Tuesday, October 12, 2010

Atan dan Abu

Semua bertutup tapi suara Maklang tetap menghiasi ruang gegendang Atan (gambar curi)

"Ontah hapo, di buek eh dalam bilik tu lelamo, agak eh? Sonyaaaap yo. Kok isap dadah, takpo yo. Jangan kang pintu nak kono ghompoh, jumpojumpo dio dah koghing mati togantung, yo. Camacam kes orang gilo, sekarang ni" tempik makcik Rahmah dari luar pada pagi tu.

Atan berkalih tempat. Tibatiba katil tempat yang dilepaknya dari tadi terasa rimas. Atan bingkas bangun. Nampak cam hangin jer muka dia. Mungkin kerana intro dari maklangnya tadi membuatkan paginya terasa sempit. Mungkin kerana pundi Atan dah penuh. Atan mencapai towel dan meluru ke bilik air. Atan menolak pintu bilik air. Tapi ia berkunci dan dahi Atan terhantuk di pintu. Ada orang dalam bilik air. Atan menggosok dahinya yang sakit. Hmmm. Setakat ni, hari Selasanya berjalan lancar...

"Assalamualaikumm" trademark abang karkun cuba ditiru pula oleh Abu. Atan tersenyum sorang. Tah kenapa dia happy mendengar suara Abu.
"Wa'alaikumussalam" jawab Atan dari pihaknya. Scene terbelah kepada dua. Sebelah kira Abu dan sebelah kanan Atan. Masing-masing memegang henpon masing-masing, sednag berkomunikasi.
"Awak tak nerr?"..."Kiter tak tini"
"Katne?" tanya Abu.
"Umah" jawab Atan. Dia takmau berbunyi seperti kegersangan.

"Watper?" tanya Abu lagi. Kedengaran bunyi orang berbisik seperti bersedia untuk sesuatu di latar belakang Abu.

"Monungg" adu Atan. Dari intonasinya, Atan mencadangkan agar Abu mengajaknya keluar jalan-jalan sekarang. Dia nak lari dari kebingitan rumahnya sejak kepulangan maklang. Dia nak keluar tengok orang sambil menenangkan fikirannya yang kacau dari hiruk-pikuk rumahnya yang semakin sempit sebab dia dah dekat 7 bulan menganggur. Atan nak...

"Aku datang sekarang" kata Abu. Henpon dimatikan dan scene menjadi satu dan tertumpu pada Atan. Atan happy dalam keterkejutan kerana Abu begitu memahami. Adakah Abu boleh baca fikiran? Adakah Atan dah cukup bagus dalam persuasive communication? Adakah itu? Adakah ini?

Atan dan Abu dalam keta Abu. Atan yang drive sebab selalunya memang gitu. Lagipun, Abu tu pemalas orang nya. Dia duduk menyandar dengan selesanya sambil tingkap kereta dibuka luas.

"Kita nak gi ner?" tanya Atan excited. Abu kalau duduk menyandar camtu, mesti ada plan best punya.

"Mana lagi? Pergi cari kerja, lerr" jawab Abu rilek. Abu mengeluarkan henponnya dan menekan speed dial. Scene berubah menjadi dua dengan Abu di sebelah kiri. Sebelah kanan masih blank sebab kita tak tau sapa yang dihubungi oleh Abu kerana nada dail masih berdengung. Panggilan di angkat. Kelihatan seorang brader bus stand sedang duduk di sebuah bus stand di Kg Kerinchi.
Bukan brader bus stand


"Ambik aku kat tempat biasa" kata brader. Belum sempat Abu yang si pemanggil nak bagi salam, dahhh dapat order seterusnya. Atan dan Abu meluncur laju di Federal Highway.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails