Thursday, October 7, 2010

Interview dengan Wali (falsafah ketayap)

Cuba teka serban siapa?

"Bang, kenapa kita tak tinggal pakai ketayap? Nabi SAW tak tinggal ke, pakai ketayap?" tanyaku pada brader. Brader pandang aku. Soalanku memang tak diduga nampaknya. Atau tahapala yang dipikirnya tadi tu.

"Abang karkun kau cakap, Baginda SAW masa keluar rumah; berserban, masa dalam rumah; berketayap" jawab brader. Dia pusing sanad ke abang karkun nampaknya. Bijak-bijak...

"Kenapa abang berkupiah?" tembakku tibatiba. Brader lebih mudah dikejar dari abang karkun. Brader berhati-hati semasa menjawab soalan aku. Ini memberikanku masa untuk merangka soalan kedua dari angle yang dia tak sangka. Dan soalan kedua mesti bersambung straight lepas brader habis explain. Baru dia takleh baca pikiran aku...Heh-heh-heh. Bisik hatiku.

"Sebab kau pandang rendah pada orang lain, aku bagitau kau ni..." kata brader sambil tersenyum. Aisehhh..Dia dah baca lahhh..

"Berketayap mengingatkan kita, kita ni agama apa. Dengan berketayap ni, kita berpikir dua kali sebelum nak ke tempat lagho atau nak buang sampah keluar dari kereta (Hadooii!)"

"Berketayap ni membuatkan kita menjaga akhlak kita takut orang memfitnah orang berketayap yang lain"

"Berketayap ini, membuatkan kita lebih tenang dalam berfikir. Cuba bandingkan keadaan hari Isnin dengan dan tanpa ketayap, kalau tak caya"

"Berketayap ni melindungi ubun-ubun kita dari dibuat lawak oleh setan" kata brader. Dia tersenyum sambil angkat kening kat aku. Aku terdiam.

"Amacam?" tanya brader.

"Apa akan jadi kalau saya pilih untuk tidak berketayap?" tanyaku sebagai anti climax.
Seiras brader bus stand. Minus the sleeveless

"Takde apa" jawab brader pendek. Tapi aku berpuashati dengan jawapan itu.

5 comments:

± said...

kewl btoi lepak ngan geng karkun...slamber je jawapan tp makan dalamm..hehe

anding folo skali ke?

Irwan said...

Tak ah. Anding tu sebagai alat nak tarik peminatnya ke blog ni jer...

Dia tengah naik sekarang. Sekali dengan watak budak emo dalam 'Hotel Maniam' tu

± said...

btw,aku nak cuba teka..serban rasulullah ke?

bila anding main hotel maniam, aku dah kurang berminat nak tonton lakonan dia. aku paling suka watak dia dalam siri 'Ghost'sebagai Alam,sorg pesakit mental yg ada kelebihan psikik... tema yg x common dlm drama tempatan but it's the best of his...

tgh tunggu crossings kat ntv7 mlm ni..belum tgk lagi

sorry bro, lari dari topik wali dah ni.. nmpak sgt jiwa keduniaan

Irwan said...

biaser arrrr..Akhir zaman...Iman kulit bawang maa...Ko cina ke india ke apa ni? senang aku nak target entry untuk kau nantik...

± said...

aku ni cam astro bro, semua adaa..haha..senang ckp chindian kot,tapi kat ic chinese

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails