Saturday, September 11, 2010

Ahmad bin Khazruya (Berlawan dengan diri sendiri)

Perangi Nafsu


Beliau telah menceritakan sebagai berikut:

Telah sekian lama aku berlawan, dengan nafsuku sendiri. Suatu hari orang ramai pergi menuju ke medan perang. Di waktu itu aku ingin turut serta lantas aku memujuk hatiku dengan menceritakan ganjaran-ganjaran yang akan Allah berikan di akhirat kelak. Hatiku terus bersetuju. Aku merasa hairan kerana biasanya hatiku susah untuk menerima kehendakku. Tak seperti sekarang ini. Mungkin ini berlaku kerana aku sentiasa berpuasa sehingga batinku tidak dapat lagi menanggung lapar lebih lama dan ingin agar aku menghentikan puasaku.



Lalu aku bertekad, "Aku akan berpuasa terus selama perjalanan."
"Aku sangat setuju,: jawab batinku.
"Mungkin batinku berkata demikian kerana aku boleh melakukan solat disepanjang malam dan ingin agar aku tidur dan beristirehat di malam hari."
"Aku tidak akan tidur sebelum fajar" tekadku pula.
"Aku sangat setuju," jawab batinku.

"Gua dah taknak main spider-spider lagi Syawal nanti"
Aku merasa semakin hairan. Kemudian terfikirlah olehku bahawa mungkin batinku berkata demikian kerana ingin bergaul dengan orang ramai, jemu dalam kesepian dan memerlukan hiburan.
Maku aku pun bertekad: "Kemana pun aku pergi, aku akan menyendiri dan tidak akan pergi bersama orang lain."
"Aku setuju sekali," hatiku menyetujuinya. Habislah sudah usahaku. Dengan segala kerendahan hati, aku bermohon kepada Allah semoga Dia berkenan menunjukkan kepadaku tipu daya batinku, atau memaksa batinku untuk mengaku secara terus-terang kepadaku. Maka berkatalah hatiku kepadaku:

"Setiap hari dengan mengekang segala keinginanku, engkau telah membunuhku beratus kali, tapi orang lain tidak mengetahui ini. Di dalam pertempuran-pertempuran nanti, setidaknya engkau akan terbunuh, aku bebas dan seluruh dunia akan gempar dengan berita Ahmad bin Khazruya yang gagah perkasa telah mati terbunuh dengan mahkota syuhada di atas kepalanya"

"Maha Besar Allah yang menciptakan batin yang munafik, baik selagi hidup mahupun sesudah mati. Engkau bukanlah seorang muslim sejati di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Aku sangka kau ingin mentaati Allah, rupanya engkau sekadar menguatkan ikat pinggangmu," kataku.
Sejak saat itu, aku melipatgandakan perjuangan melawan batinku sendiri.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails