Friday, October 8, 2010

Kisah Para Wali (Sahl dan necromancer)

Necromancer sebenar betul-betul bercakap dengan empunya roh

Pada satu hari, ketika Sahl sedang duduk berserta sahabat-sahabatnya, lalulah seorang lelaki. Sahl berkata:

"Orang itu mempunyai satu rahsia"

Ketika mereka manoleh, orang itu telah pun pergi.
Setelah Sahl meninggal dunia, salah seorang muridnya duduk di makan Sahl, lelaki tadi lalu pula di situ. Murid Sahl menegurnya:

"Syeikh yang terbaring di dalam makam ini pernah mengatakan bahawa engkau mempunyai satu rahsia. Demi Allah Yang telah Memberikan rahsia itu kepadamu, tunjukkanlah kepadaku"

Lelaki itu menunjuk ke makan Sahl dan berseru:
Necromancer yang ni sekadar bercakap dengan jin jer...

"Sahl, berbicaralah!"

Dari dalam kubur, terdengarlah suara yang lantang:
"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan Tiada bersekutu"

Lelaki itu kemudian bertanya:
"Telah dikatakan: barangsiapa yakin Tiada Tuhan Selain Allah, maka tiadalah gelap baginya di dalam alam kubur. Benarkah demikian Sahl?"

Dari dalam kubur itu terdengar jawapan Sahl:
"Benar!"

6 comments:

± said...

aku suka baca kisah² wali kat sini..

as an all-rounder, aku pernah enjoy Necronomicon's stuffs (kesan pengaruh abg aku), wiki-wawa all about it tapi cerita ni hanya aku jumpa kat payabesarpedas. hope to read more great short stories in here

Irwan said...

entry ni sebenarnya nak jawab ada segolongan fanatik freemason yang ketawakan aku masa aku post entry yang ni yang cerita pasl Yahood sibuk dengan ilmu 'speaking with the dead'...

Cerita membuktikan ilmu itu ada. Tetapi necromonicon yg dipopularkan oleh Crowley BUKAN lah ilmu necro yang Allah bagi apda watak dlm cerita ni...

Perbezaan antra ilmu diorang dgn yang asli diterangkan melalui caption di bawah gambar dalam entry ini..

Paham tak? AKu pun pening la

± said...

dr apa yg kau cuba terangkan, apa yg aku faham adalah: gambar yg atas tu adalah necromancer yg sebenar (first time tgk pic tu)

yg kat bawah tu adalah yg biasa kita dengar dan dihebahkan selama ni oleh golongan yahood

orang yg ada ilmu tarekat dikatakan boleh bercakap dgn org mati tapi aku x tau sejauh mana kebenarannya

Irwan said...

bukan orang ilmu tarekat. Itu adalah orang yang nak ikut jalan kesufian. Dalam jalan ni, banyak benda magik macam berjalan atas air, cakap dengan jin dan orang mati. Tapi orang sufi tak heran sumer benda ni.

Yang diorang heran ialah Allah. Tu yang kata:

"Ia bermula dengan kekaguman. Kemudian penglihatan. Kemudian kefahaman. Kemudian keakuan. Kemudian penyatuan. Kemudian pengabdian. Kemudian kekaguman balik.." kata brader bus stand.

Amenda, ni brader?

± said...

hehe..patut la kau kekaguman ngan brader bus stand tu kan?

aku pulak kekaguman ngan pengalaman dan dialog antara korang yg kau share kat blog ni

byk btol step kena lalu tu..

Irwan said...

jalan nak ke syurga tu ingat senang ke?

hari0hari baca 'ihdi nas siro tol musta qim' dalam al Fatihah..Jalan yang lurus. Jalan lurus bermakna kena rempuh gunung, lembah, sungai, belantara, etc (ingat senang ke?)

Apatah lagi jalan kepada Nya

Tapi jika dilakukan dengan taqwa pada Allah, senang jer...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails