Monday, August 2, 2010

Selamat Hari Isnin.

Sebagaimana biasa, hari Isnin ialah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang yang bekerja. Ada yang menanti dengan penuh semangat sebab tak sabar nak buat action item, ada yang menanti dengan menyampah dan meyumpah-nyumpah dalam hati sebab action item yang dapat isnin minggu lepas tak settle lagi. Penantian itu men-spoilkan weekend kita yang sepatutnya dihabiskan dengan bangun lambat dan mandi pagi pada waktu petang, sambil minum milo, terpaksa digunakan untuk berdiri menunggu giliran mengambil nasi di bawah khemah kenduri kahwin yang panas. Ni anak sapa pulak yang potong-potong q ni? Aku seligi sekali kang...
Tapi semua itu hilang bila dah sampai hari isnin. Semuanya terjawab bila kita memandang jam pada pukul 1130 pagi isnin ini. Kita dah tau realiti yang kita dok pikir-pikirkan sepanjang weekend tadi. Dah tak kisah dah. Yang membezakan isnin ini dan isnin yang lain ialah kadar trankualizer yang ada dalam dompet kita. Kalau dompet kita penuh, camana cibai isnin harini pun, kita boleh OK lagi. Tapi kalau dompet kita kosong, infact tak bawak dompet pun sebab takde isik, isnin pagini pasti murung dan mendung dan moody-moody sikit. Lawak member berhampiran pun bunyi macam sindiran sinis yang dilemparkan kepada anda.
Apapun perasaan anda, anda tetap menyedari realiti bahawa anda tetap kena menempuhi isnin harini dengan jayanya demi menjamin isnin minggu hadapan lebih ceria. Jadi apa tunggu lagi? Masih sempat lagi ni. Anda boleh lakukannya.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails