Friday, October 8, 2010

Kisah Para Wali (Sahl dan bermain dengan hati)

Nafsu suka gertak kita dengan gastrik


...Hatinya bersetuju untuk tidak meminta apa-apa lagi. Tetapi ketika sampai di kota Kufah, hatinya berkata:

"Hingga sejauh ini aku tidak pernah meminta sesuatu pun darimu. Tetapi pada ketika ini aku ingin sekerat roti dan sepotong ikan. Berikanlah sepotong roti dan ikan kepadaku dan engkau tidak akan kuusik lagi sepanjang perjalanan menuju Makkah"

Ketika memasuki Kota Kufah, Sahl melihat sebuah penggilingan yang digerakkan oleh seekor unta. Sahl bertanya:

"Berapakah yang kamu bayar untuk menggunakan unta ini?"
"Dua dirham!"
"Lepaskanlah unta ini dan ikatlah aku sebagai penggantinya. Berilah satu dirham untuk kerjaku hingga waktu Isyak nanti"

Unta itu dilepaskan dan tubuh Sahl diikat kepada penggiling itu. Setelah malam tiba, ia pun menerima upahnya sebesar satu dirham. Dengan wang itu dibelinya sepotong roti dan sekerat ikan dan diletakkan didepan dirinya. Sahl berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai hati, setiap kali engkau mengkehendaki makanan ini ketahuilah olehmu bahawa engkau harus melakukan pekerjaan seekor unta dari pagi sehingga matahari terbenam untuk mendapatkannya"

6 comments:

± said...

orang yg bernama Sahl ini sungguh hebat!

Cikgu Nurin said...

bolehkah kita seperti Sahl?

Irwan said...

Kita MEMANG seperti SAHL.
Cumanya kita memilih untuk MENURUTKAN hati (kerana takutkan gertakannya seperti dalam caption di gambar pertama).
Dan sebab kita PILIH untuk menurut itulah, KITA yg dipertanggungjawabkan di kemudian hari, bukan setan yang menghasut, bukan nafsu yang meracun, tapi kita! KITA!

Aqeel said...

penuh makna dan banyak message :)

Anonymous said...

Saya suka cerita mcm ni. Tmksh.

Irwan said...

Anon,

Cerita ini apply kepada mereka yang masih punyai hati yang mendengar. Dan mereka boleh dengar pula suara hati mereka.

Adakah kita dengar suara hati kita?
Dan bila dah dengar, adakah kita ikut?
Atau camana?
Haaaa

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails