Friday, August 27, 2010

Wali dari Bangi (persiapan nak keluar 3Hari)

Aku tengah melayan kepala sambil bermain gitar di bilik aku. Tibatiba:
"Assalamualaikummmm" salam orang dari luar bilik. Cam kenal jer intonasi ni? Abang karkun?
"A'ah" jawab abang karkun sambil membuka pintu bilik aku dan mempersilakan brader bus stand dan dirinya sendiri untuk masuk ke dalam. Aku parking gitar dan membuat sedikit ruang untuk mereka. Memandangkan ruang bilik sewa aku ni sempit, diorang aku persilakan duduk atas katil, sementara aku berdiri di tepi, mempersilakan mereka duduk macam orang Jepun. Brader bus stand tercari-cari mana nak duduk. Alah. Cover jer tu. Biaser la. Wali. Aku mengibas-ngibas satu sudut di tilam kepamku untuknya. Dia duduk di situ. Abang karkun terus menyusul di sebelahnya, macam rumah sendiri. Dia mengambil teddybear pemberian awekku dan memeluknya manja. Saja nak nyakat aku, la tu...


"Apa hajatnya abang berdua sudi bertamu ke ruang damai saya ni? Kejap ye, saya panaskan air" pancingku. Biaser arr. Bergaul dengan para wali ni memberikanku sedikit hikmah dalam memanjakan sifat malasku. Aku kononkonon nak keluar pintu nak ke bawah nak buat air. Abang karkun bingkas bangun memegang tanganku. Dia memandang tepat ke mataku. Aku terasa lantai ini bergoyang.

"Takyah susah-susah berlakon" senyumnya. "Kami ada hajat besar, ni". Aku merilekskan lakonanku dan perlahan-lahan melabuhkan punggungku untuk duduk. Abang karkun bertenang kembali. Brader bus stand masih tersenyum sumbing. Aku tak suka dengan senyuman ini. Mesti ada apa-apa, ni.


"Seperti yang kau tahu, minggu ni kita kena keluar 3 hari. Kami sedang membentuk jemaah untuk maksud itu dan berbesar hati kalau kau dapat turut serta" mula abang karkun.
"Ahh, cam tak biaser, lak abang ni. Saya on jer asalkan ikut abang" jawabku. Sejak setengah tahun ini, aku semakin istiqomah dalam amalan bermusafir 3 hari setiap bulan. Sebenarnya, aku tak perasan pun dah dekat 6 bulan aku dok layan aktiviti tabligh ni. Ini satu peningkatan yang baik. Sebab aku ni cepat belajar dan cepat bosan. Dulu main kapal terbang gam. Lepas tu main keta kontrol. Bila demam bola, aku join futsal. Bila demam badminton, aku organize comp. Ada ajer aktiviti yang aku lakukan demi mengalihkan perhatianku dari alam realiti. Tapi tak lama. Paling lama pun 4 bulan. Sebab aku cepat bosan. Tapi dalam tabligh ni, aku tak puas-puas. Dapat lak kalau keluar dengan abang karkun. Ada jer benda yang aku belajar dan yang paling best, mesti ada magic baru sebagai pengisi koleksi cerita para waliku di blog ini.

"Ok. Kalau kau dah setuju, maka kau sekarang ialah salah seorang dari jemaah" kata brader bus stand tibatiba. Dia memandang abang karkun dan mereka tersengih dengan muka 'kan aku dah cakap?'. Aku rasa macam aku dah termasuk ke dalam sebuah perangkap. Aku pasrah. Dengan mata boring, aku bertanya:
"Sapa amersab? Abang karkun, ke?"
"A'ah" jawab abang karkun. Dan aku dapat rasakan ada sesuatu yang bakal menyusul sebelum aku habiskan ayatku inn...
"Kalau camtu, aku ada tugas untuk kau. Senang jer" sambung abang karkun lagi. Kan dah agak, dah. Tibatiba aku tak rasa best bila dah dapat karomah baca-baca pikiran orang, ni.

"Insya Allah, ahli jemaah yang lain, kitorang kumpul. Kau cuma perlu tasykil (ajak) 2 orang saja. Masya Allah, bukan kau tak kenal pun dengan diorang" kata brader bus stand pula. Aku tak suka bendabenda camni. Mesti ada catch kat mana-mana ni. Ada tasbih-tasbih dalam ayat, mesti ada apa-apa ni. Aku suka diberi tugasan. Sebab aku nak berkhidmat dalam usaha ni. Aku taknak bazirkan masa yang aku laburkan, dengan sekadar buat ikut kemampuan. Aku suka push diri aku dalam urusan tabligh. Buat seolah-olah ni lah tugasan terakhir sebelum aku mati...Ia membuatkanku lebih menghayati kisah-kisah perjuangan para sahabat r.a menentang diri mereka sendiri dalam membantu Nabi Muhammad SAW. Tapi ayat-ayat yang digunakan dalam meyakinkanku untuk mengambil tugasan ini agak mencurigakan. Tambahan pula, brader bus stand jarang berkelakuan bebudak camni.


"Insya Allah, aku nak kau tasykil Atan dengan Abu" kata abang karkun dengan series dan dengan muka penuh pengharapan padaku. Laaa? Ingatkan apa tadi. Setakat Atan dengan Abu, no hal punya. Kalau takat nak convincekan diorang keluar 3H ni, tarahal la. Dadaku rasa lapang-lapang pelik dengan permintaan amersab.
"Alhamdulillah. Selesai" syukur brader bus stand. Abang karkun menjeling ke arah brader bus stand yang menghela nafas lega. Mereka bersalam denganku dan meminta diri untuk mula menyambung tugasan mereka. Aku keseorangan lagi di bilikku. Aku capai gitar dan menyambung semula layanan kepalaku.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails