Monday, August 2, 2010

Bagaimana Memilih Pemimpin ANDA (sempena PRU 13)

Lagi 2 minggu, bulan Ramadahan akan sampai. Dan dalam dua minggu ini jugalah, setan akan bertungkus-lumus membuatkan manusia terbiasa dengan kemungkaran. Kalau yang sebelum ni bersolat on time, dah pandai tangguh-tangguh. Kalau yang dulu zikir, wirid, amal tak pernah tinggal, dalam dua minggu ni akan agak sibuk sikit hingga terbiasa pulak tak buat rutin yang dah kita amalkan sejak Maal Hijrah dulu. Kenapa? Sebab setan akan dikurung. Dan manusia akan bebas untuk beribadat kepada Allah, mendapat keampunan, rahmat dan janji keselamatan dari penghujung yang buruk. Dan ini semua tak boleh diterima oleh setan dan askar-askarnya. Sebab kepalanya tak betul. Kepala diorang ni; Iblis, dengki dengan manusia. Dia ni umpama wakil seluruh makhluk di alam ini yang menyatakan ketidak-puas hatian mereka terhadap kelebihan yang si Pencipta anugerahkan kepada golongan manusia. Apa taknya, dia telah lama melata di bumi, memperhambakan dirinya untuk Allah, malah ditugaskan untuk menghapuskan kaumnya sendiri masa dia jadi ketua malaikat. Dan bila saat nak lantik khalifah di bumi, Allah pilih manusia yang dari design fizikalnya, bakal menyebabkan kerosakan yang teruk kepada bumi yang Allah dah ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Dahlah takde track record. Fresh grad la katakan...

Iktibar yang kita dapat di sini ialah, pilihlah pasukan yang ada ketua yang betul. Jangan pilih pasukan yang ketuanya bermotifkan dengki atau dendam dalam perjuangannya. Ketua yang sebegini umpama membawa seluruh pasukannya ke lembah gaung yang tak bertepi. Pengorbanan itu hanya akan jadi sia-sia sebab bila dendam dah terbalas, ketua ini akan rasa kosong dan wadah perjuangannya akan menjadi longgar dan akan dikalahkan oleh pasukan yang lebih jelas wadah perjuangannya.

Buatlah keputusan yang bijak. Sebab takde peraturan tak boleh lompat parti. Ataupun berdosa jika kita berdaftar sebagai UMNO tapi undi PAS. Untuk selamatkan Malaysia, pilihlah Islam. Aku tak kata PAS, tapi korang pilihlah wakil rakyat yang ada ISLAM dalam hatinya. Kalau takde calon yang macam tu kat tempat korang nantik, pastikan calon yang takde ISLAM tak menang. Sebab kita tak boleh biarkan Malaysia macamni lagi. Peringatan telah diberi (pergolakan politik->bencana alam->rusuhan->perang/pembunuhan) dan kita kat Malaysia baru sampai part bencana alam. Bunga-bunga rusuhan dah ada. Orang Malaysia sekarang, cuma perlukan sebab untuk berpiket dan menunjukkan perasaan mereka. Peperangan tak semestinya dalam skala besar. Bila ada dua atau lebih pihak yang berkonspirasi terhadap satu sama lain, itu dah start lah tu. Tinggal nak cari sebab jer nak mulakan tembakan. Orang luar yang dok perati kita dari jauh pun dah mula senyum-senyum...Macam jiran kat selatan tu...

Aku taknak kupas lagi kenapa kita katakan Islam itulah penyelesaian kepada masalah Malaysia. OK. Fine. Aku ulang sekali lagi. Mungkin ada first timer di blog ini. Apa masalah Malaysia? Orang rasuah, pecah amanah, makan duit rakyat tu bukan masalah kita. Itu masalah dalaman diorang. Itu Allah akan settle kan. Masalah Malaysia ialah kasih sayang ibu dah takde dan zina dah berleluasa. Nikmat dan rahmat yang Allah turunkan untuk kesejahteraan dunia dah takde (sex yang suci dan kasih sayang ibu). Aku yang wali ni pun kadang-kadang dah tak rasa apa-apa bila dengar berita buang bayi di media.
Kenapa Islam itu penyelesaiannya? Bukan Kristian atau Buddha atau Hindu? Sebab dalam Islam ajer ajarannya lengkap. Peraturan pasal apa saja kat dunia ni, dah ada guideline-nya. Cuba kau tanya kristian pasal cukai yang patut dikenakan kepada orang bukan kristian. Atau tanya penganut Buddha pasal penyelesaian kepada masalah sistem kewangan dunia. Atau tanya Hindu pasal apa hukum tukar jantina. Hahaha. Dan kenapa kekurangan agama pula penyebab kepada masalah Malaysia? Sebab tanpa hukum Islam, camana kau nak dakwa maknyah yang melacur? Atau halang anak pompuan kau dari keluar dengan 'besfren' lelaki dia dan balik malam-malam? Oklah. Korang bacalah posting terdahulu. Aku sendiri pun dah lupa apa tajuk posting tu. Demokrasi di Malaya ke apa ntah. Anyway...


Camana nak tau calon tu Islam ke idak? Pertama: tengok bini dia. Kalau bini dia bertudung, lulus ujian pertama. Kenapa? Jika dia nak jadi pemimpin kita, dia kena berupaya untuk mengawal isterinya sendiri untuk menurut nilai Islam. Jika bini pun takboleh nak kontrol, nikan pula nak kontrol kita? Kahkah. Kalau bini pakai tudung, camana dengan anak-anaknya pula? Sebab semua lelaki adalah khalifah, sekurang-kurangnya kepada keluarganya sendiri. Baru dia layak nak pimpin keluarga orang ke arah Islam.

Kedua:
Masa dia berkempen, adakah dia menyemaikan kesatuan dan pembangunan, atau dia menyebarkan kebencian dan prasangka tak baik terhadap sesama manusia? Kerana jika dia seorang pemimpin, dia sepatutnya memahami politik ini hanyalah sebahagian dari hidup, sekali dalam 4 tahun, bukan segala-galanya. Kita takmau orang yang sibuk berpolitik tapi kerja tak buat. Kalau ada isu hangat, dialah yang menghangitkan keadaan. Tapi bila ada masalah negara, semua diam. Bila ditanya pun, baling batu dan sembunyi tangan. Ehhem..Orang yang menggunakan teknik menjatuhkan kredibiliti lawan adalah orang yang tak berfikir sebelum bercakap (atau terbawa-bawa dengan percakapan) dan orang macam ni tak boleh dibawak mesyuarat sebab mesyuarat takkan jadi produktif. Tu sebab korang tengok dalam persidangan Dewan, perangai semasing macam budak-budak. Macam cimpanzi pun ada. Dah kita yang pilih mamat kuat bergaduh, kita dapatlah Parlimen gangster. Tak salahlah jika budak-budak sekolah dah mula berlatih jadi gangster. Betullah persediaan mereka tu. Kahkahkah. Amendalaaa..

Ketiga:
Cuba kenalpasti dia ni jenis yang mementingkan apa yang tertulis dalam resume dia atau dia mementingkan penyelesaian kepada masalah? Sebab seperti Pengurus Besar, ketua-ketua ni bersilih ganti. Dan sebagai ketua, pencapaian diutamakan. Adakah dia ni menyelesaikan masalah atau menambah lagi pelbagai polisi baru (dengan alasan nak selesaikan masalah)? Adakah dia ni insan kreatif yang berupaya untuk mencari penyelesaian yang tak memerlukan duit? Yang penting pada orang macam ni, imej organisasi nampak agresif dan membuahkan hasil. Biasanya, keagresifan akan membuahkan ketidakpuashatian dan pemecatan. Kebanyakan manusia jenis ni, yang kena pecat ni, ada di kalangan Melayu di Malaysia sebab kita makan ayam nutifuran banyak sangat. Melayu yang bagus dah bla ke luar negera awal-awal lagi. Yang tinggal adalah orang dungu yang dok rasa terhutang budi dengan lima puluh ringgit yang diterimanya sebelum mengundi tadi. Aku kata dungu sebab media sudah dikawal oleh parti politik dan sumber informasi masyarakat dah jadi macam risalah politik jer. Dah takde orang accident atau cerita pasal apa yang berlaku di luar sana. Akibatnya masyarakat jadi stereotype dan dungu dan tak berkembang. Pasal apa? Pencapaian diutamakan. "Aku tak kira camana kau buat, tapi kita mesti menang PRU 13 ni. Kalau kau tak tau camana nak buat, aku akan cari orang yang boleh"....Tu yang SI KDN buat huru-hara. Yang Si Jelebu dok berpesta. Yang Si mata lebam sibuk mintak gubal itu, gubal ini. Tukar dokumentasi. Tapi keberkesanan? Tarak. Pekdah buruk lagi, adalaaa. Pekdah kepada rakyat? Illek. Semua sekadar untuk tunjukkan yang dia ambil berat dan dia buat sesuatu (untuk naikkan income Malaysia). Bukan betul-betul buat pun, tapi buat-buat mcam betul. Padahal, budak-budak ofis dia yang balik lambat tiap hari nak keluarkan rangka rancangan supaya dia boleh bentang kat dewan dan nampak cool. Berkesan ke idak? Tak kisah. Asalkan kita buat sesuatu. Tak macam penulis blog payabesarpedas yang hanya pandai komen. Hahaha. Aku akan balas balik: kita tengoklah buntut sapa yang duduk kat kerusi mana. Takleh terima pendapat, kau bukanlah pemimpin. Aku dok kat kerusi blogger dan traffic Malaysia suka cerita sensasi...Aku buat kerja aku, apa? Hahaha


keempat:

Hari ni hari Isnin, so cukuplah 3 point aje. Cukuplah tu. Korang pergilah sambung kerja. Apa yang dinyatakan di atas, seperti biasa, hanyalah andaian aku seorang rakyat hina yang tak dapat tidur di malam Isnin. Aku tak buat kajian atau baca kertas akademik sebelum tulis artikel ni. Heck, masa aku nak pegi mengundi pun aku tak buat persediaan. Aku bangun tido, gosok taik mata, dan pegi mengundi. Kalau ada orang nak belanja sarapan, silap-silap, dialah yang aku undi. Kahkahkah. So, parti pembangkang dah tau camana nak raih undi? Tak paham lagi? Mangkuk betul.
Tak payah buat ceramah meraung-raung. Cukup dengan bawak beras sekilo, susu setin, gula sekilo dan teh atau nescafe sepeket. Korang pergi distribute dari rumah ke rumah. Utamakan rumah bujang (student) dan orang berkeluarga yang beranak ramai. Jangan membazir duit buat poster atau sepanduk atau menabur janji. Kurangkan cakap, banyakkan kerja, tunjukkan akhlak baik. Orang kapir pun tau.


Jadi, sekali lagi aku ingatkan: pilihlah pemimpin yang ada Islam di hatinya. Sebab kita masih jauh ketinggalan dari segi peningkatan jati diri. Malaysia dah ada cukup pakar untuk maju dari segi duniawi. Dan kalau desakan hidup moden ini boleh buatkan orang Jepun pun keliru dan bunuh diri, inikan pula kita yang takde pegangan ni. Kita mungkin dah selamat. Tapi takkan kita nak anak-anak kita hidup dalam Malaysia yang macam ni? Kat TV dahla tunjuk artis cantik-cantik. Artis tu tunjuk cleavage dengan paha pulak lagi. Anak sedara aku yang berumur 9 tahun pun, malu nak tengok TV takut pipit dia kembang, katanya. Ni kita, bila azan jer tukar channel...Kahkahkah. Azan dalam TV pun dah makin kurang. Alasannya: takut orang tak hormat azan. Pandaila tu. Kalau camtu, takyahlah azan kat masjid sebab korang tak hormati azan. Tu yang setan bermaharajalela tu.




Wallahua'lam

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails