Wednesday, August 25, 2010

Pendidikan Mercun

Setiap tahun, ada saja kejadian kemalangan akibat main mercun. Kalau dulu, kemalangannya agak Mcgyver, dengan kisah-kisah budak-budak bikin mercun sendiri. Sekarang, mercunnya tak dimodify, mercun katak jer...tapi sekali meletup..POW!!! Apa taknya. Sekarang kita main volume. Semuanya pasal kapitalisme. Nothing personal, k.

Serupa macam isu kronik buang bayi atau seks bebas, mungkin cara menangani masalah ini ialah dengan mengadakan Pendidikan Mercun di sekolah-sekolah. Kita tidak akan dapat menghalang sifat ingin tahu seorang kanak-kanak, jadi apa yang kita boleh buat ialah dengan memberi EDUCATION kepadanya. Hehehe...




Mereka perlu dididik dengan pengetahuan tentang cara-cara bermain mercun dengan betul. Kita akan buat silabes tentang jenis-jenis sumbu dan belerang, apa nak buat kalau terkena mercun atau first aid knowledge jika kawan-kawan kudung kaki atau jari. Mungkin, kita boleh buat satu Universiti pasal main mercun kat Malaysia ni.


Mangkuk ke apa? Main mercun tak sama dengan seks. Seks datang dari syurga. Mercun datang dari China. Orang tua yang buat taik, budak-budak yang kena jawab exam. Tak habis-habis nak indoktrinasi, walhal diorang yang tak reti nak buat kerja!

3 comments:

Anonymous said...

Idea yang bernas.. :-)

± said...

kera-jaan xkan buang duit utk benda camni wpun ia satu idea bernas

tapi ada bagusnya company2² yg selalu berlumba-lumba nak up iklan raya yg touching gler tu touch up sket isu emosi tu.contohnya, kesedihan sorang ibu yang kematian anak akibat main mercun tahun sebelumnya, ataupun kalau nak krgkan sket mode ganas tu, interview kanak2 yg kehilangan mata atau tgn setiap kali menjelang musim perayaan waktu prime time kat rtm3 (sbb paling byk penonton)

Irwan said...

aku setuju...diorang ni, part mencari duit, pandai lak kreatif..tapi bila nak buat sesuatu untuk masyarakat, buat lebih kurang jer...

kerajaan kita sekarang ni lagi laa cam bagus. Benda yang menghasilkan duit ajer di fokus dulu. Orang yang tak berduit atau tak berapa ROI akan dikemudian (dan dilupakan)

nantiklaaa..aku akaan join scene video pulak..siap laa sumer orang

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails