat gak. Memang tahap 'plan 5 tahun akan datang sekali rap'.

"Solat dua rakaat" jawab Abu. Brader menepuk bahu Abu tanda syabas. Atan masih mengangangkat tangan.

"Atan?" tanya abang karkun nak jaga hati.
"Buat solat hajat" kata Atan. Kitorang sumer memandang Atan. Atan buat muka blank2 cute. Abang karkun memandang pada ku. Aiseh. Aku dah pikir tadi. Dah lupa plak.

"Brader?" tanya abang karkun pada brader bus stand pula. Brader bus stand mengisyaratkan bahawa dia bersetuju dengan Atan dan Abu.
Aku mula terasa pressurenya. Aku mesti kasi syor yang lain.

"Kita semua solat dua rakaat" kataku. Abang karkun mula menimbang kesemua syor kami. Kami semua terdiam menunggu keputusan amer.

"Kita semua solat hajat selepas solat Zuhur nantik" kata abang karkun. Aku beristighfar. Atan, Abu dan brader mengucapkan syukur...
Haru betul kalau ghaib camni...

Kami semua bersolat hajat secara berjemaah selepas solat Zuhur dan selepas kami bagi salam, abang karkun diliputi oleh kabus tebal dan menghilang. Kami semua bertasbih kepada Allah...

1 comment:

Anonymous said...

Pembohong lagi

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails